14 Mei 2017

SALAHKAH SAYA BIARKAN DIRI SAYA GEMUK???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kurus dan gemuk memang kehendak dan ciptaan Allah... Tapi membiarkan diri sentiasa gemuk tanpa ada tanda dan usaha untuk kurus adalah salah di sisi agama Islam....




MF sendiri baru tahu pasal hadis ni... Rupanya salah biarkan diri kita gemuk... Kan ada sesetengah orang tu.. "Ah, biarlah aku gemuk, asalkan aku sihat"..

Jadi, berusahalah untuk kuruskan badan... Seeloknya amalkan pemakanan yang sihat... Kalau dah tahu badan tu mudah naik ... Jadi makanlah dengan terkawal dan seimbang...

MF lepas bersalin anak ketiga yang mula naik berat.. sebelum ni mudah je turun berat... Tapi sekarang ni dah mula kena kawal juga.. tapi buat masa sekarang macam tak mampu nak kawal sebab menyusu badan.. lapar je memanjang...

Jadi, bagi yang gemuk tu.. usahakan untuk kurus kerana Allah.. niatkan kurus untuk mudahkan urusan ibadah kita dengan Allah, dan juga mudahkan kita tutup aurat dengan sempurna... Moga USAHA kita tu Allah permudahkan dan berkati atas sebab niat kita tu... 

1 ulasan:

  1. Ana pun baru tahu. Sebetulnya kegemukan tu akan memberi byk kemudaratan dari kebaikan. Jadi satu tanggungjawab utk mnejaga kesihatan diri.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^