14 September 2017

Pusat Tahfiz Terbakar di Keramat, Lebih 20 Orang Terkorban

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pusat Tahfiz Terbakar di Keramat, Lebih 20 Terkorban | Berita yang menyayat hati dapat dari group whatsapp dan telegram pagi tadi... Pusat Tahfir di Keramat terbakar pagi tadi... lebih menyedihkan ramai yang terkorban...




Teringat betul kisah Pondok Pak Ya di Kedah...

Allahu... pelbagai perasaan bercampur baur dapat berita sebegini..

Apa pun kita anggap ini peringatan Allah...

Salah satu tanda kiamat nak dekat, Allah akan tarik orang yang baik,berilmu ni dahulu...

Diantara tanda-tanda Kiamat adalah hilangnya ilmu dan menyebarnya kebodohan. Dijelaskan dalam ash-Shahiihain dari Anas bin Malik Radhiyallahu anhu, beliau berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يُرْفَعَ الْعِلْمُ وَيَثْبُتَ الْجَهْلُ.

‘Di antara tanda-tanda Kiamat adalah hilangnya ilmu dan tersebarnya kebodohan.’ [Sahih al-Bukhari]

Al-Bukhari meriwayatkan dari Syaqiq, beliau berkata, “ِAku pernah bersama ‘Abdullah dan Abu Musa, keduanya berkata, ‘Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إِنَّ بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ لأَيَّامًا يَنْزِلُ فِيهَا الْجَهْلُ وَيُرْفَعُ فِيهَا الْعِلْمُ.

‘Sesungguhnya menjelang datangnya hari Kiamat akan ada beberapa hari di mana kebodohan turun dan ilmu dihilangkan.’ [Sahih al-Bukhari]

Dalam riwayat Muslim dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, dia berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

يَتَقَارَبُ الزَّمَانُ وَيُقْبَضُ الْعِلْمُ وَتَظْهَرُ الْفِتَنُ وَيُلْقَى الشُّحُّ وَيَكْثُرُ الْهَرْجُ.

‘Zaman saling berdekatan, ilmu dihilangkan, berbagai fitnah bermunculan, kebakhilan dilemparkan (ke dalam hati), dan pembunuhan semakin banyak.’ [Sahih Muslim]

Ibnu Baththal berkata, “Semua yang terkandung dalam hadits ini termasuk tanda-tanda Kiamat yang telah kita saksikan secara jelas, ilmu telah berkurang, kebodohan nampak, kebakhilan dilemparkan ke dalam hati, fitnah tersebar dan banyak pembunuhan.”

Tahun ni banyak kes melibatkan pelajar tahfiz... Mereka ini bakal ulama', tapi Allah sayang mereka lebih...

Semoga keluarga mereka tabah menghadapi musibah ini...

 إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ 




اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَاعْفُ عَنْهُ وَعَافِهِ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِمَاءٍ وَثَلْجٍ وَبَرَدٍ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدخِلْهُ الجَنَّةَ وَقِهِ فِتْنَةَ الْقَبْرِ وَعَذَابَ النَّارِ

Maksudnya:  “Rasulullah SAW telah melakukan solat jenazah, lalu aku mendengar Baginda berdoa. Ya Allah! Ampunilah dan rahmatilah dia, lepaskanlah dia daripada apa-apa yang tidak disukainya dan maafkanlah dia, muliakanlah keadaannya dan luaskan kuburnya. Mandikanlah dia dengan air, salji dan air yang dingin. Bersihkanlah dia daripada segala kesalahan sebagaimana dibersihkan baju yang putih daripada segala kekotoran. Gantikanlah rumahnya yang lebih baiki daripada rumahnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan peliharalah dia daripada fitnah kubur dan azab neraka. Auf berkata: Aku berharap biarlah aku menjadi mayat itu kerana doa Rasulullah SAW ke atas mayat tersebut.” [Riwayat Muslim (963)]

3 ulasan:

  1. allahuakbar...takziah pd kelaurga2 mangsa

    BalasPadam
  2. akak pun sama, terus teringat peristiwa pondok pak ya, lbh kurang sikit nk sama gitu...

    sedih sebak baca psl kisah ni pagi nih, pg td masa nampak bomba ambulan jpa nya jentera lalu sebelah kita pun dh rasa berdebar2... ni kan plk di tempat kejadian...

    Alfatihah bt semua yg pergi...

    BalasPadam
  3. Innalillahiwainailaihirojiun...
    Semoga roh-roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
    Takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga mereka yang terlibat.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^