GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Nuffnang Beranak Dalam Senyap

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Nuffnang, antara platform terawal tempat jana pendapatan sampingan dari blog. Kebanyakan blogger yang baru berkecimpung dalam dunia blog akan memilih nuffnang sebagai medan untuk jana pendapatan sampingan.

Tapi kini, nuffnang dah banyak persaingan... Blogger semakin bijak memilih jalan untuk menjana pendapatan yang kukuh dan cepat berbanding nuffnang.

Kebanyakan blogger otai dah tak pasang nuffnang di blog lagi... Namun, MF masih setia dengan nuffnang...

Masih sayang nak buang sepenuhnya.. Pernah buang sekejap sebab tak sesuai dengan templates yang ada... Lepas tukar template ni 2 bulan lepas..  Pasang semula...

Alhamdulillah... Tak sangka nuffnang membiak dalam senyap... Rezeki dihujung tahun...



Ingatkan lepas cash out bulan Julai lepas, harapan nak tengok duit nuffnang membiak tipis.. Tapi tidak... Nuffnang masih relevan untuk dipasang di Blog.

Walaupun tak banyak jika nak dibandingkan dengan yang lain..  Tapi masih ada.  Selagi ianya tak mengganggu yang lain... Biar aje dia terpasang di situ...

Ntah bila nak dapat cash out... Tak tahulah.. Apa pun.. Syukur sekurang-kurangnya ada...

Memasang iklan sebegini adalah pendapatan sampingan berblog... Boleh dikatakan 99% blog ni hanya harapkan pengiklanan sebegini... Sebab jarang dapat job reviews macam orang lain... Tapi tak kisah kerana percaya kepada rezeki yang Allah dah tentukan.. Lagipun MF tak kan gadaikan prinsip semata-mata nak raih job review...

Rezeki blog banyak cabang... Tak perlu nak iri hati asalkan mendidik diri sendiri agar lebih mensyukuri...

5Ulasan

  1. samalah, masih setia dgn nuffnang lagi :)

    BalasPadam
  2. Thumbs up... mrs pip still belum berjodohan dgn nuffnang...

    BalasPadam
  3. betul tu...saingan dapat earning dari nuffnang dah makin sengit..huhu

    BalasPadam
  4. kenapa web nuffnang tk leh bukak ye? die jadi bad request.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ