GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Panduan Tukar Susu Formula Bayi/Anak

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Panduan Tukar Susu Formula Bayi/Anak | Tak pernah terfikir nak kena bagi anak susu formula seawal usia bawah satu tahun. Tapi perancangan Allah melebihi perancangan manusia... Allah takdirkan anak ketiga MF tak cukup susu badan. Bahkan dia lebih suka botol berbanding direct feeding. Tapi MF redha kerana Allah nak uji kami dan nak kami belajar sesuatu serta menambah lagi ilmu keibubapaan (parenting skill).

Masa nak cuba susu formula, pelbagai susu pertama kami cuba, antaranya susu rumusan khas untuk bayi bawah 1 tahun. Antaranya susu dutch baby, susu yang kami kira murah dan kebanyakannya diterima oleh bayi..Tapi malangnya, Allah uji lagi... Anak tak boleh terima susu yang ada lactosa. Senang kata susu lembu... Kena pula survey lagi susu tanpa laktosa. Setelah dengar pendapat dari rakan-rakan kami cuba susu Isomil Plus.. Redha je beli sebab takde sample yang sikit, paling kurang tin kecil dengan harga antara RM37 hingga RM39 bergantung pada kedai atau pasaraya.


Koleksi tin Isomil Plus yang diminum adik selama lebih kurang 6 bulan. Susu mahal bukan sebab kaya tapi demi anak ku relakan.. 

Alhamdulillah, anak serasi dan dia minum dan membesarlah dia dengan susu Isomil Plus. Sehinggalah usianya menginjak ke 1 tahun, masih meneruskan susu Isomil Plus. Dalam hati nak tukar susu formula, tapi risau memikirkan penerima dia... Nak cuba susu lembu pula... Tapi risau tu ada...

Akhirnya, disebabkan dia asyik demam, selesema dan terkini kena asma, mula merasakan susu Isomil Plus tak lagi sesuai untuk dia.

Dalam masa dok niat nak tukar susu formula tu, MF dah mula survey susu yang mampu dari ekonomi kami... Antaranya susu Anmum, Pediasure dan juga susu S26. Susu Anmum dan S26, MF cuba mohon sample susu secara online... Dapat susu tu, tapi simpan dulu sebab takut nak cuba.

Susu pertama MF cuba, susu Pediasure perisa coklat... Dengan muka ketat dia menolak susu tu, langsung tak diminum... Alhamdulillah susu ni tak membazir pun beli, sebab kakak-kakak dia boleh minum dan suka minum susu tu... Memang la sedap padan dengan harga...

Susu kedua MF cuba, ialah susu Anmum, guna sample yang ada... Mulanya cuba 2oz sahaja... pertama kali cuba, macam menolak.. simpan dulu dan tunggu hingga dia betul-betul lapar... Alhamdulillah... lepas diberi, dia minum habis. Tapi kena pantau dalam masa 1 jam selepas menyusu untuk lihat tindak balas dengan susu tu...

Alhamdulillah.. Susu ni murah sikit dari Isomil Plus... Dulu tak suka dengan iklan susu ni.. Sebab nampak macam berlagak je kan.. Tapi redha je la bila anak boleh terima susu ni... Hehe... 

Alhamdulillah, selepas 1 jam, tiada cirit-birit, tiada naik ruam atau gatal-gatal pada badan, dan tiada muntah-muntah. Alhamdulillah...

Tapi tetap pantau lagi dalam 24 jam dengan susu yang sama... Alhamdulillah, batuk dan asma juga berkurang lepas minum susu Anmum... Hati lega... Dah jumpa susu yang serasi... Mission completed...

Itulah cabarannya, nak tukar susu formula... Kalau susu badan memang mudah... Tak payah nak banyak fikir dah...

Jadi, atas pengalaman tu, MF kongsikan sedikit panduan untuk menukar susu formula kepada anak/bayi.

Panduan Tukar Susu Formula Bayi/Anak


  1. Cuba dengan sukatan yang sedikit, paling kurang 2oz.
  2. Lihat perubahan pada anak. Semakin anak membesar, keperluan susu formula juga berubah. Jadi, memang patut susu perlu ditukar jika, anak sering sakit, demam, batuk, selesema setiap kali selepas menyusu. Mungkin itu tanda susu tak lagi sesuai untuknya. 
  3. Mohon sample online untuk lebih penjimatan... sebab sesetengah susu tiada pek percubaan atau dijual dengan kuantiti yang sedikit.
  4. Selepas percubaan memberi susu baru, lihat perubahan dan tindak balas susu kepada penerimaan badan si anak. Tindak balas yang negatif seperti muntah, cirit-birit atau ruam bermakna susu tu tak sesuai untuk anak. Jadi, kena hentikan dan tukar kepada susu yang sesuai. 
  5. Jangan lupa berdoa, semoga urusan kita dipermudahkan Allah... 


Inilah pelajaran dan ilmu keibubapaan yang baru kami dapat dari anak ketiga.. semakin bertambah anak, semakin banyak benda baru kita akan belajar... Semakin anak membesar, semakin bertambah juga tanggungjawab dan ilmu yang kita akan dapat.

Jadi, doalah moga urusan kita dalam mendidik dan menjaga amanah Allah dan harta dunia akhirat kita ini dipermudahkan Allah. 

3Ulasan

  1. semoga anak MF serasi dgn susu tu... btl tu MF stp anak bezakan dan doa adalah yg terbaik...

    BalasPadam
  2. MF, nak tanya kalau baby tak ceri beri, tak lepas susu je dia yak adakah itu normal? sebab dia sekarang dalam proses utk waen off dr bf.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum hai Sis MF, nk tnya susu dutch baby 0-6 month yg sis Cuba tu ada free trial pack atau kene beli susu nya ya?

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ