GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

6 Bahan Mudah Untuk Atasi Periuk Hangus dan Berkerak

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


6 Bahan Mudah Untuk Atasi Periuk Hangus dan Berkerak | Periuk berkerak satu masalah... Pernah MF nak buat sira gula, sekali terhangus... Gula kalau terhangus kat periuk, nak cucinya memang stress dibuatnya... Tapi jangan risau... ada bahan mudah untuk hilangkan kerak dan kesan hangus tu.

6 Bahan Mudah Untuk Atasi Periuk Hangus dan Berkerak


Baking Soda atau Serbuk Penaik

Rendamkan periuk atau kuali yang sudah hangus berkerak tadi bersama dengan satu sudu serbuk penaik. Biarkan selama beberapa jam. Hasilnya kesan hangus tadi akan menjadi lembut dan lebih mudah untuk dibasuh dan disental.

Cuka makanan dan Serbuk penaik

Masukkan air dan satu cawan cuka ke dalam periuk atau kuali yang sudah hangus tadi, kemudian didihkan ia.Selepas itu padamkan api dan campurkan pula dengan dua sudu serbuk penaik atau soda bikarbonat. Sental sehingga kesemua kerak hangus tertanggal. Jika perlu tambahkan lagi soda bikarbonat. Cara ini amat sesuai untuk kesan hangus yang nipis atau kurang tebal seperti air menjadi kering didalam cerek dan sebagainya.

Garam dan Limau Nipis

Perahkan beberapa biji limau nipis (ikut kesesuaian besar periuk dan kuali) kemudian campurkan dengan satu sudu garam. Biarkan selama satu jam. Akhir sekali sental dan cucilah seperti biasa.

Tomato

Seboleh-bolehnya carilah buah tomato yang tidak terlalu masak, ini kerana  kandungan asidnya lebih tinggi. Lenyekkan beberapa biji buah tomato ke dalam periuk atau kuali yang hangus tadi. Biarkan selama semalaman sebelum anda teruskan kerja menyental dan mencuci.

Minuman berkarbonat atau bergas

Amat sesuai digunakan untuk jenis hangus yang diakibatkan oleh gula karamel. Rendamkan periuk atau kuali yang hangus tadi dengan minuman berkarbonat.Biarkan selama beberapa jam. Selepas itu anda bolehlah menguji sama ada kerak tersebut sudah tertanggal atau tidak dengan mencungkil kesan kerak tersebut menggunakan sudu besi. Jika tidak, biarkan selama semalaman.

Sabun Mandi

Potong sabun mandi menjadi kepada empat bahagian. Ambil satu bahagian sabun mandi tersebut dan rendamkan  ke dalam periuk atau kuali yang hangus sehingga kembang. Kemudian, sental periuk tadi dengan sabun tersebut, Kemudian teruskan pula menyental menggunakan berus dawai.

Selamat Mencuba! Semoga bermanfaat!

Sumber: Majalah RASA

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ