GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

12 Jenis Pisang dan Resepi Yang Bersesuaian Dengan Jenisnya

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

12 Jenis Pisang dan Resepi Yang Bersesuaian Dengan Jenisnya | Pisang, satu buah yang banyak khasiat. Kat Malaysia ni pisang popular sebab macam-macam resepi boleh buat dengan pisang. Dari batang hingga ke pucuk pisang sangat berguna.

Tapi pisang bukan satu jenis, ada banyak... tapi MF terus terang memang tak kenal pisang walaupun dah hidup 30 tahun dah ni... haha... Bahkan tak semua pisang tak sesuai untuk semua jenis resepi... Contohnya, pisang tanduk, tak sesuai nak dimasak gulai ataupun dimakan begitu je... Pisang emas pun tak sesuai dibuat goreng tapi sedap makan begitu saja...

Jadi, sebab tak kenal tu, jom kita kenali pisang yang ada kat Malaysia dan resepi yang sesuai untuk setiap jenis pisang yang ada.

12 Jenis Pisang dan Resepi Yang Bersesuaian Dengan Jenisnya


 1. Pisang Udang

Amat jarang dijumpai.Rasanya lemak manis.Ketika masih muda buah berwarna keunguan/kemerahan seolah-olah udang dibakar.Di situ ia mendapat nama.Akan tetapi dalam masyarakat Melayu kuno pokok pisang ini dikaitkan dengan kisah tahyul. MF pernah tengok juga kat pasar. Memang susah nak jumpa, tapi MF sendiri tak tau apa resepi yang sesuai dengan pisang ni.


 2. Pisang Tanduk


Buahnya besar dan panjang tetapi sikatnya tidak banyak.Tidak sesuai dimakan mentah. Ia sesuai digoreng bersalut tepung.Kerepek pisang tanduk amat laris di pasaran Malaysia walaupun harganya lebih mahal dari kerepek pisang lain.



 3. Pisang Bantan


Bila masak buahnya cepat luruh atau lerai dari sikatnya.Sesuai dijadikan buah pencuci mulut dan amat digemari oleh masayarakat Cina.Ia adalah salah satu jenis pokok pisang yang tumbuh tidak tinggi .


 4. Pisang Emas


Saiz buah pisang ini adalah kecil tetapi rasanya lazat berbanding dengan pisang jenis lain. Apabila ianya ranum, buah serta isinya berwarna kuning keemasan . Buah pisang ini mudah lebam dan bertukar menjadi kehitaman. Setiap tandan mempunyai berat antara 7 hingga 9 kilogram, 6 hingga 7 sikat dengan bilangan 100 hingga 150 biji buah pisang. Panjang buah pisang ini bersaiz 9.0 saentimeter dan lebarnya ialah 3.5 sentimeter. Pokok pisang Emas adalah kecil sahaja. Buahnya tidak mudah tanggal walaupun telah masak dan rasanya sangat manis. Buah yang muda boleh dibuat sayur gulai.Sesuai dimakan mentah apabila masak dan tidak sesuai digoreng.


5. Pisang Abu


Di Sabah pisang ini dipanggil pisang saba. Kononnya dari situlah Sabah mendapat nama.Sesuai digoreng dan jantungnya boleh dimasak sayur.Pokoknya lebih tinggi dari pisang biasa dan mempunyai batang dan tandan yang besar.Pisang yang muda selalunya dijadikan kerepek.

6. Pisang Rastali


Rasanya masam masam manis. Sesuai dijadikan pencuci mulut. Tidak banyak kegunaannya selain dimakan mentah apabila masak ranum.

7. Pisang Nangka


Ia sesuai digoreng mentah atau bersalut tepung. Masyarakat Jawa suka merebus pisang ini yang masih muda dan kemudian ditumbuk bercampur kelapa parut dan gula sebagai hidangan sarapan pagi.Mereka memanggilnya "getuk pisang". Makanan sebegini juga dijadikan bekalan semasa pergi bekerja di kebun suatu waktu dahulu.

8. Pisang Jari Buaya


Setakat ini dikatakan pisang ini tidak banyak gunanya selain diberikan makan kepada ayam ketika masak kerana rasanya yang tidak sedap.

 9. Pisang Berangan


Jenis pisang ini hanya dimakan mentah ketika masak ranum.. Tidak banyak kegunaannya berbanding pisang lain. Ia sangat digemari ramai kerana rasanya yang enak dan sering dieksport keluar negara terutama Singapura. Sungguhpun demikian sekarang sukar mendapatkan pisang ini kerana varieti ini adalah yang pertama diserang penyakit . Pisang berangan masak sesuai dijadikan pencuci mulut termasuk di hotel hotel.

10. Pisang Awak


Pisang ini jarang orang makan mentah apabila masak ranum.Ia sangat popular untuk digoreng tepung dan dimakan panas-panas. Bagi pisang yang telah masak ranum , paling digemari dibuat cucur kodok.Selain itu boleh juga dijadikan serawa ,mertabak pisang ,lempeng pisang dan lepat pisang. Daun pisang awak banyak kegunaannya. Antaranya untuk membungkus tapai, lepat,lopis dan membungkus nasi lemak.nasi ambeng.Suatu masa dahulu, batang pisang ini dijadikan tali untuk mengikat barang yang dibeli di kedai-kedai runcit.

11. Pisang Toman


Pisang toman ini berukuran purata 20 cm panjang.Lebih besar daripada pisang berangan. Ia sesuai untuk digoreng atau dibuat kerepek kerana berukuran besar.Pisang toman agak gebu apabila digoreng.Bagaimana pun jenis pisang ini tidak popular untuk pasaran.Pokoknya tidak berapa tinggi dalam sekitar 2.5 meter. Pisang toman yang digoreng mempunyai rasa  kemasaman sedikit

12. Pisang Embun


Pisang ini juga dikenali sebagai pisang Bunga. Pisang ini berbentuk panjang, pada peringkat permulaannya ianya berwarna hijau dan kemudian berubah menjadi warna kuning pucat. Ianya berkulit tebal dan senang dikupas. Satu tandan pisang Embun yang besar, beratnya boleh menjangkau antara 15 hingga 35 kilogram. Setiap tandan pula mempunyai 7 hingga 9 sikat dengan bilangan 100 hingga 200 biji buah pisang. Manakala setiap sikat pula mengandungi 14 hingga 15 biji buah pisang. Panjang buah pisang ini berukuran 15 hingga 20 sentimeter dan lebarnya 4 sentimeter . Ketinggian pokok pisang jenis ini ialah kira-kira 5 meter.

Sumber: http://pesara1957.blogspot.my/

Tapi sebenarnya ada 25 jenis pisang iaitu..
1) Pisang Abu
2) Pisang abu keling
3) Pisang awak
4) Pisang Berangan
5) Pisang Benggala (Galla)
6) Pisang Bunga
7) Pisang Embun
8) Pisang Kapas
9) Pisang Kari
10) Pisang Kelat Keling
11) Pisang Khaki
12) Pisang Lemak Manis
13) Pisang Lidi
14) Pisang Mas
15) Pisang Merah
16) Pisang Nangka
17) Pisang Nipah
18) Pisang Putar
19) Pisang Rastali
20) Pisang Serendah
21) Pisang Susu
22) Pisang Talang
23) Pisang Tanduk
24) Pisang Tanduk Raja
25) Pisang teratai

100 gram pisang menyediakan
# 1.2 gm protein
# 0.3 gm lemak
# 17 mg kalsium
# 78 mg karotin
# 88 mg kalium
# 27.2 gm karbohidrat
# 0.4 gm fiber
# 116 kcal tenaga.

Ini antara pisang yang ada kat Malaysia... Tapi kalau tengok pokok pisang tetap tak boleh nak kenal jenis pisang... hehe... orang lama-lama tau la itu pokok pisang apa kan...

Gambar: Google images

2Ulasan

  1. hahaha.. Nurul tahu pisang je.. tak tahu nama2 dia pun :p

    http://www.syahirahvaliant.com/2017/11/pakej-perkahwinan-yang-termurah-untuk.html

    BalasPadam
  2. Kadang2 masak cekodok dengan pisang yang salah, memang kelat jadinya. Kelakar la. Dah tua-tua masih tak dapat bezakan pisang. Banyak kot spesies nak kena hafal.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ