GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

14 Kesan Buruk Dari Aura Negatif Dalam Kehidupan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

14 Kesan Buruk Dari Aura Negatif Dalam Kehidupan | Apa itu aura negatif? Iaitu sesuatu sikap buruk yang memberi kesan pada diri dan orang lain... Seperti marah, dendam, sakit hati dan sifat-sifat mazmumah.

Aura negatif juga ada dalam pergaulan seharian di laman sosial...

Aura negatif ini bukan sahaja memberi kesan kepada diri sendiri tapi kepada orang lain.


14 Kesan Buruk Dari Aura Negatif Dalam Kehidupan


1. Marah selama 5 minit akan menyebabkan sistem imun tubuh kita jadi lemah selama 6 jam.

2. Dendam dan Menyimpan Kepahitan akan menyebabkan imun tubuh kita mati.
Dari situlah bermula segala penyakit, seperti Stress, Kolesterol, Hipertensi, Serangan Jantung, Rhematik, Arthtritis, Stroke (perdarahan/penyumbatan pembuluh darah )

3. Jika kita sering biarkan diri kita Stress, maka kita akan alami Gangguan Pencernaan.

4. Jika kita sering merasa Khuatir, maka kita mudah terkena penyakit Nyeri Bahu.

5. Jika kita Mudah Tersinggung, maka kita akan cenderung terkena penyakit Insomnia (susah tidur).

6. Jika kita sering mengalami Kebingungan, maka kita akan terkena Gangguan Tulang Belakang Bahagian Bawah.

7. Jika kita sering biarkan diri kita rasa takut yang Berlebihan, maka kita akan mudah terkena penyakit Ginjal.

8. Jika kita suka Berfikiran Negatif, maka kita akan mudah terkena Dyspepsia ( penyakit sulit mencerna ).

9. Jika kita mudah Emosi & cenderung Pemarah, maka kita terdedah pada  penyakit Hepatitis.

10. Jika kita sering merasa "Sombong" ( menolak kebenaran dan meremehkan orang lain ) terhadap lingkungan, maka kita akan berpotensi mengalami Penurunan Kekebalan Tubuh.

12. Jika kita sering Anggap Mudah semua persoalan, maka hal ini boleh akibatkan penyakit Diabetes.

13. Jika kita sering merasa Kesepian, maka kita boleh terkena penyakit Demensia Senelis ( berkurangnya memori dan kontrol fungsi tubuh ).

14. Jika kita sering Bersedih dan rasa selalu Rendah Diri, maka kita boleh terkena penyakit Leukemia ( kanser darah putih )

Sumber dari buku “The Healing dan Discovering the Power of the Water” By : Dr. Masaru Emoto.

Dato' Dr Hj Mohd  Fadzilah Kamsah via Telegram Channel

Jadi, rawat diri dengan senyum, sabar dan redha. Insha Allah aura negative susah nak hinggap. Dan jauhkan dari rakan yang beraura negatif supaya kita tak calit sama dengan aura tersebut. Sebab tu MF unfriend dan unfollow je rakan di media sosial yang selaku meroyan dan meluahkan perasaan keterlaluan.. Bukan nak kata kita baik.. Tapi kalau berusaha nak jadi baik, kena buang semua perkara yang boleh mencetuskan kepada yang tidak baik itu. 

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ