GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

5 Tips Beli Jiwa Anak Supaya Anak Ikut Perintah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

5 Tips Beli Jiwa Anak Supaya Anak Ikut Perintah | Setiap ibu bapa mesti nak anak yang dengar kata dan taat perintah ibu bapa. Seronok kan bila kita suruh je anak terus buat tanpa banyak alasan. Tapi dalam melatih anak yang taat, mesti ada cara nya... Antara tips membeli jiwa anak dengan ketaatan.

5 Tips Beli Jiwa Anak Supaya Anak Ikut Perintah

5 Tips Beli Jiwa Anak Supaya Anak Ikut Perintah

1. Jangan Suruh Tapi Ajak

- JANGAN suruh anak solat, tapi AJAK anak solat dan pimpin solat (on time), pimpin doa (in malay supaya anak faham), tadah tangan memohon doa BERSAMA.

2. Buat Bersama

- JANGAN suruh anak membaca Al-Quran, tapi AJAK anak membaca Al-Quran dan tadabbur BERSAMA, cerita tentang asbabun nuzul.

3. Tunjuk Teladan

- JANGAN suruh anak buat perkara baik (amal sunnah Nabi), tapi AJAK anak amal sunnah BERSAMA dan bagi tunjuk ajar (melalui perbuatan dan percakapan).

4. Bercerita Bersama

- JANGAN biarkan anak bermain sendirian, tengok kartun sendirian, tapi AJAK anak main BERSAMA, tengok kartun BERSAMA (sambil bercerita tentang aktiviti tersebut), sentiasa wujudkan komunikasi 2 hala, bukan 1 hala.

5. Jadi Pemimpin

- JANGAN jadi pemerintah yang hanya tahu memberi arahan, tapi jadilah PEMIMPIN yang memimpin tangan anak-anak dalam segala hal.

Lumrahnya manusia suka memberontak jika sentiasa diberi arahan (umpama bos dengan pekerja), tapi manusia akan hormat apabila dipimpin sebagai ketua atau kawan.

- Maka JANGAN jadi bos atau pemerintah kepada anak-anak, tapi JADILAH ketua atau kawan kepada mereka.

 Sumber: Telegram Channel

0Ulasan