14 September 2017

10 Baik dan 10 Jahat!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


10 Baik dan 10 Jahat | Imam Al-Ghazali r.a telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah (Terpuji) di dalam kitab 'Arbain Fi Usuluddin. Sifat mahmudah adalah sifat yang terpuji yang dituntut oleh Islam supaya diamalkan oleh umatnya. Sifat-sifat  utama yang tergolong dalam sifat-sifat yang mahmudah ialah:

Ilmu Tasawuf ialah ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin di dalam membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat mulia dan menghindari atau menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan tercela.

Ilmu Tasawuf bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya sentiasa berada di dalam landasan dan peraturan hukum syariat Islam yang sebenar sehingga mencapai taraf nafsu mutmainnah. Antara syarat-syarat untuk mencapai taraf nafsu mutmainnah ialah banyak bersabar serta banyak melalui penderitaan.


Sumber :Google image 

Imam Al-Ghazali r.a telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah (Terpuji) di dalam kitab 'Arbain Fi Usuluddin. Sifat mahmudah adalah sifat yang terpuji yang dituntut oleh Islam supaya diamalkan oleh umatnya. Sifat-sifat  utama yang tergolong dalam sifat-sifat yang mahmudah ialah:

1) TAUBAT (Membersihkan Hati)

2) KHAUF (Takut kepada Allah)

3) MUHABBAH (Kasih Sayang sentiasa ingat kepada Allah)

4) ZUHUD (Menggunakan nikmat dunia sekadar yang perlu)

5) SABAR (Menahan diri daripada keluh kesah pada suatu musibah)

6) SYUKUR (Memuji setiap nikmat daripada Allah)

7) IKHLAS (Setiap perbuatan diniatkan untuk keredhaan Allah )

8) TAWAKAL (Menyerah diri sepenuhnya kepada Allah)

9) REDHA (Tenang hati terhadap apa yang datang daripada Allah)

10) ZIKRULMAUT (Sentiasa ingat mati dan memperlengkapkan diri untuknya)

Imam  Al-Ghazali juga menggariskan sepuluh sifat Mazmumah (Tercela) di dalam kitab tersebut iaitu:

1) Banyak Makan
2) Banyak Bercakap
3) Marah
4) Hasad
5) Bakhil
6) Cintakan Kemegahan
7) Cinta Dunia
8) Bangga Diri
9) Ujub
10) Riya' (Menunjuk-nunjuk).

Kredit: Telegram JAKIM

Sama-samalah kita muhasabah diri... Dalam 10 baik tu ada tak sifat baik dalam diri kita... Dan 10 jahat tu ada tak dalam diri kita...

Jika ada 10 baik dalam diri... Berdoa dan berusahalah untuk terus istiqamah... Jika dalam 10 jahat tu salah satu atau lebih dalam diri kita... Berusahalah untuk berubah.. Moga hidayah milik kita... 

3 ulasan:

  1. Salam singgah sini sis....Semoga kita semua di jauhi dengan sifat jahat....

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas perkongsian. Sifat-sifat ni kita kena kawal agar tak memudaratkan diri dan orang lain

    BalasPadam
  3. Terima kasih sudi share 10 sifat mahmudah dan 10 sifat mazmumah

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^