GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cara Mudah Convert File PDF ke Word Secara Online Free

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cara Mudah Convert File PDF ke Word Secara Online Free | Nama je cuti bersalin, tapi kerja sekolah tak siap, gara-gara bersalin mengejut.. Banyak kerja tertangguh... Salah satunya menyiapkan modul untuk pelajar sepanjang MF cuti bersalin. Ye lah.. kesian pula kat pelajar, tertinggal banyak waktu MF bercuti... kalau ada guru ganti ok sikit, jika tidak. memang kesian.

Jadi, mencari maklumat di internet sahaja.. Alhamdulillah dapat tapi format PDF la pula.. Tak boleh nak edit... Jadi MF mencari solusi untuk convert file PDF ke Word secara online percuma.

Sebelum ni pernah guna pelbagai website yang ada untuk convert tapi malangnya, dia convert tak habis.. Nak convert penuh kena langgan atau jadi ahli berbayar... Alahai.. bukan nak guna selalu.. membazir aje kalau bayar..

Dalam dok mencari.. akhirnya MF jumpa satu website percuma untuk convert file PDF ke WORD secara mudah, cepat dan senang... Bahkan bestnya dapat convert secara banyak sekali gus.. Jimat masa..

Cara Mudah Convert File PDF ke Word Secara Online Free

Caranya..

Pergi ke website ini: http://pdf2doc.com/

Bila buka je, akan keluar paparan macam kat bawah ni...

Kat menu atas tu.. boleh pilih nak covert file apa... Banyak pilihan, antaranya:
  • PDF to DOC
  • PDF to DOCX
  • PDF to TEXT
  • PDF to JPEG
  • XPS to PNG
  • PDF Compressor 
  • Combine PDF (untuk gabungkan file-file PDF jadi satu)
  • JPEG to PDF
  • Any to PDF (lain-lain format kepada format PDF)


Jadi, MF nak format PDF to DOC je.. MF pilih PDF to DOC, kemudian klik UPLOAD FILES.
Pilih je berapa file yang nak di convert. Maksima 20 file untuk sekali convert.


Convert File PDF ke Word Secara Online Free

Dah Upload, tunggu je website ni buat kerja... hingga button Download All tu tak kelabu...Maknanya boleh klik button Download All tu... kira dah habis di convert la tu. 

Klik je Download All dan simpan dalam komputer/laptop anda. 

Dia akan compress file tu dalam format WinZip atau WinRAR... 

Convert File PDF ke Word Secara Online Free

Kemudian, unzip kan file tersebut dan boleh lah edit file PDF yang telah di convert ke Ms Word tadi...

Convert File PDF ke Word Secara Online Free


Memang mudah dan memudahkan sebab boleh convert pelbagai file dan banyak file dalam satu masa.. menjimatkan dan memudahkan...

Lepas ni tak payah nak pening lagi kalau dapat file PDF... sebab dah jumpa website yang boleh convert ke Word dengan mudah...

Semoga bermanfaat.

2Ulasan

  1. Thanks MF share...Marsha memang tengah cari ni nak convert...hihi

    BalasPadam
  2. Marsha dah cuba buat tp bila selesai 100% upload dia error kenape ye? Ke ada limit page?

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ