5 Tips Minum Air Gula Supaya Tak Termuntah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


5 Tips Minum Air Gula Supaya Tak Termuntah | Minum air gula masa mengandung... Antara cabaran yang mengerikan ibu mengandung.. Tapi kena hadap juga walaupun ngeri.

MASA mengandung anak pertama MF terlepas lalui minum air gula ni.. Lagipun waktu tu kira tak meluas sangat lagi pendedahan dan perlaksanaan minum air gula di KKIA.

Tapi anak kedua tak boleh elak dah. Kena minum sekali.. Anak ketiga dua kali sebab umur dah cecah 30 tahun ke atas. Nak menangis rasa... Tapi rela dalam terpaksa.

Apa pun, minum air gula ni mudah dilalui jika tau caranya.

Sebelum minum ada beberapa prosedur yang perlu kita tau dalam proses ni..

5 Tips Minum Air Gula Supaya Tak Termuntah

5 Tips Minum Air Gula Supaya Tak Termuntah

Prosedur Minum Air Gula

1. Ikut temujanji yang telah ditetapkan oleh doktor. Kalau tak boleh pada hari tersebut, buat temujanji pada hari lain, ikut masa yang kita rasa senang... Tapi mesti waktu pagi.

2. Kena puasa bermula jam 10.00 malam. Dalam tempoh berpuasa ini, hanya air kosong sahaja yang dibenarkan minum. Ingat ya, AIR KOSONG sahaja. Tapi anak keempat pernah Terlajak sikit... Tapi tak makan berat la.. Mujur lulus saringan.

3. Sampai kat klinik kesihatan, tekan nombor giliran. Pergi awal sikit. Bukan apa, cepat sedikit boleh berbuka puasa nanti jika proses minum air gula dah selesai. Boleh la makan cepat bila dah habis prosedur.

4. Tunggu giliran untuk ambil darah. Darah biasanya akan diambil dalam 5ml. Tak banyak pun. Tak perlu takut sebab tak sakit pun... Dan prosesnya pun sekejap je.

5. Selepas itu, nurse akan memberikan segelas air gula suam. Rasanya manis yang amat. Ada yang cakap biasa je rasanya. takdalah ngeri sangat pun. Setakat yang MF dok kena minum ni, takde perisa.. Rasa plain je.. Untung yang dapat perisa oren atau anggur tu kan.. Hehe... Apa pun jangan sedut bau air gula tu... Nanti belum minum dah muntah.. Haha..

6. Setelah habiskan segelas air gula tu, nurse minta kita rehat sahaja di klinik selama 2 jam. Pengalaman anak kedua... Tak tunggu dalam klinik tapi tunggu dalam kereta sebab bawa anak sulung masa tu.. Tengah melasak.. Penat tunggu sampai tertidur... Sedar je dah lebih 2 jam. Terus masuk meluru ke bilik suntikan... Haha.. Nurse tanya, balik ke.. Terus cakap kat dia tertidur dalam kereta... Penat tunggu...

7. Selepas 2 jam, darah akan diambil lagi sekali.

8. Sampel darah akan dihantar ke makmal. Urusan selesai dan dah boleh makan macam biasa.

5 Tips minum air gula supaya tidak termuntah:

1. Kosongkan perut sebelum minum air gula. Waktu yang sesuai untuk kosongkan perut ialah jam 10 malam. Sebelum jam 10 malam, makan je apa yang nak di makan.

2. Kita akan lebih mudah minum air gula dalam keadaan dahaga dan lapar. Sebab itulah disarankan mula puasa jam 10 malam.

3. Tarik nafas dan minum sekali teguk je. Jangan minum pelan-pelan kerana ini akan buat kita rasa loya.

4. Minum sambil tahan nafas supaya tidak berbau.

5. Minum semasa air gula masih suam sebabnya air gula pada ketika ini masih tidak terlalu likat.

Yang penting, mind set pun penting juga... Jangan fikir yang air gula tu manis la, nak muntah la... Fikirkan air tu sedap.. Haha.. Insha Allah takde lah nak rasa muntah sangat walaupun manis tak hengat.. Hehe..

Anak ketiga keempat dua kali minum... Walaupun rasa azab... Tapi kena redha jugalah... Haha... Tapi masa anak keempat la... Lepas habis ambil darah kali kedua tu, tak boleh nak masuk makanan... Seharian perut kembung masuk angin... Pening sungguh...

Lepas tu kali kedua minum air gula, lepas je pukul 10, dah boleh balik tu terus bancuh air oren suam... Minum air tu dulu sebelum masuk apa-apa makanan... Maklumlah darah kita diambil dua kali.. Pastu perut kosong pula kan.. Memang boleh pitam kot..

Huhu... Rasa serik nak mengandung bila mengenang air gula ni.. Hehe... Tapi serik-serik pun tiap tahun beranak juga orang perempuan ni.. Mana tau erti serik.. Hehe..

Itulah info, tip dan perkongsian pengalaman MF tentang minum air gula ketika mengandung. Semoga bermanfaat. 

Post a Comment

2 Comments

  1. cabarannyaaaa ibu mengandung hehe nervous. tapi kenapa kena minum air gula ? yang dapat perisa tu sedap laaa kan hehe..

    ReplyDelete
  2. Info yang bagus. Thanks for sharing :-)

    ReplyDelete

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^