GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

15 Rahsia Masak Kari Yang Sedap!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

15 Rahsia Masak Kari Yang Sedap! | Siapa suka makan kari? Kari ni sinonim dengan masakan mamak... Ingat kari, ingat mamak... Ada orang suka masak kari guna serbuk kari... Tapi ada juga yang masak kari buat rempah sendiri... Tapi MF kombinasikan kedua-dua kaedah ini...

Apa pun, cara masak kari berbeza antara masak kari ikan dan daging... Cara memasak ini menentukan sesuatu kari tu sedap atau sebaliknya...

Apa pun MF kongsikan tips berguna untuk masak kari yang sedap

Sumber : Google image 

15 Rahsia Masak Kari Yang Sedap!


15 Rahsia untuk menghasilkan "Kari daging/ ayam atau kari ikan yang sedap. Sesetengahnya mungkin ada yang sudah tahu. Tapi ada beberapa tip yang pasti akan menyenangkan anda.

Kari Ayam @ Daging

1. Rempah kena garing, tetapi jangan sampai hangus, selalu orang bancuh serbuk kari dengan air. Tapi sebenarnya kena tumis bawang dan bahan lain, kemudian masukkan rempah kari. Goreng selama 1- 2 minit masukkan air. Tak perlu banyak, cukup sekadar mencairkan rempah. Perlahankan api sehingga terbit minyak.

2. Kemudian barulah masukkan daun kari dan kentang. Masukkan pula daging atau ayam. Biarkan sehingga ayam atau dging mengecut, barulah di tambah air.

3. Apabila sudah di masukkan air, masukkan pula santan atau susu segar. Perlahankan api dan biarkan kuah mendidih.

4. Apabila kentang sudah empuk, masukkan asam gelugur atau sedikit jus asam jawa sebelum dipanaskan dengan garam.

5. Antara rempah yang boleh menyedapkan kari adalah bunga lawang , buah pelaga dan kulit kayu manis.

6. Cara memasak kari daging adalah lebih kurang seperti kari ayam cuma kebanyakkan orang utara lebih suka memerap daging dengan rempah kari sebelum di masak, daging akan menjadi lebih lembut, aroma kari juga akan meresap ke dalam daging dan menjadinya kuah lebih sedap.

Kari Ikan

1. Untuk kari ikan yang sedap, anda boleh masukkan 1 sudu besar beras yang di sangai dan di tumbuk halus selepas selesai menumis. Kacau rata.

2. Jika menggunakan ikan yang hanyir, campurkan asam jawa dan ramaskanya bersama santan. Ia dapat memotong bau hanyir ikan.

3.ketika menumis, anda boleh masukkan sedikit garam dan menggaringkan rempah dengan baik.

4. Untuk menyedapkan lagi kari ikan, anda boleh patahkan 2-3 cili hijau dan masukkan ke dalam kari selepas masukkan ikan.

5. Jika anda mahu menggunakan bendi di dalam kari, ia tidak perlu di campur sekali. Anda hanya perlu merebus bendi dalam air yang di masukkan dengan sedikot minyak dan garam( jangan terlalu lama). Ketika mahu menhidangkan kari,barulah di masukkan bendi.

6.sebelum anda masikkan ikan ke dalam kati, pastikan kuah sudah mengelegak. Jika tidak isi ikan akan mudah hancur dan membuatkan kuah menjadi hanyir.

7. Apabila ikan sudah masak, kecilkan api untuk biarkan ia keluar minyak dan tidak terlalu lama.

8.ketika menumis, gunakan rempah seperti biji sawi, halba dan jintan putih/ halus. Elakkan jintan manis kerana ia akan merosakkan rase kari.

9. Jika mahukan rasa kari yang lebih sedap, masaklah sehari sebelum di makan,rasa rempah dan santan akan menjadi lebih sebati dan kuahnya akan memekat. Apabila di panaskan rasanya lebih sedap.

Jom  praktikkan tip di atas. Sila share dekat kawan - kawan kita kot - kot lah ramai yang tidak tahu.

Kredit: Facebook Jauharatuddini Taib

3Ulasan

  1. yang no 9 tu memang setuju sangat.. tambah kalau buat kuah mee kari.. masak awal.. esok panaskan.. Pergh!!

    BalasPadam
  2. baca je dah kecur air liur... tp betul rempah kena garing dan biar btul2 masak. br sedap

    BalasPadam
  3. adoiii baca langkah2 yg akak bagi tu buat saya terbayang2 pulak kari mamak...sedapnya :D

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ