GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Resepi Kek Mentega 5 Bahan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Resepi Kek Mentega 5 Bahan | Alhamdulillah semalam genap setahun anak MF yang ketiga... Rasa macam sekejap sangat masa berlalu.. Dah setahun dia...

Anak MF yang ketiga ni lain sikit... Ada alergi... Silap makan, habislah naik gatal-gatal... Jadi, tak boleh sebarang makan..

Atas sebab itu, gigih MF cari resepi Kek mudah untuk dijadikan kek hari lahir si kecil ni... Yang kami panggil sebagai YangYang sebagai nama timangan.

Cari dan jumpa kek yang mudah nak buat dan boleh diolah ikut selera... Terutama bab gula...

Jadi, MF cuba buat... Guna 5 bahan mudah.


Kek Mentega 5 Bahan


Resepi Kek Mentega 5 Bahan

Bahan-bahannya:

1 cawan marjerin (nak guna jenama apa pun tak kisah tapi MF guna jenama planta)
2 cawan tepung gandum - diayak dengan 1 sudu kecil serbuk penaik.
2 biji telur
1/2  cawan gula halus, MF kurangkan gula sebab buat untuk baby kan... Lagipun dah top up manis tu dengan susu pekat.
2 sudu besar susu pekat.

Tambahan :

Esen vanilla
Pewarna hijau epal untuk jadikan dua tone warna ala kek marble

Cara membuatnya :

1. Pukul marjerin dengan gula hingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang...
3. Masukkan Esen vanilla.. (optional)
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul hingga sebati.
5. Masukkan susu pekat dan pukul hingga sebati
6. Asingkan adunan kepada dua bahagian dan satu bahagian letak pewarna yang disukai...
7. Masukkan  dalam loyang, dan bakar dengan suhu 170 darjah Celsius selama 35-40 minit bergantung kepada oven masing-masing.

Alhamdulillah.. Menjadi kek mentega kali ni..  Yang penting kurang manis.. Gebu dan lembut macam kek span. Alhamdulillah...

Nak lagi cantik dan meriah boleh letak coklat cip atau coklat urai ataupun buat potong... Ikut kreativiti masing-masing. Tapi asas kek ini hanya 5 bahan... Nak menarik, cantik dan rasa pelbagai boleh tambah ikut selera masing-masing.

Selamat mencuba... 

3Ulasan

  1. sekarang kena pencen dulu buat kek...
    mixer dah terbakar hari tu.. belum ganti2 lagi

    BalasPadam
  2. Nextime boleh cuba kek ni, bahan2 pun senang nak dapat...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ