Boleh Tak Jual Beli Dengan Letak Deposit?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Boleh Tak Jual Beli Dengan Letak Deposit? | Pernah terjadi beberapa kes viral, peniaga ditipu pembeli. Terutama bisnes jenis tempahan. Kes ini terjadi sebab tak letak deposit. Jadi, penjual sesuka hati batal tempahan sedangkan barang ditempah dah siap.

Kesian kan bila terjadi macam ni. Bisnes suami MF pernah juga sekali kena tipu. Konon percaya sebab rakan sekerja, tapi tak sangka juga kena tipu. Sejak itu, apa sahaja tempahan kami ambil deposit.. tak kira sikit atau banyak... asalkan ada bayaran pendahuluan.

Namun, adakah jual beli ini sah disisi Islam? dan kebanyakan deposit dan wang pendahuluan ini akan hangus dan tak dipulangkan jika pembeli tidak ikut syarat perjanjian pembelian. Apakah harus kita makan duit tu?



Ikuti penjelasnnya:

HUKUM JUAL BELI SECARA URBUN (DEPOSIT)


SOALAN:
Saya merupakan salah seorang broker tanah. Baru-baru ini, saya telah mengambil sebahagian daripada wang pembelian/deposit sebidang tanah, kemudian dia tidak meneruskan pembelian tersebut. Jadi, bagaimanakah dengan kedudukan duit pendahuluan tersebut? Adakah saya boleh mengambilnya.

JAWAPAN:
Isu ini berkaitan dengan hukum-hakam tentang jual-beli Urbun. Sebelum dibincangkan dengan lanjut tentang permasalahan ini dibentangkan terlebih dahulu pengertian berkenaan jual beli urbun.
Perkataan urbun adalah perkataan asing kemudian dipakai oleh bangsa Arab. Ia merujuk kepada sesuatu yang mengikat akad jual beli. Fuqaha mengambil perkataan ini untuk digunakan dalam perundangan dengan memberi pengertian yang khusus iaitu seseorang yang ingin membeli sesuatu dan menyerahkan wang pendahuluan dua dirham atau lebih dengan perhitungan jika dia meneruskan akad jual beli itu, maka wang pendahuluan itu menjadi sebahagian daripada harga barang dan jika tidak meneruskan jual belinya itu maka wang pendahuluan itu menjadi hak penjual.
Para fuqaha telah berbeza pandangan tentang jual beli urbun. Hal ini boleh dilihat dengan lebih lanjut seperti yang berikut:

1. Jumhur fuqaha yang terdiri daripada mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie berpandangan jual beli ini tidak sah kerana terdapat hadis yang melarang jual beli seumpama ini.  Ia adalah satu cara makan harta secara batil da nada unsur gharar di dalamnya. Terdapat dalam satu hadis Rasulullah SAW:

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ بَيْعِ الْعُرْبَانِ
Maksudnya: Rasulullah SAW melarang jual beli secara Urbun.

2. Mazhab Hanbali pula mengharuskan jual-beli seumpama ini. Namun perlu ditentukan batasan tempoh khiyar (tempoh pembelian) kepada pembeli. Ini kerana ia bagi mengelakkan kerugian yang ditanggung oleh pihak penjual.

3.  Namun, menurut Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam kitab al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuh (3/120), jual beli secara urbun adalah diharuskan berdasarkan kepada uuruf semasa. Selain itu,  hadis yang melarang jual beli ini juga adalah tidak sahih.

Melihat kepada senario masyarakat Islam pada hari ini, jual beli secara urbun ini dilihat sudah menjadi keperluan dan uruf kepada masyarakat khususnya di zaman sekarang ini sebagai tanda atau bentuk komitmen dalam melakukan perjanjian jual beli. Ia bertujuan bagi mengelakkan kerugian bagi pihak-pihak yang bertransaksi dan sudah tentu menyusahkan masyarakat.

Oleh itu, kami berpandangan jual beli seperti ini diharuskan bedasarkan kepada syarat-syarat berikut:

1. Objek barang hendaklah jelas dan sesuatu yang diharuskan syarak.

2. Tempoh masa (bagi tujuan pembelian sepenuhnya) diberikan secara jelas, agar terhindar dari unsur gharar. Misalnya jangka masa 1 hari, 2 hari, atau 3 hari, yang disepakati oleh kedua belah pihak yang berakad.

3. Wang pendahuluan sebagai tanda jadi atau tanda komitmen harus berdasarkan kesepakatan.

4. Wang pendahuluan yang akan menjadi milik penjual, ketika pembeli tidak jadi membeli barangnya merupakan wang ganti rugi (ta’widh), atas kerugian yang ditanggung oleh penjual. Namun, jika masih terdapat lebihan wang pendahuluan daripada kerugian sebenar penjual, maka ia hendaklah dipulangkan kepada pembeli.

Wallahua’lam.

Sumber: Mufti WP

Jadi, hukumnya harus kita guna bersarkan uruf dan keperluan pada zaman sekarang. 

Post a Comment

1 Comments

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^