GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Ini Punca Kenapa Panas Terik Sejak Seminggu Ni

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ini Punca Kenapa Panas Terik Sejak Seminggu Ni | Sekarang ni hujung tahun, biasa bila hujung tahun, negara kita akan alami hujan lebat dan bahkan dah standby banjir kat sesetengah tempat. Tapi sejak seminggu ni hujan hanya sekejap-sekejap dan selebihnya panas terik...


Cuaca yang lain dari kebiasaan ni jadi satu fenomena pelik... Tapi segalanya terungkai apabila... Fenomena ini berlaku kerana Taufan Lan yang berlaku di beberapa negara Asia... Tapi tak terkena kat Malaysia.. Tapi kita terasa kesan angin taufan tu sahaja...


Beliau berkata, fenomena hujan lebat dan angin kencang adalah kesan peralihan kelembapan udara Semenanjung yang diangkut ke kawasan berdekatan taufan, terutama Sabah.

"Semenanjung menjadi kurang berawan, cuaca stabil dan insolasi (radiasi pancaran matahari) dan suhu meningkat.

"Cuaca panas akan berterusan beberapa hari untuk keadaan cuaca musim peralihan monsun kembali. Dijangka ia menyebabkan keadaan berawan dan hujan pada lewat petang," katanya kepada BH.

Beliau mengulas fenomena cuaca panas kering yang dianggarkan melebihi 33 darjah celsius, melanda ibu kota dan Semenanjung sejak Selasa lalu.

Mengulas lanjut, Fredolin menjelaskan, pergerakan Taufan Lan menjauhi sempadan negara menjadikan cuaca di Sabah dijangka semakin baik.

Beliau menepis dakwaan Taufan Lan akan melanggar Sabah kerana pergerakan taufan itu dilaporkan sudah menghampiri Okinawa, Jepun.

"Secara teori, Taufan Lan tidak akan melalui Sabah, kerana kedudukan negeri bawah bayu dekat dengan garisan Khatulistiwa.

"Bagaimanapun, apabila taufan muncul di timur Filipina, tiupan angin menjadi kuat. Sabah dipengaruhi "ekor" taufan," katanya.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), dalam kenyataan dikeluarkan pagi tadi, tidak mengesan sebarang cerapan silkon tropika.

MetMalaysia masih mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora tahap dua, yang dijangka angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (kmsj) dan ombak sehingga 4.5 meter di perairan Kudat, Sabah sehingga hari ini.

Amaran angin kencang dan laut bergelora tahap satu, dengan kelajuan 40 hingga 50 kmsj dan ombak sehingga 3.5 meter dijangka melanda perairan Labuan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Sandakan) turut dijangka berterusan sehingga hari ini.

"Ribut petir dijangka berterusan hingga lewat petang ini di perairan Terengganu, Pahang, Johor Timur, Labuan serta Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat, Sabah.

"Keadaan ini menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak sehingga 3.5 meter serta berbahaya kepada bot kecil," katanya.

Sumber: Berita Harian

Ikut jangkaan, habis sahaja kesan taufan ni, Malaysia kembali kepada cuaca biasa... Apa pun standby aje lah kan.. Hujung tahun memang biasa alami banjir.

Apa pun hikmah panas seminggu yang lepas dalam waktu cuti, memberikan peluang kita bercuti bersama keluarga... Walaupun panas masih boleh berjalan-jalan tapi kalau hujan terhad nak keluar berjalan kan...

Itulah hikmahnya... Setiap yang Allah jadikan ada manfaat untuk manusia bagi manusia yang berfikir..

5Ulasan

  1. Sekarang panas teramat sangat.

    Tak sanggup berada kat luar rumah

    BalasPadam
  2. kawan2 akak pun sibuk bualkan benda ni kat grup whatsup... akak x terasa sebab cuti deepavali seminggu, esok mula keje, x tau la cam ne, kna bawa air masak sejuk la ni...

    BalasPadam
  3. mmg panas lain mcm.. makin ramai yg demam tmasuk sy ni..xboleh keluar sgt..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ