22 Julai 2017

Cemburunya Aku Dengan Dia!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Dengki Yang Dibenarkan


عَنْ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ مَسْعُودٍ قَالَ  قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا حَسَدَ إِلَّا فِي اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ مَالًا فَسُلِّطَ عَلَى هَلَكَتِهِ فِي الْحَقِّ وَرَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ الْحِكْمَةَ فَهُوَ يَقْضِي بِهَا وَيُعَلِّمُهَا

Dari Abdullah bin Masud RA, Nabi SAW bersabda: "Tidak boleh mendengki kecuali pada dua perkara; (1) Orang yang Allah berikan harta lalu dia pergunakan harta tersebut di jalan kebenaran (mengalahkan perasaan kikirnya) dan (2) Orang yang Allah berikan hikmah lalu dia mengamalkan dan mengajarkannya kepada orang lain".(HR Bukhari No: 71) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Dengki dan iri hati kepada orang hanya dibenarkan dalam dua perkara dan kita ingin menjadi seperti mereka iaitu:

a.  Orang yang Allah berikan harta lalu dia menggunakan harta tersebut di jalan yang benar (mengalahkan perasaan kikirnya) seperti bersedekah, berwakaf, memberi hadiah

b.  Orang yang Allah berikan ilmu lalu dia mengamalkan dan mengajarkannya kepada orang lain

2.  Dilarang kita memiliki sifat dengki dengan kelebihan orang lain dengan hasrat kelebihan itu hilang daripadanya.

3.  Kita dilarang menghilangkan kelebihan dan nikmat yang ada pada orang lain serta berusaha memindahkan pada diri kita.

4. Sifat iri hati yang dibenarkan ialah ingin mencontohi kelebihan orang yang memiliki harta dan memiliki ilmu untuk turut menjadi seperti mereka.


Dengki untuk bersaing dalam keadaan menjadikan kita lebih baik itu yang dibenarkan dalam Islam.. 

Jika berdengki kerana cemburu melihat kejayaan orang lain dan berusaha menjatuhkan orang tersebut...maka dengki jenis itu hanya sia-sia dan membawa kepada dosa dan kemurkaan Allah... 

Moga kita dapat uruskan dengki dengan sebaiknya... Dengki pada tempatnya... Dengki untuk peroleh syurga bukannya neraka... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^