GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Viral Khasiat Minum Air Halba | Benarkah Halba Makanan Sunnah?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Viral Khasiat Minum Air Halba | Benarkah Halba Makanan Sunnah? | Sekarang tengah viral tentang air rendaman halba terutama dalam kalangan wanita dan para ibu... Yang menjadi viral tu tak kisah, cuma yang kisahnya bila ada yang sebarkan dalil hadis bersandarkan kepada Rasulullah s.a.w tentang halba. Betul ke hadis tu hadis sahih? Sahih ke cerita tu? Zaman sekarang, banyak fitnah kepada Rasulullah s.a.w... Jangan buat main-main...dan jangan main sebar aje... 

Antara hadis popular yang disebarkan ialah:

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda “jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas”.

Tapi dalam hadis ini tak dinyatakan siapa perawinya... 

Jadi, ulama ada membahaskan hadis ini:
Komentar ulama hadith
Kata Abū ‘Abd Allah Badr Al-Dīn Muḥammad bin ‘Abd Allāh Al-Zarkashī dalam Al-Laāli‘ Al-Manthūrah Fī Al-Aḥādīth Al-Masyhūrah¹:

الحَدِيث التَّاسِع لَو يعلم النَّاس مَا فِي الحلبة لاشتروها بوزنها ذَهَبا

Hadith ke-9, Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup membelinya dengan sebanyak timbangan emas

اخرجه ابْن عدي فِي كَامِلَة عَن جحدر عَن بَقِيَّة بن الْوَلِيد عَن ثَوْر بن يزِيد عَن خَالِد بن معدان عَن معَاذ بن جبل مَرْفُوعا

Ia telah dikeluarkan oleh Ibn ‘Adiy dalam kitab kamilnya dari Jahdar dari Baqiyyah bin Al-Walid dari Thawr bin Yazid dari Khalid bin Ma’dan dari Mu’adh bin Jabal secara marfu’².

وَلَا اعْلَم رَوَاهُ عَن بَقِيَّة غير جحدر وَهُوَ احْمَد بن عبد الرَّحْمَن وَهُوَ ضَعِيف يسرق الحَدِيث

Dan aku tidak tahu adakah ianya diriwayatkan dari Baqiyyah selain dari Jahdar, iaitu dia adalah Ahmad bin ‘Abd Al-Rahman dan dia adalah seorang yang da’if serta pencuri hadith.

Kata Shams Al-Dīn Abū Al-Khayr Muḥammad bin ‘Abd Al-Raḥmān Al-Sakhāwī dalam kitab beliau Al-Maqāṣid Al-Ḥasanah Fī Bayān Kathīr Min Al-Ahādīth Al-Mushtahirah ‘Ala Al-Alsinah³

الطبراني في الكبير من حديث سليمان بن سلمة الخبائري حدثنا عتبة بن السكن الفزاري حدثنا ثور بن يزيد عن خالد بن معدان عن معاذ بن جبل مرفوعا به،

Al-Tabarani [telah mengeluarkannya] dalam [kitabnya] Al-Kabīr dari hadith Sulaymān bin Salamah Al-Khabāirī dari ‘Utbah bin Al-Sakn Al-Fazārī dari Thawr bin Yazīd dari Khālid bin Ma’dān dari Mu’āz bin Jabal secara marfu’.

والخبائري كذاب، وهو عند ابن عدي في كامله،

Dan Al-Khabāirī adalah pendusta dan [perkara tersebut tercatat] disisi Ibn ‘Adiy dalam kitab Kāmil-nya

من حديث أحمد بن عبد الرحمن الملقب جحدر وهو ممن يسرق الحديث ثنا بقية عن ثور به،

[Ia juga] adalah hadith dari Ahmad bin ‘Abd Al-Rahmān yang digelarkan Jaḥdar. Dan dia adalah dari kalangan mereka yang mencuri hadith yang diriwayatkan dari Baqiyyah dari Thawr tentangnya.

¹Muḥammad bin ‘Abd Allāh Al-Zarkashī. (1986). Al-Laāli‘ Al-Manthūrah Fī Al-Aḥādīth Al-Masyhūrah. (Muṣṭafā ‘Abd Al-Qādir ‘Aṭā, Ed.). Bayrut: Dar Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah, halaman 153.

²Marfu’ bermaksud, periwayatannya sampai kepada Nabi sal Allah ‘alayhi wa sallam, tidak hanya terhenti pada peringkat sahabat atau tabi’in.

³Muḥammad bin ‘Abd Al-Raḥmān Al-Sakhāwī. (1985). Al-Maqāṣid Al-Ḥasanah Fī Bayān Kathīr Min Al-Ahādīth Al-Mushtahirah ‘Ala Al-Alsinah. (Muḥammad ‘Uthmān Al-Khasht, Ed.). Bayrut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, halaman 556.

Sumber: http://semakhadis.com/sekiranya-umatku-tahu-akan-kelebihan-halba/

Kesimpulan:
Hadis ini tersangat lemah, tidak boleh disebarkan.

khasiat halba

Khasiat Halba

Namun begitu, tak dinafikan halba memang banyak khasiatnya... 

Antara khasiat hulbah (halba) membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut (memulas).

Halba atau nama botaninya trigonella foenumgraceum tergolong dalam keluarga fabaceae. Ditanam di seluruh dunia sebagai tanaman separa gersang, ia digunakan sebagai kedua-dua herba (daunnya) dan rempah (bijinya). Halba juga sering digunakan untuk memasak kari. Perkataan bahasa Melayu, ‘halba’, berasal daripada nama bahasa Arab, ‘Hilbeh’ (حلبة).

Negara pengeluar halba yang terutama termasuk India, Argentina, Mesir, Perancis, Sepanyol, Turki, Maghribi dan China, dengan India merupakan pengeluar yang terbesar di dunia. Negeri Rajasthan mengeluarkan 80% daripada jumlah pengeluaran di India, dengan negeri-negeri pengeluar utama yang lain termasuk Gujarat, Uttaranchal, Uttar Pradesh, Madhya Pradesh, Maharashtra, Haryana, dan Punjab. Halba memang terkenal sebagai herba perubatan di zaman purba, terutamanya di kalangan masyarakat China, Mesir, Rome dan Yunani.

Ahli botani masih tidak dapat memastikan jenis liar Trigonella yang menghasilkan halba tanaman. Bagaimanapun, halba dipercayai ditanam buat pertama kali di Timur Tengah, berdasarkan penemuan yang berikut:

* biji halba yang hangus di Tell Halal, Iraq (pentarikhan radiokarbon: 4000 SM);
* biji halba yang hangus di kota Lachish (Zaman Gangsa);
* biji kering di makam Tutankhamen.

Ðikenali juga dengan nama fenugreek (Inggeris), hu lu ba chai (China), keerai (Tamil), dikatakan halba merupakan tumbuhan semulajadi di bahagian Timur Eropah dan Ethopia. Malah halba juga dikatakan telah digunakan semenjak zaman silam sebagai makanan dan ubatan oleh penduduk yang tinggal di persisiran pantai Mediterranean dan Asia.

Pokok halba boleh dikenali melalui batangnya yang menegak setinggi kira-kira 30 hingga 60 cm dan berbau kuat. Ðaun halba berbentuk seperti titisan air mata dan tumbuh dalam kumpulan bertiga dari batangnya yang halus. Bunga pokok halba berwarna kuning. Biji halba berwarna kuning kecoklatan dan mengeluarkan bau yang agak pelik. Halba dikenali sebagai saurian berdaun namun bijinya yang banyak digunakan dalam masakan mahupun dijadikan sebagai ubat. Ðaun halba mempunyai bau yang kuat terutamanya jika dimakan mentah.

Selalunya daun halba banyak digunakan dalam masakan India, terutama sekali India Utara, di mana daun ini dianggap sebagai bahan istimewa dan dimasak dengan pelbagai cara. Ðaun ini juga dikatakan gandingan sesuai bagi bahan-bahan berkanji seperti gandum dan ubi kentang. Ðaun halba mempunyai perisa saderi, bayam dan mempunyai kepahitan tersendiri yang akan membangkitkan selera makan. Kepahitan daun boleh dihilangkan sedikit dengan mencelur daun halba di dalam air mendidih, kemudian dimasukkan ke dalam air sejuk sebelum digunakan, tetapi sedikit perisanya juga akan hilang.

Daun Halba

Ðaun rawat masalah penghadaman

Ðaun halba mengandungi protein, beta karotena, besi dan zat-zat galian yang lain. Ðaun ini menyejukkan dan dikatakan mampu menaikkan selera makan seseorang jika diambil dengan cara yang betul. Ðaun halba jika ditumbuk halus dikatakan boleh disapu kepada muka kerana ia mampu menghilangkan jerawat, bintik-bintik hitam, muka kering dan kemunculan awal kedutan muka. Jika pes daun ini disapu pada kulit kepala sebelum mandi, dikatakan mampu memanjangkan rambut, mengekalkan warna semula jadi rambut dan menjadikan rambut halus dan lembut.

Ðaun halba juga dikatakan mampu digunakan dalam merawat masalah penghadaman dan masalah kembung perut. Air rebusan daun halba pula dikatakan boleh digunakan sebagai ubat kumur bagi masalah ulser mulut. Ðaun halba juga dikatakan mampu membantu pembentukan darah. Ðaun yang telah dimasak dikatakan amat berguna untuk gadis remaja mengelak anemia dan keadaan yang berkaitan dengan masalah pembesaran dan cukup umur.

Berikutan dengan kesan yang menyejukkan, daun yang telah ditumbuk boleh ditampalkan pada bahagian yang mengalami bengkak dan kesan terbakar.

Teh halba merawat demam

Biji halba merupakan sumber yang kaya dari galactomannan polisakarida. Ia juga merupakan sumber saponin diosgenin, yamogenin, gitogenin, tigogenin, dan neotigogens. Unsur bioaktif lain yang terdapat dalam halba termasuk lendir, minyak atsiri, dan alkaloid seperti Kolin dan trigonelina.

Biji halba pula dikatakan bersifat melegakan, melawaskan kencing, mengeluarkan angin, menambahkan air susu ibu serta sesuai dijadikan sebagai tonik perangsang dan penaik selera makan. Biji halba dikatakan mampu digunakan untuk merawat kolik, kembung perut, disentri, diarea dan dispepsia di mana semuanya berkaitan dengan masalah dalaman perut. Teh yang dibuat daripada biji halba juga dikatakan amat bernilai dalam mengurangkan demam. Teh halba juga berguna sebagai minuman pencuci dan pelega badan dan ia juga dikatakan mempunyai kelebihan untuk membuang bahan melekit dalam tubuh.

Biji halba jika diambil dengan menelannya secara mentah (sekitar 2-3 gram) atau direndam dengan air hangat setiap pagi sebelum memberus gigi atau sebelum meminum teh/kopi dikatakan mampu memberikan kesan terapi dan penyembuhan untuk sakit-sakit sendi, tanpa memberikan efek sampingan.

Merawat sakit tekak

Ubat kumur yang dihasilkan daripada biji halba dikatakan amat berguna dalam merawat sakit tekak. Apabila menyediakan ubat kumur ini, ia seharusnya lebih pekat daripada teh. Teh ini juga dikatakan boleh dijadikan sebagai ubat untuk menghilangkan bau mulut dan bau badan.

Membantu pesakit diabetes

Biji halba juga dikatakan mempunyai kesan hipoglisemia yang ringan dan dipercayai mampu membantu pesakit diabetes dengan mengurangkan glukosa serum dan meningkatkan toleransi glukosa.

Penggalak pengeluaran susu ibu

Biji halba yang telah dihancurkan dan dijadikan seperti kanji dikatakan boleh dimakan oleh ibu yang baru melahirkan anak terutamanya bagi membolehkan mereka meningkatkan pengaliran susu badan. Halba digunakan sebagai galactagogue (agen pengeluaran susu) oleh ibu yang menyusu untuk menambah susu yang kekurangan bekalan. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa halba adalah stimulator pengeluaran susu ibu dan penggunaannya dikaitkan dengan peningkatan pengeluaran susu sebanyak 900%.

Walaupun terdapat banyak kegunaan biji dan daun halba, namun begitu sebelum menggunakannya hedaklah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.
Sumber: https://rempahratuswannura.wordpress.com

Kesimpulannya:
Tak salah nak amal, tapi sebelum nak letak dalil semak dulu dalil itu sahih ke tidak... Mungkin ada yang kata...alah... Hadis dhaif (lemah), bukan hadis palsu... memang benar ada ulama membenarkan mengamalkan hadis dhaif selain perkara yang tak melibatkan aqidah dan hukum... Tapi ada syaratnya iaitu:

  1. Hendaklah dhaif itu bukan dhaif yang bersangatan.
  2. Hendaklah hadis dhaif itu bukan berkaitan dengan hukum hakam, tetapi hanya berkaitan dengan kelebihan-kelebihan beramal. Jadi sekiranya hadis dhaif itu membentuk satu hukum, ia tertolak.
  3. Tidak boleh meyakini bahawa hadis itu datang dari Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam.
  4. Tidak boleh menyeru manusia beramal dengannya. Haram hukumnya menyebarkan hadis dhaif dan kemudian menyeru manusia beramal dengannya.
  5. Hendaklah hadis dhaif itu terhasil dari hukum yang asal yang telah sedia ada. Contohnya, hukum mentaati ibu bapa adalah wajib berdasarkan dalil dari Al-Quran dan hadis sahih. Maka kelebihan mentaati ibubapa termasuk dalam kelebihan beramal, at-targhib wat tarhib. Ia mestilah terhasil dari hukum asal yang sabit dari Al-Quran atau hadis sahih. Sekiranya kelebihan beramal itu membentuk suatu hukum baru maka ia tidak boleh diterima. Untuk membentuk hukum solat dengan kelebihan tertentu tidak dibolehkan, sebab itulah Imam Al-Nawawi sendiri menolak solat Raghaib sempena awal bulan Rejab kerana tiada hadis Nabi SAW tentang solat Raghaib.

Inilah lima syarat yang diperuntukkan oleh Imam Al-Nawawi sebelum membolehkan beramal dengan hadis dhaif. Sedangkan adakah orang yang beramal dengan hadis dhaif mengikuti semua syarat-syarat ini? Mereka menyeru orang beramal dengannya, bahkan orang awam tidak mampu membezakan hadis yang kurang daif atau bersangatan daifnya. Jadi jika tidak mampu memenuhi syaratnya  maka jangan beramal, tinggalkanlah yang dhaif kerana di sana terdapat banyak hadis-hadis sahih yang belum diamalkan. Beramallah dengan hadis-hadis sahih. 
Sumber: https://ustazfathulbari.wordpress.com


Jadi, lebih baik elakkan guna hadis dhaif kecuali dah takde hadis lain untuk dibuat hujah untuk menguatkan  amal. Belajarlah ilmu hadis... Sekarang ni nak cedok ilmu hadis kat Google jangan sebarang... 

Di sini,MF kongsikan tempat rujukan kalau nak semak hadis...
Website:  http://semakhadis.com
Telegram:   
https://t.me/kempensemakhadis 
https://t.me/drRozaimi
Page: https://www.facebook.com/DrRozaimiRamle/

Jadi, amallah..semua bahan alami yang Allah jadikan untuk kita ada khasiatnya... semua baik untuk kesihatan kita...Jangan taksub sangat dalam beramal... sederhana itu lebih baik.. Bahkan kisah tentang Rasulullah s.a.w menyuruh Sa'ad bin Abi Waqas rawat dengan halba juga dikatakan tak sahih sebab tiada perawi yang menepati taraf sahih... 

Jadi, hati-hati... Nak amalkan halba.. silakan.. nak kongsikan kebaikan silakan.. Jangan letakkan dalil tak sahih sahaja, itu sahaja... 

Kita mestilah hati-hati dalam penyebaran hadis, kerana kata Nabi SAW, “Barangsiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja maka siaplah tempatnya di dalam neraka.” (Riwayat Muslim)

Berkata Ibnu Mas’ud ra., “Lebih baik kamu menyekat dirimu dari melakukan satu sunnah dari kamu menyibukkan dirimu melakukan bid’ah.” Bukan beliau melarang melakukan sunnah, tetapi bagi riwayat yang kita tidak pasti kesahihannya, lebih selamat kita tinggalkan. Kalau beramal kita mungkin melakukan bid’ah sedangkan ia dilarang, jadi tidak mengapa kita tidak beramal dengannya jika tidak pasti.

4Ulasan

  1. saya suka masukkan halba dalam nasi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sis masukkan halba banyak mana dalam nasi?

      Padam
  2. salam ziarah..

    baca jugak dlm satu group pasal ni... cuma ragu2 nak try..huhu

    BalasPadam
  3. so, kita ambil kebaikan khasiat ajelah.. xyah cakap makanan sunnah..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ