09 Ogos 2017

BETUL KE MERUANG ITU ADA DALAM SYARIAT ISLAM?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

BETUL KE MERUANG ITU ADA DALAM SYARIAT ISLAM? | Meruang, istilah yang kian menjadi tular... Meruang ni mula diperkatakan hebat oleh penjual jamu yang kononnya meruang ni bertujuan membersihkan bahagian intim wanita. 

Bertambah hebat lagi, ada yang kata meruang ini ada dalam syariat Islam.. terutama bagi wanita yang berkahwin..

Apa itu meruang?

Meruang faraj adalah proses mengeluarkan sisa kotoran dari dalam faraj dengan menggunakan jari telunjuk.

Biasanya, proses meruang ini dikatakan digalakkan oleh bidan kampung selepas beristinjak atau mandi hadas besar sama ada selepas haid, nifas atau selepas berjimak.

TUJUAN MERUANG???
Bidan terdahulu sangat menitikberatkan kemantapan dan kebersihan faraj setiap kali habis tempoh berpantang kerana:

1. Mengelakkan keluarnya bau busuk dari faraj akibat kotoran darah nifas yg tertinggal.
2. Mencegah dari keputihan
3. Salah satu usaha mencegah dari penyakit kelamin kerana jangkitan atau penyakit puan seperti cyst, fibroid, polip mahupun kanser pangkal rahim.
4. Memantapkan tiang seri kenikmatan suami isteri. Kesihatan rahim dapat dipelihara jika kebersihan dijaga rapi.


RUAS UNTUK MERUANG....

- Bagi anak dara yang belum berkahwin, cukup sekadar meruang pada ruas 1.
- Bagi yang telah berkahwin, meruang boleh dilakukan pada ruas 2 dan 3.

Tapi baru-baru ini, ada pakar dibahagian kedoktoran pula mengeluarkan pendapat mengenai meruang ini... 


DOUCHING ADALAH AMALAN BAHAYA
Ramai yang bertanyakan saya mengenai amalan douching iaitu membasuh faraj dengan memasukkan air bercampur ''ubat" ke dalam faraj.
Ia mengurangkan rasa gatal dan memberikan "perasaan bersih" kepada wanita yang melakukannya.
Namun ia adalah amalan yang bahaya.
American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG), melarang amalan ini dan hanya mencadangkan agar dinding faraj dibasuh dengan air yang biasa dan gunakan sabun yang berPH 7.0.
Ini kerana douching akan mengundang kesan yang lebih buruk. Sumber: Dr.Zubaidi Ahmad

Doktor Melarang Perbuatan Meruang Kerana:

APA BERLAKU APABILA ANDA MERUANG/DOUCHE?

1. Risiko Jangkitan Kuman
Faraj atau vagina ini adalah organ yang ‘self cleansing’, iaitu mancuci sendiri dengan mengeluarkan lendiran (lendiran atau mucus adalah normal. Jika berbau teruk atau berwarna, sila jumpa doktor). 
Di dalam faraj terkandung pelbagai flora bakteria yang hidup seimbang. Bakteria2 ini menjaga pH dalam faraj supaya kekal asid (pH <4.5), yang mana keadaan ini menghalang bakteria atau pathogen lain dari membiak. Jika keseimbangan ini terganggu (ps bila anda meruang/douche, ini AKAN berlaku), maka pH di dalam faraj akan berubah, dan mengizinkan pertumbuhan bakteria atau pathogen lain yang menyebabkan thrush, bacterial vaginosis dan jangkitan kuman lain.

2. Sukar Hamil dan Kandungan di Luar Rahim
Meruang/douche menyebabkan bakteria serta pathogen dalam faraj ditolak lebih dalam melangkaui pangkal rahim, oleh itu meningkatkan risiko untuk ‘Pelvic Inflammatory Disease (PID)’. PID adalah jangkitan kuman yang menular ke bahagian dalam system pembiakan wanita, dan boleh menyebabkan ‘scarring’ atau kesan parut pada bahagian dalam rahim serta tiub falopia.
PID menyebabkan wanita sukar untuk hamil, dan jika hamil - risiko kandungan di luar rahim meningkat (ectopic pregnancy)

3. Bayi Pramatang
JIka meruang/douche sewaktu hamil, perubahan pH dan jangkitan kuman yang dibincang di atas boleh menyebabkan risiko kelahiran bayi pramatang.

4. Kanser pangkal rahim dan kanser ovari
Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan wanita yang selalu douche mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser pangkal rahim,
Douche yang dijual pula dikhuatiri mengandungi ‘phtalates’, sejenis bahan kimia yang boleh mengganggu keseimbangan hormon wanita, seterusnya meningkatkan risiko kanser ovari.
Risiko kanser ini masih memerlukan kajian yang mendalam, namun beberapa kajian kecil sudah menunjukkan kaitan.

Sumber: Facebook, Nukilan Dr Afida Sohana


Cara Mencuci Kemaluan Menurut Islam

1. Istinjak yang biasa dilakukan Nabi sama dengan cara menghilangkan najis umumnya yang ciri-cirinya adalah sebab:

(a) Memakai air seperlunya; tidak boros dalam penggunaan air. Jadi, Rasulullah memakai air sekadarnya untuk menghilangkan najis. Ulama sepakat penggunaan air yang berlebihan hukumnya makruh sebagaimana keterangan dalam Al-Mausuah Al-Fiqhiyah, hlm. 4/180 dan hadits riwayat Muslim (#325).

(b) Istinjak memakai tangan kiri berdasarkan hadits riwayat Abu Daud (#33) dari Aisyah: "bahwa Rasulullah memakai tangan kanan untuk makan dan bersesuci (wudhu, mandi junub) dan memakai tangan kiri untuk istinjak (kencing dan BAB) [Teks hadits: كَانَتْ يَدُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْيُمْنَى لِطُهُورِهِ وَطَعَامِهِ ، وَكَانَتْ يَدُهُ الْيُسْرَى لِخَلَائِهِ، وَمَا كَانَ مِنْ أَذًى].

(c) Nabi menggunakan air dan mengalirkan ke kemaluannya tempat keluarnya najis (Ibnu Rajab, Fathul Bari, 1/276). Teks hadits riwayat Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik [كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا خَرَجَ لِحَاجَتِهِ، أَجِيءُ أَنَا وَغُلاَمٌ، مَعَنَا إِدَاوَةٌ مِنْ مَاءٍ ، يَعْنِي يَسْتَنْجِي بِهِ].

(d) Sunnah mengusap tangan kiri bekas istinjak dengan tanah, atau debu, atau sabun supaya lebih bersih (Imam Nawawi, Syarah Muslim, 3/231).

2. Yang perlu dibasuh adalah tempat keluarnya kencing yakni ujung zakar (kemaluan lelaki) . Dan tidak perlu melihat kemaluan ketika cebok. Cukup membersihkan dan membasuh najis yang nampak dari luar yakni ujung kelamin (kepala zakar) bagi lelaki dan membasuh sesuatu yang nampak pada kemaluan wanita ketika mencangkung.  Jadi, tidak perlu membuka lubang kelamin.

3. Kalau anda membuka lobang zakar lalu terlihat seperti ada kencing di dalamnya, maka itu dianggap bahagian dalam yang tidak perlu dibasuh dengan air. 



Cara menyucikan kemaluan bagi laki-laki: 
Selepas membuang air kecil, disunahkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul betul sudah habis keluar. Setelah itu, urutlah kemaluan dari pangkal ke ujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air hingga bersih.

Cara menyucikan kemaluan bagi perempuan:
Apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan memasukan sedikit jari tengah dan diputar-putarkan sewaktu disiram air bersih. Bukan dengan hanya menyiram air saja. Jika dengan menyiram air saja, itu tidak membersihkan bagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Catatan:
Ketika membasuh air besar (berak), sangat dianjurkan memasukkan satu jari ke dalam dubur, diputar beberapa kali agar najis bisa keluar dari dinding dubur. Lakukan hal itu sambil menyiram dengan air hingga terasa najis benar-benar telah hilang dan bersih.

Cara Mencuci Kemaluan Wanita Mengikut Ustaz Azhar Idrus


Larangan Berlebihan Ketika Membasuh Kemaluan:


Ibnu Majah (no. 464) meriwayatkan dari Jabir radhiallahu anhu dia berkata, "Rasulullah shallallahu alaih wa sallam berwudhu, kemudian dia menyiram kemaluannya." (Dinyatakan shahih oleh Al-Albany dalam Shahih Ibnu Majah)

Disebutkan dalam Al-Mausu'ah Al-Fiqhiyah (4/125), "Ulama kalangan mazhab Hanafi, Syafii dan Hambali menyebutkan bahawa jika seseorang selesai istinja dengan air, disunahkan baginya untuk menyiram kemaluannya atau seluar dalamnya dengan sedikit air, untuk menghentikan was was, sehingga apabila dia ragu, maka basah itu dia anggap sebagai bekas siraman tadi, selama dia tidak meyakini selain itu."

Syaikhul Islam Ibnu Taimiah rahimahullah berkata dalam Majmu Fatawa (21/106), "Memeriksa kemaluan dengan berupaya mengalirkan air (yang ada di dalamnya) atau selainnya, merupakan perbuatan bid'ah, bukan wajib juga bukan sunah menurut para tokoh ulama. Begitu pula dengan menggerak-gerakkan kemaluan merupakan bid'ah berdasarkan pendapat yang shahih. Hal itu tidak disyariatkan oleh Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam.

Sumber: http://www.alkhoirot.net, dutaislam.com, Facebook, Youtube, https://islamqa.info

Kesimpulan:

Meruang, sekadar perlu.... Bagi MF anak dara tak perlu buat meruang ini... Bagi yang dah berkahwin, cukup sekadar cuci seperlunya tanpa guna alat atau bahan-bahan tertentu.. Dan meruang cukup sekadar selepas haid,nifas atau selepas berjimak ketika mandi wajib sahaja!. Tak perlu sembur air... cuci sekadarnya dan tak perlu korek hingga ke pintu rahim... Tak perlu guna alat insert-insert rahim.. boleh bawa risiko yang lebih bahaya.. sayangilah aset kita... kalau nak guna pencuci wanita pun sekadarnya cuci luar bahagian intim sahaja, tidak perlu masukkan sampai ke dalam...

Previous Post
Next Post
Related Posts

2 ulasan:

  1. nice sharing kak..kdg2 terfikir wajib ke meruang ni..betul jugak bahya kalau spai ke dlm sgt

    BalasPadam
  2. pernah dengar tapi tak pernah tau mcm mana diorg buat..rasanya tak payah la buat sbb rasanya lebih merbahaya dari kebaikan kan

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^