GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Homemade Pizza

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Homemade Pizza | Bila mood nak makan nasi hilang... mencari satu menu yang mengenyangkan... Ternaik kat wall gambar pizza.. Aduhai.. nak pergi pizza hut jauh pula... Tercetus idea nak buat sendiri.

Suami menyokong idea si isteri.. Terus dibeli bahan untuk dibuat pizza esok hari. Malangnya, esok hari isteri pula kurang energy... Tidur ajelah untuk cas energy... Bangun tidur, tengok si suami dah siap menguli doh pizza.

Mana dia dapat resepi kalau bukan dari Pak Cik Google la... Bukan susah nak masak sekarang ni kan..

Jadi, MF tunggu nak maka aje... sebab dia yang buat semuanya...

Akhirnya, setelah beberapa ketika siaplah pizza yang ditunggu-tunggu... Dua biji pizza dengan penuh cheese... satu ada sos prego... satu lagi 100% mozarella cheese sahaja...

Homemade Pizza

Homemade Pizza Cheese


Nak buat tak susah mana pun.. adunan tu lebih kurang macam nak buat donut aje... Lepas tu toping tu, letak aje apa yang disukai...


Nak lagi mudah, buat pizza mini macam ni...


Ni guna roti gardenia aje... letak toping aje.. terus bakar dalam oven dalam 5 minit je... terus siap dan boleh makan...

Memang senang ... buat sarapan gini pun dah mengenyangkan dan memuaskan... Tak perlu nak pergi pizza... Tapi kalau pizza hut dekat memang nak juga la singgah sebab dapat beli Pizza RM5 tu... puas juga makan... cuma bezanya yang ni kita buat sendiri... Yang tu kita beli siap dah...

Sesekali tukar kepada menu mat salleh kan... Apa pun tetap kena makan nasi sebab dah perut melayu kan.. hehe... 

2Ulasan

  1. Salam. Kita pun suka buat pizza gini. Hari tu menang pizza crust dari mission. Terajin jugalah buat pizza. Hahaha.

    #TheRealBloggerMak

    BalasPadam
  2. menggoda pizza yg mula2 tuh...
    akak pnh try bt pizza pakai base dia roti canai kawan... sedap jgk tau... ranggup gitu

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ