Wednesday, 2 August 2017

Kenapa Kena Makan Makanan Yang Dimasak?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kenapa kita di galakkan makan makanan yang dah di panaskan? | Sebelum manusia menemui api, makanan yang ada pada waktu itu hanyalah makanan yang mentah dan sejuk. Namun semenjak satu spesis manusia di panggil Homo erectus menemui cara nak hidupkan api, mereka mula menggunakan api untuk memasak.

Api bukan saja di gunakan untuk memasak tetapi juga untuk melawan musuh, memanaskan badan ketika mereka tidur malam dsb. Ini secara tak langsung memberi kesan kepada perkembangan otak dan fizikal manusia.

Pada hari ini kita tak dapat lagi nak makan daging mentah bula-bulat. Jika kita sembelih kambing dan terus bagi orang makan mesti tak ada siapa boleh telan. Sebaliknya kita mesti masak dulu daging tersebut sebelum di makan. Selain faktor selera, sebab lain juga kerana Kita tidak mempunyai asid perut yang cukup kuat, berbanding manusia zaman dulu untuk mencerna makanan yang mentah. Ia adalah proses evolusi yang berkembang sejak zaman dulu.

Secara biologi, makanan yang sejuk juga akan mengambil masa yang lebih lama untuk di cernakan oleh badan kita. Ini berbeza dengan makanan yang sudah panas. Makanan yang sudah di panaskan terlebih dahulu telah ‘di lembutkan’ oleh tindak balas haba yang bertindak ke atasnya lalu memudahkan badan untuk mencerna makanan tersebut.

Selain makanan lebih mudah dicerna, makanan yang di masak juga dapat menghilangkan lebih banyak penyakit yang terdapat pada makanan. Segala bakteria yang terdapat pada makanan akan dapat di hapuskan terlebih dahulu sebelum kita memasukkannya ke dalam badan. Ini menyebabkan makanan tersebut menjadi lebih selamat untuk di makan.

Apabila kita memanaskan makanan, molekul-molekul yang terdapat pada makanan akan bergetar dan melepaskan bau aroma yang akan menarik minat kita untuk makan. Oleh itu, deria bau kita telah berevolusi dan kita akan hanya tertarik untuk makan makanan yang sudah di masak dn menjauhi makanan yang belum di masak.

Sumber: ScienceNazi


makanan panas
sumber: google images

Kebaikan makan makanan yang dipanaskan (dimasak sempurna):
1. Makanan mudah dicerna
2. Menghilangkan lebih banyak penyakit yang terdapat pada makanan
3. Membangkitkan selera

Hukum Makan Makanan Panas

Makanan yang dipanaskan ialah makanan yang dimasak, bukan bermaksud makan makanan panas-panas. Kerana makan makanan panas-panas hukumnya makhruh menurut majoriti ulama' berdasarkan hadis:

"Makanan itu tidak boleh disantap kecuali jika asap makanan yang panas sudah hilang. " ( HR. Baihaqi) .

Maka, jika makanan atau minuman yang hendak engkau nikmati masih panas, tunggulah sehingga sejuk atau dinginkan, tetapi jangan meniupnya . Ingatlah sabda Nabi shallallahu ' alaihi wa sallam, " Dinginkan makanan dan minuman kamu sesungguhnya tidak ada kebaikan pada makanan / minuman yang panas. " (HR. Al- Hakim dan Ad- Dailami).

Ibnul Qoyyim Al-Jauziyyah rahimahullah berkata dalam Zadul Ma'ad, "Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam tidak pernah menyantap makanan dalam keadaan masih panas. " Beliau juga bersabda, " Sesungguhnya hal tersebut (menutup roti hingga sejuk) lebih besar barakahnya. " ( HR . Darimi dan Ahmad). Di antara barakah makanan yang sejuk manurut Imam Nawawi rahimahullahu ta'ala adalah, tidak menyebabkan gangguan dalam tubuh. 

Info tambahan:
Homo erectus sejenis makhluk sebelum kewujudan Nabi Adam a.s di bumi... Makhluk ini seperti manusia, tapi tiada tamadun... Kerana itu, mereka makan makanan dan haiwan mentah... Manusia yang bertamadun bermula dari Adam... Makhluk ini benar wujud kerana fosil pertamanya pernah dijumpai di Indonesia... Ini menunjukkan bahawa, bumi kita terlalu tua, dan bila-bila sahaja akan 'mati' mengikut ketetapan dari Allah. 


2 comments:

  1. Yang pasti bila makan time panas-panas memang boleh bertambah nasi. hehe
    Banyak info yang miza dapat. Good sharing

    ReplyDelete
  2. yeahh.seeloknya makan makanan yang dimasak,,tmbh lahir kt malaysia ni pemakanan kita memg masakan mcm2

    ReplyDelete

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^