GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Bolehkah Solat Duduk Ketika Mengandung?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bolehkah Solat Duduk Ketika Mengandung? | Persoalan ini timbul dalam benak diri sendiri... selepas terbaca beberapa artikel yang berkaitan dan juga melihat beberapa video yang berkaitan dengan solat.

Mengandung, biasa masuk trimester ketiga, perut mula memboyot ke depan... Mula rasa mengah yang amat bila solat... langkah setiap nak bangun untuk rakaat seterusnya tu, rasa senak yang teramat.. Ini terjadi bila masuk usia kandungan 8 ke 9 bulan. Bertambah parah bila, kaki pula membengkak akibat banyak berjalan dan bergerak.

Jadi, sebab terhadnya pergerakan ini, mungkin ada yang rasa was-was.. boleh ke solat duduk masa sarat mengandung... sedangkan rukhsah solat ini diberikan hanya kepada orang sakit...

Bolehkah Solat Duduk Ketika Mengandung?

Bolehkah Solat Duduk Ketika Mengandung?


Solat duduk ada 3 cara...

  1. Solat duduk dalam keadaan meluruskan kaki ke arah kiblat dan badan menghadap kiblat...
  2. Dengan cara duduk seperti duduk antara dua sujud, dan untuk rukun rukuk dibongkokkan sedikit badan ke hadapan, dan untuk sujud pula boleh sujud seperti biasa. 
  3. Solat duduk di atas kerusi.
Antara ketiga-tiga ini, ada kelonggaran dan juga ada kaedahnya ikut kemampuan kita.. Tak boleh suka-suka.. 

Bagi ibu mengandung, kebanyakannya boleh berjalan dan berdiri, cuma yang jadi kesukaran ialah nak bangun selepas sujud kedua untuk pertambahan rakaat tu sahaja. Jadi, di sini kaedah solat duduk yang lebih baik ialah duduk dengan cara yang kedua... iaitu selepas sujud kedua rakaat pertama, terus duduk seperti duduk antara dua sujud... dan ketika rukuk, bongkokkan sedikit badan ke hadapan, dan untuk sujud, sujudlah seperti biasa... Tapi untuk permulaan solat WAJIB berdiri betul, kerana ibu mengandung berkemampuan untuk berdiri. Hanya boleh duduk untuk rakaat seterusnya.

Jika ibu mengandung tak mampu nak membengkokkan kaki... dibolehkan solat duduk dengan cara pertama dan cara ketiga.. Tapi cara ketiga lebih baik...kerana permulaan solat berdiri dan untuk rukun seterusnya duduk di atas kerusi. 

Kalau tonton video Ustaz Azhar Idrus, tak sah solat duduk untuk ibu mengandung... KIta tak boleh kata salah sebab UAI ada pandangan dan dalil tersendiri... 

Apa pun, ini syarat yang diperakui JAKIM dalam mengharuskan rukhsah solat duduk ketika hamil:



KERINGANAN UNTUK SOLAT DUDUK DAN BERBARING


Dalam semua keadaan ini, kita sebagai Muslim masih lagi diwajibkan untuk menunaikan solat. Namun, ia diberi keringanan untuk disempurnakan mengikut keupayaan kita pada ketika itu.

Menurut laman web JAKIM, orang yang uzur boleh solat secara duduk. Seperti dalam hadis berikut:
Dari Amir bin Abdullah bin Zubair r.a dari bapanya katanya: Apabila Rasulullah s.a.w duduk dalam solat, diletakkannya kakinya yang kiri antara paha dan betis serta menegakkan tumit kanan, meletakkan tangan kiri di lutut kiri, meletakkan tangan kanan di paha kanan dan menunjuk dengan telunjuk.

CARA SOLAT DUDUK BAGI PESAKIT DAN IBU HAMIL


1. PERLU MEMENUHI SEMUA RUKUN & SYARAT SAH SOLAT

Walaupun solat duduk atau berbaring, solat yang dilakukan perlu memenuhi semua rukun dan syarat sah seperti dalam solat biasa, kecuali bagi yang tidak mampu dilakukan.

Contohnya, perlu menghadap kiblat, suci daripada hadas, dan menutup aurat sepenuhnya.

2. HANYA DIPRAKTIKKAN SEMASA MENGHADAPI KESULITAN

Pesakit boleh memilih untuk mengikut mana-mana pandangan mazhab fiqh yang sah dan tersohor, termasuklah pandangan yang lebih memudahkannya.

Namun, perlulah dipraktikkan hanya semasa menghadapi kesulitan.

Contohnya, pesakit yang tidak mampu sujud seperti biasa di atas lantai tempat solat dan mampu solat berdiri hendaklah solat berdiri dan tidak boleh solat duduk menurut mazhab Syafi’e.

Namun menurut mazhab Hanafi pesakit yang tidak mampu sujud seperti biasa di atas lantai tempat solat gugur daripadanya kewajipan berdiri dan boleh melakukan solat dalam keadaan duduk.

3. MULAKAN SOLAT DALAM KEADAAN BERDIRI (JIKA MAMPU)

Pesakit yang mampu berdiri untuk solat fardhu (solat wajib) hendaklah memulakan solat dalam keadaan berdiri.

Contohnya, mungkin ada yang sakit lutut dan tidak boleh melipat kaki semasa duduk antara dua sujud. Tetapi, orang ini masih boleh berdiri dengan sempurna. Maka, perlu menggunakan kerusi dan mulakan solat dalam keadaan berdiri.

Jika langsung tidak mampu berdiri untuk solat, baru boleh duduk. Justeru itu, kita tidak boleh memulakan solat dalam keadaan duduk bagi yang mampu berdiri.

4. TIDAK BOLEH BERTERUSAN SOLAT DUDUK (JIKA MAMPU)

Jika kita mula solat dalam keadaan duduk, tetapi berasa mampu setelah itu (ketika masih di dalam solat), hendaklah kembali solat berdiri dan tidak boleh berterusan solat duduk.

Pesakit yang solat duduk dan mampu berdiri untuk ruku’ seperti biasa hendaklah berdiri (untuk iktidal) sebelum ruku’.

5. HENDAKLAH SUJUD DI LANTAI (JIKA MAMPU)

Pesakit yang solat duduk sama ada di atas kerusi atau lantai perlu sujud di lantai sekiranya mampu.

 

6. SEKIRANYA TIDAK MAMPU SOLAT DUDUK, MENGIRING ATAU BERBARING

Pesakit yang tidak mampu solat berdiri boleh solat duduk. Jika tidak mampu solat duduk boleh solat mengiring. Jika tidak mampu solat mengiring boleh solat menelentang.

Rukun pergerakan solat yang tidak mampu dilakukan seperti biasa boleh dilakukan dengan isyarat badan seperti menundukkan badan untuk ruku’ dan sujud.

Jika tidak mampu dilakukan dengan isyarat badan boleh dilakukan dengan isyarat kepala. Jika tidak mampu dilakukan dengan isyarat kepala boleh dilakukan dengan isyarat mata. Jika tidak mampu dilakukan dengan isyarat mata boleh dilakukan solat di dalam hati.

7. HANYA SOLAT SUNAT BOLEH DILAKUKAN SECARA DUDUK BAGI YANG MAMPU BERDIRI

Solat sunat boleh dilakukan secara duduk walaupun bagi yang mampu berdiri, namun pahalanya hanya separuh daripada pahala solat berdiri.


RINGKASAN CARA SOLAT DUDUK UNTUK PESAKIT

Berikut adalah 4 keadaan solat yang biasa dilakukan oleh pesakit yang tidak mampu berdiri:


Selain itu.. Nak lebih jelas... Boleh baca sendiri di e-Book ini... Panduan solat bagi pesakit... siap ada gambar dan cara yang lebih jelas untuk lakukan solat secara duduk.

>>> KLIK SINI<<<

Jadi, tiada alasan untuk tidak solat... Solatlah kerana solat banyak manfaatnya terutama kepada ibu mengandung... 

Pakar ‘Fetal Positioning’ & Bidan Profesional mengiktiraf kedudukan Forward Leaning Inversion (FLI) iaitu bersujud adalah bagus diamalkan ibu mengandung. Antara sebabnya:
  • Objektif kekerapan FLI setiap hari untuk membebaskan urat tersimpul, ketat dan memaksimumkan kapasiti janin di dalam rahim. Ia turut memberi ruang untuk bayi memasukkan kepalanya dalam rongga saluran pelahiran bila sudah tiba masanya bayi dilahirkan.
  • Teknik solusi untuk bayi songsang, lebih efektif dilakukan awal sebelum bayi melebihi tiga puluh enam minggu ke atas. Namun, jangan putus asa, masih ada ruang dan peluang kedudukan janin songsang berubah.
  • Kedudukan ini juga telah memperlihatkan kesan dramatik untuk janin berkedudukan melintang dalam rahim berubah.
Sumber: http://iluvislam.my

Sebab tu, sebaiknya ibu hamil kalau nak solat duduk, duduk terus dibawah jangan guna kerusi.. sebab waktu sujud tu boleh sujud seperti biasa.. dan sujud yang lama boleh membantu baby masuk ke laluan dengan mudah dan mengelakkan bayi songsang... 

Solatlah kerana itulah waktu 'rehat' yang Allah beri untuk kita muhasabah dan meditasi serta senaman yang baik untuk jiwa, rohani, emosi dan fizikal kita... Solat untuk Allah, tapi kebaikanya kembali juga kepada kita sebenarnya. 

2Ulasan

  1. Alhamdulillah, perkongsian yang sungguh bermanfaat buat ibu-ibu mengandung dan juga para suami yang mempunyai isteri yang sedang mengandung.

    BalasPadam
  2. Masa preggy 8bulan sy dah xbole sujud..nak plak masa tu solat terawikh.. mmg kena amalkan solat duduk.. xlarat nk diri n sujud byk kali..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ