بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


♥️ DOA ULANGTAHUN PERKAHWINAN & SUAMI ISTERI ♥️ | Dah nak musim cuti sekolah, makin ramai la buat throwback hari ulangtahun perkahwinan...

Untuk itu, MF kongsikan Doa yang boleh dibaca oleh Suami Isteri sempena sambutan anniversary perkahwinan... Semoga lebih berkat dan dilimpahkan rahmat dari Allah.



DOA ULANGTAHUN PERKAHWINAN & SUAMI ISTERI


Ya Allah Yang maha Pengasih dan Penyayang…

“ Jagalah insan ini di kala penjagaanku tidak sampai kepadanya,
Sayangilah dia di kala rasa sayangku tidak mampu merangkulnya
dalam dakapan yang nyata…
Perhatikan dia dikala perhatianku tidak terangkum dalam kata yang sahaja…
Kerana Engkau punya segala yang ku tak punya…
Kerana aku ingin dia selalu menjadi pendampingku,
Di Dunia dan harapnya bertemu di Syurga Mu jua Ya Rabb…”

Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai 
ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.

Ya Allah…indahkanlah rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma’-Mu. Penuhi kami dengan amal soleh yang Engkau redhai. 
Jadikan kami insan yang tenang dan menenangkan orang sekeliling serta teladan yang baik bagi manusia.

Ya Allah…damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami 
jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. 
Jauhkan kami dari keburukan yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah…berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.

Aameen Yaa Rabbal Alamin

Kredit: Himpunan Doa

Bacalah doa ini sewaktu sambut hari ulangtahun perkahwinan, moga perkahwinan kita lebih diberkati dan dirahmati Allah hingga ke akhir hayat dan hingga ke syurga.

1 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama