GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hukum Isteri Mengidam : Wajibkah Suami Tunaikan?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hukum Isteri Mengidam : Wajibkah Suami Tunaikan? |  Wanita mengandung atau tak mengandung pasti ada rasa mengidam, sebab emosi makan wanita ni tak menentu... Cuma bila mengandung tu, mengidamnya tu lebih dahsyat la kan...

Tapi ada juga wanita yang tiada keinginan mengidam yang dahsyat tapi dia pass kat suami pula.. Suami mengidam takpe kan... dia cari sendiri... Tapi kalau isteri mengidam suami kena cari... camne tu?

Dalam hukum Islam wajibkan suami tunaikan keinginan isteri yang mengidam... tak kira mengandung atau tak.. asalkan mengidam.

Hukum Isteri Mengidam : Wajibkah Suami Tunaikan?

Hukum Isteri Mengidam : Wajibkah Suami Tunaikan?


Erti Mengidam
Dalam bahasa arab :
الوَحَم: شهوةُ المرأة للشيء على الحَبَل.
"Al-Waham artinya adalah keinginan wanita akan sesuatu ketika dia hamil." ( Kamus Maqayis al-Lughat )

Yang biasa berlaku ialah para isteri yang sedang hamil mengidam mahu makan sesuatu. Kebanyakkannya yang kita dengar ialah mahu makan asam atau buah2 yang masam seperti buah pauh dan seumpamanya. Tetapi ada juga isteri yang mahu makanan lain samada buah2an atau masakan tertentu.

Mengidam tidak berlaku pada semua wanita yang hamil tetapi sebahagiannya sahaja. Ramai juga para isteri yang hamil yang tidak mengidamkan apa-apa.

Tetapi yang pasti mengidam tidak berlaku pada wanita yang tidak hamil.

Mengidam juga ada diberitakan berlaku pada masyarakat barat. Dalam bahasa inggeris mengidam disebut sebagai longing atau craving.

Elizabeth Somer, penulis buku 'Nutrition for a Healthy Pregnancy' menyebut bahawa penyebab mengidam adalah perubahan hormon dalam badan yang memainkan peranan kepada perubahan selera dan bau.

Hukum Suami Tunaikan

Para ulama menjelaskan bahawa para suami adakalanya wajib menunaikan apa yang diidamkan oleh isteri yang hamil dan adakalanya sunat dan kadang-kadang hukumnya haram.

Hukum Wajib

Jika apa yang diidamkannya itu adalah termasuk nafaqah kebiasaan seperti makan minum maka hukumnya adalah wajib atas suami menyediakannya.

Hukum Sunat

Jika ia diluar dari nafaqah seperti mengidam mahu makan aiskrim atau main buaian contohnya atau lainnya, maka sunat dan sebaiknya suami tunaikannya.

Idaman Yang Tidak Boleh Di tunaikan

Idaman yang boleh membahayakan nyawa atau kesihatan isteri dan bayi maka tidak boleh suami tunaikan seperti isteri yang mengidam mahu melakukan selpie dengan buaya atau terjun dari tempat yang tinggi atau atau mahu berlumba motor atau mahu makan sesuatu yang sangat manis sedangkan isteri ada penyakit kencing manis dan semisalnya maka tidak harus suami tunaikan.

Begitu juga tidak bolih ditunaikan jika isteri mengidam melakukan sesuatu yang salah dan dosa seperti mengidam mahu pakai pakaian ketat pergi ke pantai atau mengidam mahu tidur selama sehari sampai meninggalkan solat atau seumpamanya.

Kesimpulan

Sunat hukumnya dan berpahala suami melayan karenah isteri yang mengidam selagi tidak merbahaya dan tidak berlawanan dengan syariat. Isteri yang mengidam adalah isteri yang hamil, isteri yang hamil sangat mudah tersentuh hatinya kerana beban yang ia tanggung dari hilang selera makan, pening, lenguh tubuh badan dan seumpamanya. 

Maka seeloknya para suami penuhi hajatnya dari kerana jika tidak dipenuhi, akan mudah merajuk dan sakit hati. Apalah susahnya bagi seorang suami kalau isteri mengidam hendak makan sebiji epal, lainlah kalau mengidam hendak beli telefon bimbit cap buah epal.

Manakala para isteri yang mengidam pula, banyaklah bersabar dan jangan disusahkan suami pula dengan idaman yang pelik-pelik atau yang tidak mampu dipenuhi oleh suami.

Firman Allah swt :
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Ertinya : dan pergaulilah isteri-isteri itu dengan cara yang terbaik.


Manakala Rasulullah saw pula bersabda :
خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ وأنا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِي
Ertinya : Sebaik2 kamu ialah yang paling baik kepada isterinya dan aku adalah paling baik terhadap isetriku.

Wallahua’lam

Kredit : Ustaz Azhar Idrus ( Original )


Mujur, MF takde rasa mengidam yang pelik... Alhamdulillah 3,3 mengandung mengidam yang biasa aje... dan mudah dapat... takde yang pelik-pelik... 

0Ulasan