GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Ini Sebab Kenapa Kita Kena Bayar Zakat Fitrah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ini Sebab Kenapa Kita Kena Bayar Zakat Fitrah!


Zakat Fitrah Menyucikan

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ طُهْرَةً لِلصَّائِمِ مِنْ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ وَطُعْمَةً لِلْمَسَاكِينِ مَنْ أَدَّاهَا قَبْلَ الصَّلاَةِ فَهِيَ زَكَاةٌ مَقْبُولَةٌ وَمَنْ أَدَّاهَا بَعْدَ الصَّلاَةِ فَهِيَ صَدَقَةٌ مِنْ الصَّدَقَاتِ

Dari Ibnu Abbas RA berkata, Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah sebagai satu pembersihan bagi orang-orang yang berpuasa dari perbuatan yang sia-sia dan perkataan kotor, dan sebagai makanan untuk orang miskin. Sesiapa yang membayar zakat fitrah sebelum solat (Eidil Fitri) maka ia adalah zakat yang diterima (oleh Allah) baginya. Sesiapa yang membayarnya selepas solat (Eidil Fitri) maka ia adalah sedekah seperti sedekah biasa. (HR Abu Daud no: 1817) Status: Hadis Hasan 

Pengajaran: 


Dari hadits di atas, ada 3 tujuan utama kenapa kita wajib bayar zakat fitrah:

1. Untuk membersihkan dan menampung kekurangan puasa.
Zakat fitrah menjadi pembersih (penampal kekurangan-kekurangan puasa seseorang sepanjang Ramadhan)  yang disebabkan oleh perbuatannya yang mungkin sia-sia atau perkataannya yang mungkin kotor. Dengan membayar zakat fitrah, amalan seseorang di sepanjang bulan Ramadhan kembali bersih seperti salji putih.


2.  Untuk memastikan orang miskin juga dapat merasai kegembiraan di hari raya.
Zakat fitrah untuk memastikan orang yang miskin mendapat makanan yang secukupnya agar dengan itu mereka dapat meraikan Eidul Fitri dalam suasana kecukupan bersama keseluruhan umat Islam. 

3. Supaya tiada orang yang meminta-minta ketika di hari raya.
Islam tidak ingin melihat di hari 1hb Syawal ada orang yang meminta-minta padahal dalam kalangan umat Islam ada yang meraikannya dalam suasana kecukupan.

Zakat fitrah boleh dibayar bermula dari 1hb Ramadhan sehingga sebelum solat Sunat Eidul Fitri pada 1hb Syawal. 

Zakat fitrah yang dikeluarkan selepas solat sunat hari raya eid fitri tidak menjadi zakat tetapi hanya menjadi sedekah biasa. Dia tetap menanggung dosa kerana tidak membayar zakat.


Sumber: Google Images

Golongan yang wajib membayar zakat fitrah adalah yang memenuhi syarat berikut:

a.  Islam

b.  Hidup ketika terbenam matahari pada hari terakhir Ramadhan iaitu ia sempat bertemu dengan juzuk terakhir Ramadhan dan juzuk terawal Syawal. 

c.  Orang yang mampu, mempunyai lebihan harta pada malam hari raya dan juga siangnya setelah ditolak belanja keperluan diri dan orang-orang yang berada di bawah tanggungannya (termasuklah binatang peliharaannya) merangkumi makanan, pakaian, sewa rumah dan juga hutang. Walaupun nilai lebihan hanya bernilai cukup untuk zakatnya seperti RM 7.00 Jika tidak mempunyai lebihan harta yang mencukupi untuk membayar harga zakat yang ditetapkan maka tidak wajib ia mengeluarkan zakat fitrah.

JANGAN lupa bayar ZAKAT FITRAH kepada amil yang dilantik...

Moga zakat fitrah yang dikeluarkan akan menjadi penampal kekurangan ibadat puasa kita. InshaAllah... 

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ