08 Oktober 2017

SEGMEN SUAI KENAL BLOGGERS SELURUH MALAYSIA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Siapa Maria Firdz???

Maria Firdz, seorang blogger separuh masa. Bekerja sebagai guru di sebuah sekolah menengah di Selatan semenanjung tanah air. Isteri kepada EN. Firdz, iaitu seorang usahawan online dalam perusahaan cetak baju dan perusahaan Sticker kenderaan. Ibu kepada 3 orang cahaya mata perempuan. Itulah serba ringkas latar belakang di sebalik nama Maria Firdz.

Maria Firdz mula terlibat dalam dunia blog pada tahun 2010 hasil sokongan dari suami sepenuhnya. Lama kelamaan berblog menjadi hobi utama Maria Firdz dan akhirnya tahun 2012, Maria Firdz mula serius dalam dunia blog.

Blog pertama yang dihasilkan oleh Maria Firdz ialah semasa sebelum berkahwin, tapi telah terkubur. Selepas berkahwin, blog baru dibina dengan nama myfirdz-trulylove.blogspot.com dengan nama pena Myfirdz.

Namun, tahun 2012 nama tersebut ditukar kepada nama Pena Maria Firdz... Dan tahun 2014, blog tersebut telah ditukar kepada domain sendiri iaitu www.mariafirdz.com.

Awal penglibatan blog ini hanya berkisar tentang dunia peribadi kehidupan Maria Firdz. Namun, semenjak serius blog ini hanya berkongsi tentang info, ilmu agama, tazkirah dan motivasi.

Sejak dari itu juga, Maria Firdz mula belajar tentang template blog, coding dan cara menjana pendapatan melalui blog. Alhamdulillah... Setakat ini blog ini telah mampu menjana pendapatan sampingan 4 angka setahun.

Mulai tahun 2015, Maria Firdz juga mula belajar secara sendirian tentang SEO, Adsense dan hal berkaitan blog untuk mencapai taraf tertinggi dalam dunia blogging.

Alhamdulillah... Setakat hari ini, Maria Firdz mampu menarik nafas lega kerana Blog www.mariafirdz.com mampu berada dalam ranking Google dan stabil dalam pencarian dan perkongsian ilmu setakat hari ini...

Tiada mustahil untuk berjaya dalam dunia blog... Memegang kepada prinsip untuk berkongsi maklumat dan dakwah melalui blog, Maria Firdz terus bertahan untuk menulis setiap hari dalam dunia blog.

Penghargaan tertinggi Maria Firdz berikan kepada suami yang banyak menyokong penglibatan Maria Firdz dalam berblog... Selain, sokongan padu dari rakan-rakan Blogger yang lain.


Entry diatas adalah sebagai syarat untuk join SEGMEN SUAI KENAL BLOGGERS SELURUH MALAYSIA 



Untuk menyertai Segmen ini,

7 ulasan:

  1. selamat bersegmen!
    semoga kak maria berjaya dunia akhirat insyaAllah

    BalasPadam
  2. hi MF, salam kenal ..
    seronok kan bila ada segmen mcm ni,
    boleh kenal blogger dgn lebih dekat ..
    mrs pip pun join juga segmen ni ...

    BalasPadam
  3. hebat jugak tu 4 angka setahun...thniah kak

    BalasPadam
  4. Salam kenal dari saya Dedaun Comel :)

    BalasPadam
  5. awa dtg dr segmen yg sama.. salam kenal kak maria :D

    BalasPadam
  6. SEGMEN SUAI KENAL BLOGGERS SELURUH MALAYSIA
    1. Pengumuman ke-4 = http://www.sofinahlamudin.com/2017/11/pengumuman-4-segmen-suai-kenal-bloggers-seluruh-malaysia.html
    2. Selamat berkenalan = http://www.sofinahlamudin.com/p/suai-kenal.html

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^