GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Senarai Hospital Kerajaan Yang Membenarkan Suami Teman Isteri Ketika Bersalin

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Senarai Hospital Kerajaan Yang Membenarkan Suami Teman Isteri Ketika Bersalin | Teman isteri bersalin, itulah perkara yang suami isteri zaman sekarang idamkan... Mesti kebanyakan isteri nak suami teman... Suami orang terdekat yang dapat beri sokongan kekuatan mental dan emosi ketika isteri berhadapan dengan saat-saat genting melahirkan anak.

MF dulu pun idamkan perkara yang sama... Tapi perancangan Allah, ketiga-tiga bersalin anak tak dapat ditemani oleh suami. Masa anak pertama, terlalu lama di Laboor Room, sudahnya nurse terlupa nak panggil... sekali dah selamat melahirkan, barulah nurse teringat nak... hampa,... tapi dalam masa yang sama syukur kerana selamat semuanya...

Anak kedua, plan baik punya... Anak pertama hantar pada pengasuh awal-awal... Nak suami teman... sekali, suami tak sempat masuk... kerana lama ikut prosedur di hospital untuk teman isteri bersalin, dah tak sempat juga... Alhamdulillah.. anak kedua ni pantas bersalin... Tak lama pun.. dalam 10 minit tak sampai di dewan bersalin, selamat bersalin... Alhamdulillh... terkilan juga... tapi bersangka baik... syukur sebab selamat keduanya...

Anak ketiga, mak mentua jagakan dalam kereta... sebab tak rancang dan tak sangka nak bersalin pun... Sekali, berkali dipekik doktor supaya panggilkan suami... entah apalah nasibkan... tak sempat juga... akhirnya redha sahajalah... Apa pun.. walaupun suami tak sempat tengok dan teman MF ketika bersalin... Alhamdulillah... kasihnya tak berubah... acehhh.... hehe... insha Allah.. moga Allah tetapkan hatinya untuk seorang isteri sahaja... hehe...

Itu kisah MF... MF semua bersalin di hospital kerajaan je... Mudah dan murah... guna GL je.. apa susah kan... Dan kebanyakan hospital kerajaan sekarang, dah membenarkan suami menemani isteri bersalin... bukan hanya di hospital swasta sahaja... Swasta memang lagi patut lah kan... dah bayooorr mahal.. tak kan tak boleh teman kan kalau bersalin normal...

Apa pun, setiap bakal ibu dan bapa, wajib ketahui apa itu polisi hospital berkaitan hal ini yang disebut sebagai... Polisi Hospital Rakan Suami...

Senarai Hospital Kerajaan Yang Membenarkan Suami Teman Isteri Ketika Bersalin

POLISI HOSPITAL RAKAN SUAMI

Suami dibenarkan menemani isteri semasa proses kelahiran berdasarkan kepada kekosongan tempat dan peraturan yang ditetapkan.

Harus diingatkan, ada hospital yang menetapkan bahawa suami perlu menghadiri kursus dahulu. Ada juga hospital yang cuma panggil suami teman bila saat-saat isteri tengah meneran, di mana bayi hampir keluar. Maka tidak dapat teman sepanjang masa.

Berikut adalah polisi hospital rakan suami:

  • Kemudahan teman di Bilik Bersalin adalah berdasarkan kepada kekosongan tempat (hanya terdapat satu bilik bersalin ‘Rakan Suami’ dan hanya seorang sahaja dibenarkan masuk pada satu masa).
  • Hanya suami pesakit dibenarkan menemani isteri di Bilik Bersalin.
  • Kebenaran menemani isteri bersalin bergantung kepada keadaan semasa di bilik
  • bersalin dan di atas budi bicara ketua jururawat / jururawat bilik bersalin.
  • Suami dibenarkan berada di sisi isteri sehingga proses kelahiran selesai, namun sentiasa bersedia untuk keluar dari bilik bersalin apabila diminta berbuat
  • demikian oleh anggota bilik bersalin.
  • Proses keluar masuk suami ke bilik bersalin mesti mendapat kebenaran
  • jururawat terlebih dahulu. Suami dibenar keluar dua kali sahaja.
  • Privasi pesakit lain perlu dihormati.
  • Suami dilarang menjenguk ke bilik lain atau
  • menjadi penyampai maklumat kepada orang lain.
  • Perakam video, kamera dan telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa masuk ke
  • bilik bersalin.
  • Sentiasa memakai ‘gown’ dan pas pelawat khas yang disediakan sepanjang
  • berada di bilik bersalin.
  • Suami dilarang makan atau minum di dalam Bilik Bersalin.

Walaupun ada senarai yang kata suami dibenarkan masuk, ada saatnya suami tidak dibenarkan masuk iaitu apabila:

  • Isteri kena jalani pembedahan caesar (czer), bukan bersalin normal
  • Isteri kena vakum
  • Yang penting, jangan marah-marah dan salahkan pihak hospital. Tenangkan diri.

SENARAI HOSPITAL RAKAN SUAMI MENGIKUT NEGERI (HOSPITAL KERAJAAN)

Untuk mengetahui senarai yang betul-betul rasmi dan telah dikemaskini, sila hubungi pihak hospital dan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk maklumat yang lebih tepat.

1. Perlis

Hospital Tuanku Fauziah, Kangar

2. Kedah

Hospital Sultanah Bahiyah – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Sultan Abdul Halim – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Kulim – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Langkawi – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Baling
Hospital Sik
Hospital Yan
Hospital Jitra
Hospital Kuala Nerang

3. Pulau Pinang

Hospital Pulau Pinang – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Seberang Jaya
Hospital Bukit Mertajam – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Kepala Batas
Hospital Sungai Bakap
Hospital Balik Pulau

4. Perak

Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Taiping
Hospital Teluk Intan – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Seri Manjung
Hospital Slim River – suami boleh masuk teman isteri saat bayi mahu keluar sahaja
Hospital Batu Gajah
Hospital Kuala Kangsar
Hospital Tapah
Hospital Parit Buntar
Hospital Kampar
Hospital Sungai Siput
Hospital Selama
Hospital Gerik
Hospital Changkat Melintang

5. Selangor

Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Hospital Selayang – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Serdang – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Kajang
Hospital Banting
Hospital Ampang – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Kuala Kubu Baru
Hospital Tanjung Karang
Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam
Hospital Sungai Buloh – suami boleh masuk teman isteri

6. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Hospital Kuala Lumpur – suami boleh masuk teman isteri

7. Wilayah Persekutuan Putrajaya

Hospital Putrajaya – suami boleh masuk teman isteri


8. Wilayah Persekutuan Labuan

Hospital Labuan


9. Negeri Sembilan

Hospital Tuanku Jaafar – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Tuanku Ampuan Najihah – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Tampin
Hospital Port Dickson – suami boleh masuk teman isteri, kena isi borang dulu
Hospital Jelebu – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Jempol

10. Melaka

Hospital Melaka – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Alor Gajah
Hospital Jasin


11. Johor

Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Sultanah Fatimah, Muar – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Batu Pahat – suami boleh masuk teman isteri, kena pergi kursus dahulu
Hospital Kluang – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Segamat – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Kota Tinggi
Hospital Pontian
Hospital Temenggong Ibrahim, Kulai jaya
Hospital Tangkak
Hospital Mersing – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru – suami boleh masuk teman isteri


12. Pahang

Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Kuala Lipis – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Bentong
Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands
Hospital Raub
Hospital Jerantut
Hospital Jengka
Hospital Muadzam Shah
Hospital Pekan


13. Terengganu

Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Kemaman
Hospital Dungun
Hospital Besut
Hospital Hulu Terengganu
Hospital Setiu


14. Kelantan

Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bahru – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Kuala Krai
Hospital Pasir Mas
Hospital Tanah Merah
Hospital Tumpat
Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Machang
Hospital Gua Musang
Hospital Jeli


15. Sarawak

Hospital Umum Sarawak, Kuching – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Sibu – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Miri
Hospital Bintulu – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Kapit
Hospital Sarikei
Hospital Sri Aman
Hospital Saratok
Hospital Kanowit
Hospital Limbang
Hospital Serian
Hospital Daro
Hospital Betong
Hospital Bau
Hospital Mukah
Hospital Simunjan
Hospital Marudi
Hospital Lundu
Hospital Lawas


16. Sabah

Hospital Wanita & Kanak-Kanak Sabah (Likas) – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Duchess of Kent
Hospital Tawau
Hospital Keningau
Hospital Lahad Datu
Hospital Beaufort
Hospital Kudat
Hospital Kota Belud
Hospital Sipitang
Hospital Tenom
Hospital Ranau
Hospital Papar
Hospital Kinabatangan
Hospital Kota Marudu
Hospital Semporna
Hospital Beluran
Hospital Tambunan
Hospital Kunak
Hospital Pitas
Hospital Kuala Penyu

SENARAI HOSPITAL RAKAN SUAMI DI BAWAH KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

  • Hospital Universiti Sains Malaysia, Kelantan – suami boleh masuk teman isteri
  • Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM / UMMC)  – sudah dimansuhkan. suami tidak lagi dibenarkan teman isteri
  • Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia – suami boleh masuk teman isteri
Sumber: Info Ibu Hamil


Senarai ini mungkin ada perubahan... Dan polisi setiap hospital tak sama... ada prosedur yang berbeza... Jadi, boleh rujuk dengan hospital yang anda memang rancang nak bersalin di sana... 

10Ulasan

  1. hospital selayang the best. cuma parking je la yang sakit huhu

    BalasPadam
  2. mmg banyak hospital jns yg dh mesra atau rakan suami, mcm akak dulu mmg tak merasa almklum kene czer kan... tu pun masa lps operate laki akak tak jumpa cari2... sbb akak dh msk ward biasa dh...

    haru betul masa tu

    BalasPadam
  3. erm.. nice info... patut la masa sy bersalin kat hospital kangar diorag tak pgl hband mask... tp bgs juga tak panggil sebab ms say bersalin tu hanya husband n anak sy umur 4 thn yg ada.... bila bersalin kat hospital besar KB diorg terus pgl husband mask... tp hband suruh mak sy yg masuk... huhu... di mmg tak leh tgk n pening...

    rupanya ada hospital yg boleh masuk n xboleh... ingatkan semua hospital kerajaan husband boleh masuk...

    BalasPadam
  4. Hospital shah alam..suami blh teman isteri

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum sis..Hmm betul ke hospital sultan abdul halim sungai petani suami boleh teman. Sebab saya bersalin tahun lps 2016 suami x boleh teman dah pun. Tahun ni tak tau pulak kalu ada perubahan. Kt mana saya booeh tya pasal ini ye. Cal hospital terus ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm... Ye ke... Sy pernah bersalin anak sulung di situ mmg suami boleh teman... Dan ada yg bg feedback suami boleh teman juga... Takde ubah polisi rasanya.. Apa pun cuba rujuk hospital kenapa suami tak boleh teman.. Mungkin ada kes atau sbb yg kita tak tau...

      Padam
    2. Suami tak boleh teman.PPUM Petaling Jaya pun sama.Ada kawan bersalin di situ.12 orang doktor pelatih lelaki tengok dia beranak.

      Padam
  6. Hospital Tuanku Jaafar Seremban suami tidak boleh teman isteri.Harap maklum..Peranan suami digantikan oleh doktor pelatih lelaki.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ