GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Maka Nikmat Tuhan Mu manakah yang 'Kamu Dustakan'?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


SURAT AR-RAHMAN

Didalam Surat Ar-Rahman ada pengulangan satu ayat yg berbunyi :

فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

"Fabiayyi aala 'i rabbi-kumaa tukadzdzibaan"

Ertinya :
"Maka Nikmat Tuhan-mu yg manakah yang 'Kamu Dustakan'?"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kalimat ini diulang-ulang sebanyak 31 kali oleh Allahu Subhanahu Wa Ta'ala. Apa makna kalimat tersebut ?

Setelah Allah uraikan beberapa nikmat yang telah dianugerahkan ke kita, lalu Allah bertanya :
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Maka Nikmat Tuhan-mu yang manakah yang 'Kamu Dustakan'?"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
🌿Menarik untuk diperhatikan bahawa Allah menggunakan kata "DUSTA", bukan kata "INGKAR".

Hal ini menunjukkan bahawa Nikmat yang Allah berikan kepada manusia itu tidak boleh diingkari keberadaannya.

Yang sering dilakukan manusia adalah 'MenDustakan' nya.

Dusta berarti 'Menyembunyikan Kebenaran'.

Manusia sebenarnya tahu bahawa mereka telah 'Diberi Nikmat' oleh Allah, tapi mereka 'Menyembunyikan Kebenaran itu, sehingga mereka
~~~~~~~~~~~~~~~~~
MENDUSTAKANNYA!
~~~~~~~~~~~~~~~~~
✳️Bukankah kalau kita mendapat rezeki banyak, kita katakan bahawa itu kerana hasil dari 'Kerja Keras' kita???

✳️Kalau kita berhasil meraih gelar Sarjana, itu kerana 'Otak Kita' yang cerdas???

✳️Kalau kita sihat, jarang sakit, itu kerana kita 'Pandai Menjaga' Pola Makan dan Rajin bersenam atau makan supplemen tertentu???

Semua nikmat yang kita peroleh seakan-akan hanya kerana usaha kita.

Tanpa sedar kita telah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Melupakan Peranan Allah,
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
» kita memperlekehkan kehadiran Allah pada semua keberhasilan kita,
» kita Dustakan bahawa sesungguhnya nikmat itu semuanya datang dari Allah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Maka Nikmat Tuhan-mu yang manakah yang Kamu Dustakan?"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kita telah bergelimang kenikmatan :
» Harta,
» Jabatan,
» Pasangan Hidup,
» Anak-anak yang telah kita miliki.
~~~~~~~~~~~~~~~~
Ingatlah....
Semua Nikmat itu
akan Ditanya pada
Hari Kiamat Kelak.
~~~~~~~~~~~~~~~~
"Sungguh kamu pasti akan ditanya pada hari itu akan 'Nikmat' yang kamu peroleh saat ini"
(QS At-Takatsur : 8)

Sudah siapkah kita menjawab & Mempertanggung Jawabkannya ?
"Dan jika kamu menghitung Nikmat2 Allah, nescaya kamu tidak akan sanggup menghitungnya.
(QS An-Nahl : 18)

Tidak patutkah kita bersyukur kepada-NYA?
» Ucapkan Alhamdulillah,
» Berhentilah mengeluh,
» dan Jalani Hidup ini dengan ikhlas sebagai bahagian dari
~~~~~~~~~~~~~~
'Rasa Syukur' kita.
~~~~~~~~~~~~
Semoga Allah selalu memberi kemudahan dari setiap masalah yang kita hadapi. Aamiin yaa rabbal alamin.

Diolah dari Sumber: Telegram Channel


Maka Nikmat Tuhan Mu manakah yang 'Kamu Dustakan'?

Belajarlah rasa syukur dengan nikmat yang sedikit daripada mengeluh dengan nikmat yang banyak. 

Susahnya nak syukur sebab kita nampak nikmat orang lain lagi banyak daripada apa yang kita dapat. Hidup dan rezeki kita tak sama... Usahlah dibandingkan dengan rezeki kita dengan rezeki orang lain... 'Saiz kasut' dan 'acuan hidup kita tak sama."

[DOA] Mohon Dijadikan Hamba Yang Bersyukur


رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

“..Rabbi aw zi’niy an asykura ni’matakallatiy an’amta ‘alayya wa’alaa waalidayya wa an a’mala shaalihan tardhaahu wa adkhilniy birahmatika fiy ‘ibadikashshaalihiin..”


“Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh”. (Q.S. An-Naml : 19)

0Ulasan