GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

TAHU TAK APA KESAN BILA WANITA MINUM AIS?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

TAHU TAK APA KESAN BILA WANITA MINUM AIS? | Kenapa kena pantang minum ais, terutama kepada wanita? Bagi wanita yang dah pernah beranak memang kena pantang betul... Bagi anak dara mengurangkan minum minuman berais adalah lebih baik.

TAHU TAK APA KESAN BILA WANITA MINUM AIS?

Ini 12 Kesan minum ais kepada wanita:

👉 Ais akan menurunkan suhu rahim. Sebab tu, kena pantang betul.. rahim mudah kembang bila kita minum sejuk.

👉 Ais menjejaskan daya pengecutan. Daya pengecutan ini diperlukan untuk mengeluarkan darah haid. Bila rahim kembang, darah haid akan keluar secara tak normal... Itu yang menyebabkan haid tak teratur dan sebagainya.

👉 Ais akan melonggarkan saluran vagina untuk hubungan suami isteri kerana daya pengecutannya telah menurun.

👉 Pengemutan kurang berhasil bila bersama.

👉 Darah nifas susah keluar bagi wanita yang berpantang. Buktinya, waktu kita lepas bersalin, ada beza tak sebelum kita bertungku dengan lepas bertungku... Itu buktinya, rahim kita perlukan haba panas, buku suhu sejuk.

👉 Ais akan membuka peluang bagi bakteria jahat untuk membiak lebih banyak sebab suhu menurun, maka pH juga menurun.

👉 Ais akan menyebabkan rahim mengembang.

👉 Ais akan merendahkan suhu dalam badan.

👉 Ais mengurangkan perjalanan aliran darah.

👉 Ais yang diminum berselang seli dengan makanan akan menyebabkan penghadaman menjadi lambat. Dan ini punca perut buncit.

👉 Ais akan membuatkan makanan yang lambat terhadam menjadi lemak. Ini menjadi punca banyak penyakit yang melibatkan lemak seperti sakit jantung, strok dan sebagainya.

👉 Minum ais berterusan akan menaikkan berat badan. Sebab badan susah nak hadam makanan, lemak mula terkumpul... Jadi, badan pun akan naik dengan jayanya. 

Jadi, wanita yang mementingkan gaya hidup sihat... kurangkan pengambilan ais. Tak guna telan supplement mahal, jika gaya hidup kita dan pemakanan seharian kita tak jaga... 

Ada orang kata, "saya minum ais, badan ok je"... Ye, sekarang ok, tapi tunggu 20 tahun akan datang, tulang lemah, sakit sendi dan urat... Jadi, tak salah kita berpantang sekarang untuk menjanjikan kehidupan sihat sepanjang hayat... Sesekali nak minum tak jadi masalah, tapi yang jenis peminum ais tegar itu ... perlu berwaspada. Tambah pula anak dara... Jaga badan sebelum kahwin ni... untuk kesejahteraan selepas kahwin dan hari tua... sebab kita orang perempuan ni terdedah dengan pelbagai penyakit.. 

0Ulasan