GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Program Selepas Peperiksaan: Ukiran dan Gubahan Buah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Program Selepas Peperiksaan: Gubahan Buah | Cikgu, selagi tak habis tahun, begitulah... Kepala otaknya masih fikirkan sekolah... Hujung tahun bukan masa untuk enjoy, tapi masa untuk struggle siapkan  kerja akhir tahun..

Bila dah habis periksa, kerja cikgu nak menanda, tapi dalam masa yang sama nak kena fikirkan pelajar yang dah habis periksa ni...

Alhamdulillah... Dalam kekalutan cikgu, masih sempat aturkan program lepas peperiksaan ni...

Sebelum ni, slot pagi diisi dengan aktiviti fizikal dan kesukanan.. Lepas rehat aktiviti indoor sahaja..

Aktiviti hari rasa menarik MF nak kongsikan... Sebab mencungkil bakat pelajar...

Ukiran dan Gubahan Buah-buahan

MF tak tengok masa pelajar ni mengukir sebab ada kelas lain... Pergi tengok masa dah tengah penjurian dah... Seronok dan menarik juga sebab kreatif juga anak-anak didik ni...

Semua buah, peralatan dibawa oleh pelajar... Guru hanya memantau. Pelajar dibahagikan dalam kumpulan dalam 3 atau 4 orang satu kumpulan.

Buah pula terpulang kepada pelajar itu sendiri nak bawa buah apa...

Jadi mereka diberi masa 2 jam untuk gubah buah tersebut jadi sesuatu yang menarik, kreatif dan inovatif.

Lihat sahaja hasil ukuran dan gubahan yang mereka buat... Kreatif la kan.. Sebab Ini hasil pelajar tingkatan 1 hingga 3...

Program Selepas Peperiksaan: Ukiran dan Gubahan Buah
Program Selepas Peperiksaan: Ukiran dan Gubahan Buah


Pelajar suka, guru pun happy sebab lepas gubah dapat makan buah tersebut... Hehe..  Kenyang perut suka hati...

Esok ada aktiviti lain pula... Selagi tak cuti, memang penuh aktiviti walaupun tak masuk kelas...

Nak buat macam mana, nanti cuti kan kata cikgu malas pula... Nak tak nak kita ikut je lah... Selagi boleh kawal kita kawal yang mana mampu...

Mungkin ada kata, ala... Senang budak sekolah menengah.. Dah besar.. Lagi besar lagi susah nak kawal sebab diorang tak nak dengar cakap kita sebagai cikgu... Dan tak tau takut kat cikgu... Jangan kata senang kalau tak hadapinya...

Apa pun kita enjoy je hujung tahun ni walaupun serabut dengan kerja menimbun...

3Ulasan

  1. kalau polish lagi skill, dah boleh buat gubahan untuk restoran2 :D

    BalasPadam
  2. Kreatifnya!
    Paling suka yang gambar bawah tu. Rambut buah anggur tu ^^

    BalasPadam
  3. Kreatif jugak, bagus program macam ni.membuka minda pelajar untuk lebih kreatif

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ