GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

8 Resepi Daripada Nasi Sejuk!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

8 Resepi Daripada Nasi Sejuk! | Nasi sejuk, sayangnya nak buang kan... Nasi ni walaupun kita masak dengan sukatan yang sama, tapi kuantiti makan tu tak sama... Setiap hari selera ahli dalam rumah kita tak sama... Jadi, ada kalanya memang akan terlebih nasi sejukk.... Sayang nak buang. Kalau dulu masa dok kat kampung, nasi sejuk jadi rezeki ayam dan lembu... Tapi di bandar nih, mana nak ada ayam... bahkan kucing pun tak dibela... JIka tidak memang tak kan membazir.

Tapi jangan risau... Nasi sejuk boleh diguna semula... Tapi jadi suatu makanan lain yang lebih menaikkan selera... Jom cuba 8 Resepi Daripada Nasi Sejuk ini... 

8 Resepi Daripada Nasi Sejuk!

1. Nasi Goreng

Hidangan biasa yang kita akan buat jika ada lebihan nasi sejuk di rumah. Terdapat pelbagai jenis nasi goreng yang boleh anda cuba asalkan mengikut citarasa anda.

Sumber: google images

NASI GORENG SARDIN

BAHAN-BAHAN:
Garam secukupnya
3 sudu makan minyak masak
30gm daun bawang
30gm daun sup
1 sudu makan kicap pekat
1 biji cili merah
10 biji cili padi
3 sudu makan cili kisar
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
4 ekor ikan sardin dalam tin
500gm nasi putih sejuk


CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga naik baunya.
2. Kemudian masukkan ikan sardin bersama cili padi dan juga cili kisar. Kacau rata dan perasakan secukupnya.
3. Masukkan nasi putih dan gaulkan hingga sebati.
4. Tambahkan kicap dan kacau lagi hingga rata.
5. Akhir sekali masukkan cili merah, daun sup, daun bawang dan juga hirisan bawang besar.
6. Kacau rata dan angkat.



2. Roti

Bagi yang suka membuat roti, mungkin boleh cuba roti nasi. Bahan-bahannya lebih kurang seperti seperti roti biasa namun ditambah sedikit kisaran nasi di dalamnya. Roti ini sangat gebu dan enak dan sesuai dinikmati bersama jem dan kaya atau diciah air kopi.


3. Apam

Ha…Ini satu lagi hidangan yang boleh dicuba menggunakan nasi sejuk. Ada yang panggil sebagai apam beras. Ada juga yang memanggilnya apam nasi. Kedua-duanya merujuk kepada hidangan yang sama.

Sumber: google images

RESIPI APAM NASI

BAHAN-BAHAN A (TAPAI NASI):
1 cawan nasi sejuk
400ml air
200gm gula pasir
11gm yis


BAHAN B:
200gm tepung beras
200gm tepung gandum


(Kelapa Parut):
Kelapa parut secukupnya
Garam secukupnya


BAHAN LAIN:
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya


CARA MEMASAK:
1. Kisar halus kesemua bahan A. Ketepikan.
2. Kelapa parut dan garam digaul sebati. Ketepikan.
3. Kemudian masukkan bahan A ke dalam adunan bahan B (tepung). Gaul sekata dan perap selama 3 jam. Ketepikan.
4. Didihkan air di dalam kukusan. Sediakan acuan apam dan oleskan sedikit minyak masak di permukaan dalamnya. Tuang adunan yang telah diperap tadi dan kukus selama 15 minit.
5. Setelah masak, keluarkan apam dan masukkan ke dalam pinggan. Tabur kelapa parut di atasnya.



4. Lempeng

Siapa tidak kenal lempeng? Ia makanan yang mudah dan biasa kita buat. Selalunya lempeng ditambah dengan pisang atau kelapa. Anda juga boleh memasukkan lebihan nasi yang telah dikisar dan adun seperti biasa. Anda hanya perlukan nasi sejuk, tepung gandum, air, garam dan minyak untuk menggoreng. Adun dan masak seperti biasa. Enak dinikmati bersama sambal tumis atau kari.

5. Bubur

Lebihan nasi juga boleh dijadikan bubur untuk sarapan. Hanya perlu masukkan nasi dan air  ke dalam periuk dan masak seperti biasa sehingga nasi menjadi hancur. Nikmatinya bersama hidangan sampingan lain. Memang sedap! Waktu memasak pun menjadi singkat.

Sumber: google images

BUBUR NASI POWER

BAHAN-BAHAN:
500gm nasi putih semalam
3 ulas bawang putih | dikisar
1 cm halia | dikisar
10 gm daun sup | dihiris nipis
10 gm daun bawang | dihiris nipis
10 gm ikan bilis goreng
10 gm kacang tanah goreng
1 biji telur masin | dibelah dua
5 gm cili merah | dihiris
5 gm bawang goreng
Garam dan lada sulah secukup rasa
Sedikit air suam
Minyak untuk menumis


CARA MEMASAK:

1. Nasi putih semalam dikisar dengan air suam.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.
3. Campurkan nasi putih yang telah dikisar tadi dan gaul rata. Biar sehingga mendidih.
4. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
5. Taburkan dengan daun bawang, daun sup, kacang tanah, cili merah, bawang goreng dan telur masin.


6. Bahan Salutan

Siapa sangkat nasi sejuk boleh diubah menjadi serbuk salutan ala-ala serbuk roti. Cara yang perlu anda lakukan ialah keringkan nasi di bawah sinaran matahari sehingga betul-betul kering dan keras. Setelah itu, pecahkan kepingan nasi kering tadi dan masukkan ke dalam mesin pengisar rempah. Kisar hingga halus dan simpan di dalam bekas kedap udara. Sesuai digunakan untuk menyalut ayam goreng, makanan laut dan sebagainya.


7. Keropok

Cara penghasilannya adalah sama seperti bahan salutan tadi. Anda perlu meletakkan lebihan nasi di dalam dulang, lerai dan mampatkan menajdi seperti kepingan nipis. Jemur di bawah sinaran matahari terik sehingga kering. Untuk menikmatinya, goreng didalam minyak yang panas sehingga kembang. Sedap! Tapi jika nasi anda tidak benar-benar kering, keropok ini tidak akan mendapat hasil seperti diingini.

8. Cucur Nasi

Langkah yang sama seperti menghasilkan cucur yang biasa Cuma perlu menambahkan kisaran nasi ke dalam bancuhan tepung. Olah dengan menambah bahan-bahan lain seperti hirisan bawang, udang, cili dan serbuk perasa. Goreng dan nikmati segera.

CUCUR NASI

BAHAN-BAHAN:
2 cawan nasi
Air secukupnya
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cawan tepung gandum
½ cawan ikan bilis
Garam secukup rasa
1 biji cili besar} dihiris

CARA MEMASAK:
1. Kisar nasi bersama air, masukkan bawang putih, bawang besar dan ikan bilis.
2. Kemudian gaulkan bahan kisar dengan tepung gandum.
3. Masukkan cili yang dihiris nipis dan garam.
4. Panaskan minyak, goreng cucur.


NOTA:

Kalau nak tambah udang, pun boleh. Ikut suka, asal sedap! Hidangkan bersama sos.

Selamat mencuba!

Sumber: Majalah Rasa


Banyak makanan lain hasil recycle dari nasi sejuk... Tapi jangan makan nasi sejuk bagi orang dalam pantang... nanti bentan pula jadinya... 

3Ulasan

  1. cucur nasi cam menarik jer... leh cuba ni... thanks for sharing sis

    BalasPadam
  2. wow banyak juga.. baru tahu, biasanya buat nasi goreng je. hehe

    BalasPadam
  3. Dah try cucur nasi...best ranggup diluar lembut didlm...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ