GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Aku Yang Sering Merungut!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

"Lama dah aku doa," bisik hati kau.

Tak pernah tinggal. Setiap sujud akhir, setiap lepas solat, dalam tahajud, dalam dhuha. Mulut dan hati kau sentiasa mengadu dan meminta. Tangan kau turut lenguh, menadah tinggi-tinggi di malam hari.

Kau terfikir, "Mengapa belum terkabul lagi?"

Rasanya kau dah buat semua benda. Dosa-dosa besar kau tak buat. Sekali sekala terlajak, kau cepat-cepat istighfar.

Puas kau memerah otak. Apa lagi yang silap?

Tiba-tiba kau tersentak, seperti ditampar-tampar.

Sudah berapa lama kau tak ditimpa sakit? Kalau dulu, selang sebulan kau akan jadikan klinik dan hospital itu tempat persinggahan.

Kereta dan motor kau juga, sudah lama tak meragam. Lancar. Tak banyak kerenah.

Kemudian kau teringat beberapa kali kau terselamat dari bala bencana dan kemalangan.

Kereta kau hampir dilanggar, namun tak kena. Kau sendiri hampir menyondol orang, namun sempat brek.

Orang sekeliling kau melayan kau dengan baik. Tidak ada yang memusuhi kau, bahkan semakin ramai yang ingin berkawan dengan kau.

Tanpa kau sedar, Tuhan telah lama menjawab doa dan rintihan kau.

Cuma mata kau terlalu ralit dengan apa yang kau mahu, kau terlupa Tuhan telah cukupkan apa yang kau perlu.

Lalu kau tunduk, malu. Di atas hamparan sejadah itu, kau teresak-esak seorang diri.

"Tuhan tidak pernah lupakan aku. Hanya aku yang jarang bersangka baik dengan Tuhan."

Kita ini hamba yang terlalu kerdil dan hina, taatnya sedikit, sering merungut.

Tuhan pula, sentiasa membuka pintu untuk kita memohon pada-Nya.

Sabar dan gantunglah sepenuh harapan. Takkan Tuhan nak biarkan kau begitu saja.
.
.
يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ أَبَدًا
"Wahai Tuhan yang Maha hidup, Maha Berdiri Sendiri dan tidak memerlukan kepada segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Perbaikilah segala urusanku. Janganlah kau biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri walau sekelip mata selama-lamanya."

Kredit: Bahagian Dakwah JAKIM



Moga kita sentiasa bersangka baik dengan Allah... 
Allah beri apa yang kita perlu... bukan apa yang kita mahu... 
Kadang-kadang kemahuan kita tak sesuai dengan keperluan yang kita minta... kerana itu Allah tak tunaikannya... 

1Ulasan

  1. sabar ye sis. In shaa Allah akan termakbul sama ada cepat atau lambat. teruskan berdoa :)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ