GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Di Mana Nak Bayar Zakat Fitrah? Di Tempat Kerja Atau Di Kampung?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Di Mana Nak Bayar Zakat Fitrah? Di Tempat Kerja Atau Di Kampung? | Isu ni menjadi persoalan juga ni.. nak bayar kat mana ni???  Sebaiknya nak bayar di mana? Kat tempat kita beraya atau di tempat kita bekerja? 

Jom ikuti penjelasan dari Mufti Wilayah Persekutuan tentang persoalan:

DI MANA ZAKAT FITRAH PERLU DIBAYAR?


Jawapan:

Sehari dua ini riuh isu zakat fitrah di mana perlu dibayar.  Maka ramailah tokoh ilmuan dan ulama mengemukakan pendapat masing-masing. Isunya sama ada pembayaran itu di tempat kerja atau di negeri pemilik harta itu. Saya akan cuba kupaskan isu ini seperti berikut:

Definisi Zakat Fitrah

Disandarkan zakat kepada fitrah kerana wajibnya. Dikatakan dengan lafaz fitrah seolah-olah kembali kepada kejadian asalnya. Lihat Qamus al-Muhith dan lain-lain. Imam an-Nawawi menyebut perkataan fitrah merupakan istilah bagi fuqaha yang telah menjadi hakikat syara’ mengikut pendapat yang terpilih seperti solat dan zakat.

Zakat fitrah pada istilahnya ialah sedekah yang wajib dikeluarkan selepas berbuka untuk beraya dan selesainya Ramadan. Lihat Haasyiah as-Syalabi Syarh al-Zailaie (1/306) dan Nail al-Maarib (1/255).

Waktu Wajib Zakat Fitrah

Para ulama telah khilaf kepada beberapa pendapat antaranya:

Mazhab Hanafi menyatakan waktu wajib zakat fitrah bila keluarnya fajar pada hari raya. Ini juga salah satu pendapat yang ditashihkan oleh Mazhab Maliki.

Mazhab Syafie mengikut yang azhar dan Hanbali berpendapat bahawa waktu wajib zakat fitrah bermula dengan tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadan (malam Raya). Ia juga pendapat sebahagian Mazhab Maliki.

Waktu Yang Wajib Ditunaikan

Para ulama telah khilaf kepada beberapa pendapat:

Jumhur Hanafi berpendapat waktu menunaikan zakat fitrah bersifat keluasan.

Al-Hasan bin Ziyad dari ulama Hanafi berpendapat waktu menunaikannya bersifat setempat dan terhad seperti korban. Justeru siapa yang menunaikannya selepas hari raya tanpa uzur, ia dianggap sebagai berdosa. Pendapat ini juga adalah pendapat Mazhab Maliki, Syafie, dan Hanbali.

Mengeluarkan Sebelum Waktu Wajib

Dalam hal ini para ulama telah khilaf kepada beberapa pendapat:

Mazhab Maliki dan Hanbali berpendapat harus mendahulukannya daripada waktunya dua hari berdasarkan kepada kenyataan Ibn Umar R.Anhuma berkata:
كَانُوا يُعْطُونَ صَدَقَةَ الفِطْر قَبْلَ العِيدِ بِيَومٍ او يَوْمَينِ

Maksudnya : “Mereka di kalangan sahabat menunaikan zakat fitrah sebelum hari raya sehari atau dua hari.”

Pendapat Mazhab Syafie sunat dikeluarkannya sebelum solat hari raya dan makruh mentakhirkannya sehingga selesai solat.

Al-Hasan bin Ziyad berpendapat harus menunaiknnya daripada waktu setahun atau dua tahun sama seperti zakat. (Ini pendapat syaz dan asing)

Pendapat sebahagian ulama Hanafi bahawa harus mendahuluinya hanya pada bulan Ramadan sahaja. Inilah pendapat yang ditashihkan dalam Mazhab Hanafi dan juga dalam Mazhab al-Syafie.

Di mana nak bayar zakat

Di Mana Zakat Fitrah Perlu Dibayar


Setelah meneliti pendapat makanya zakat fitrah wajib dibayar berdasarkan kepada di mana seseorang itu berada ketika masuknya waktu wajib untuk zakat fitrah iaitu bermula pada malam hari raya sehingga sampai sebelum solat hari raya. Walaupun begitu, melihat kepada realiti semasa, saya lebih cenderung kepada pendapat ihtiyat iaitu kita mengawalkan sedikit masa pembayaran sama ada sehari atau dua hari mengikut apa yang dilakukan oleh para sahabat.

Justeru jika ketika itu beliau masih berada di tempat kerja dan belum pulang ke kampung, lebih elok baginya untuk dia bayar di tempat kerjanya kerana ia bersifat yakin dan tahqiq sedangkan kepulangannya ke kampung masih lagi dalam bentuk sangkaan dzan yang mungkin tidak berlaku.

Begitu juga dengan pembayaran awal boleh menyelesaikan tanggungjawab dengan sebaik mungkin dan bukan dalam bentuk tergopoh gapah atau mungkin berlaku sebarang halangan yang menyebabkan terlepasnya daripada menunaikan zakat fitrah pada waktu wajibnya.

Berkenaan Dengan Kenyataan Imam an-Nawawi Dalam al-Majmu’

Imam Nawawi R.A menyatakan :

إذا كان في وقت وجوب زكاة الفطر...في بلد ومالُه في آخر فأيّهما يُعتبر؟ فيه وجهان : (أحدهما) بلد المال كزكاة المال (وأصحهما) بلد ربِّ المال. ممّنْ صحّحه المصنّف في التنبيه والجرجاني في التحرير والغزالي والبغوى والرافعي وآخرون.

Maksudnya : "Jika seseorang itu sewaktu zakat fitrah wajib (ke atasnya) berada di sebuah negeri, manakala hartanya berada di negeri lain, maka negeri mana satukah yang diambil kira ketika membayar zakat fitrah?”

Terdapat dua pandangan; salah satunya : yang diambil kira ialah negeri tempat di mana harta itu berada sama seperti zakat harta yang perlu dikeluarkan di tempat di mana harta itu berada.

Pendapat paling sahih daripada kedua-dua pandangan ini ialah yang diambil kira ialah negeri tempat di mana empunya harta berada.

Antara mereka yang mentashihkannya (pendapat yang paling sahih), ialah pengarang Imam Asy-Syirazi dalam kitabnya at-Tanbih, al-Jurjani dalam kitabnya at-Tahrir, al-Ghazali, al-Baghawi, al-Rafi'e dan lain-lain.

Ulasan

Isu ini berkaitan antara seseorang yang perlu membayar zakat berada di satu negeri sedangkan hartanya berada di negeri lain. Justeru, berkenaan dengan zakat fitrah pula pada ghalibnya seseorang mempunyai duit atau harta bagi menunaikannya. Jadi isu ini berlainan daripada apa yang dibincangkan iaitu tempat mana yang perlu dibayar zakat fitrah. Makanya kita nyatakan pada waktu wajib di mana ia berada dan kami mentarjihkan agar zakat fitrah ditunaikan lebih awal daripada waktu wajib sehari atau dua hari seperti kenyataan Ibn Umar R.Anhuma.

Penutup

Semoga penjelasan ini akan dapat menyelesaikan maksud di mana zakat fitrah wajib dibayar dan saya ulangi sekali lagi bahawa kewajipan tersebut bergantung di mana dia berada pada waktu wajib zakat ditunaikan iaitu bermula pada malam raya sehingga sebelum solat hari raya. Walaupun begitu boleh kita bayar sehari atau dua hari sebelum hari raya seperti yang dilakukan oleh para sahabat. Marilah sama-sama kita mencari keredhaan Allah dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini agar kita meraih ketaqwaan.

Sumber: Facebook Bahagian Dakwah JAKIM

Jadi, kat mana nak raya tahun ni??? Disitulah kita bayar zakat... Tapi kat mana-mana bayar pun boleh asalkan bayar.. jangan dok susah hati... Kang dok sibuk nak bayar kat mana, alih-alih tak bayar langsung. 

4Ulasan

  1. dulu2 akak pun tak tau nk byr kt kg atau kt kl, masa bujang2 dulu kan...
    pastu tanya atuk akak, dia dulu imam kt kampung...
    dia kata nk senang, byr kt tempat mana kite tinggal n kje, klu keje kt kl byrlah situ... bkn tak blh nk byr kt kg time blik kg time lbh elok kt tempat kite cr rezeki...

    teringat org2 kampung mmg akan byr zakat selalunya sehari sblm raya, masa tu ramai la yg dtg umah atuk akak nk bayo, masa tu tak tau itu lah waktu paling baik

    BalasPadam
  2. thanks for sharing..semoga beroleh pahala

    BalasPadam
  3. Baru faham...
    Sekarang memang dah tinggal di kampung halaman dah..
    Sudah tidak menjadi isu dah..

    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ