GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

DIAM ATAU BERCAKAP?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


DIAM ATAU BERCAKAP?

Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam :

من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا أو ليصمت

Maksudnya : Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah dia berkata yang baik sahaja ataupun diam.

(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Berkata Al-Imam An-Nawawi Rahimahullah ketika menerangkan hadis ini :

وقد أخذ الإمام الشافعي - رضي الله عنه - معنى الحديث فقال : إذا أراد أن يتكلم فليفكر ; فإن ظهر له أنه لا ضرر عليه تكلم ، وإن ظهر له فيه ضرر ، أو شك فيه أمسك .

Maksudnya: Al-Imam Asy-Syafi'i ketika menyebutkan hadis ini, beliau menerangkan tentangnya, "Sebelum seseorang ingin bercakap hendaklah dia berfikir. Sekiranya pasti tidak ada keburukan jika dia bercakap perkara tersebut, maka dia boleh bercakap. Sekiranya pasti ada keburukan jika dia bercakap, atau tidak pasti(sama ada baik atau buruk kesan percakapannya nanti), maka hendaklah dia diam".

(Syarah Sahih Muslim oleh Al-Imam An-Nawawi Rahimahullah)

DIAM ATAU BERCAKAP?

Firman Allah Subhanahu Wa Taala :

(وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا)

Maksudnya : Dan janganlah kamu ikuti apa yang kamu tiada pengetahuan(yang pasti) tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya pasti akan ditanya(tentang apa yang telah dilakukannya).

(Surah Al-Israa' : 36)

Ini zaman cakap dahulu baru fikir, tulis dan sebar dahulu baru kaji. Ingatlah seksaan neraka atas kelakuan diri sendiri merupakan pengkhianatan yang paling besar keatas diri kita sendiri. Jangan jadikan diri sendiri saksi untuk menghumban diri sendiri ke dalam api neraka.

Mudah-mudahan Allah lindungi kita dan keluarga daripada api neraka.

Kredit: Telegram Channel

3Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ