GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Resepi Kimchi Korea

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ada iklan kat Astro... apatah citer pasal Kimchi... Banyak kali dok sembang dengan suami bilalah nak merasa makan kimchi ni... Pernah nampak yang dah siap jual kat pasaraya... Tapi tak rasa nak beli... Ada orang kata boleh je nak buat sendiri... sebab tak susah mana pun.. Jadi, cari punya cari jumpa kat telegram resepi Kimchi Korea.. 

Sebut pasal kimchi, tahu ke apa itu kimchi??? 

Kimchi adalah makanan tradisional Korea, salah satu jenis sayur masin hasil fermentasi yang diberi serbuk cili pedas. Setelah diletak garam dan dicuci, sayuran dicampur dengan serbuk cili yang dibuat dari udang krill, kicap ikan, bawang putih,  dan serbuk cili merah.

Sayuran yang paling umum dibuat kimchi adalah sawi putih dan lobak. Di zaman dulu, kimchi diucapkan sebagai chim-chae (Hangul: 침채; Hanja: 沈菜) yang bererti "sayuran yang direndam."

Di Korea, kimchi selalu dihidangkan di waktu makan sebagai salah satu jenis banchan yang paling umum. Kimchi juga digunakan sebagai serbuk/perisa sewaktu memasak sup kimchi (kimchi jjigae), nasi goreng kimchi (kimchi bokkeumbap), dan berbagai masakan lain.

Sumber: Wikipedia

RESEPI KIMCHI KOREA

Bahan-Bahan :

2 kobis panjang or napa cabbage (3.6kg)
garam secukup rasa untuk melumur pada kobis,
1 lobak putih, (tapi sumpah tak sedap, jadi jangan letak kalau tak pernah makan)

Bahan bubur : ( untuk campur dengan kimchi paste )

1/2 cup sweet rice floor (boleh guna tepung pulut) 
1/4 cup sugar
3 cup air

Bahan kimchi paste :

3 tablespoon serbuk cili babas / serbuk cili lain / cili boh ( ikut kepedasan sendiri ) 
1 cup sos ikan
2 large daun bawang,

Blender:

1 bawang besar
3 ulas bawang putih, 
1 inci halia, 
sos tiram (ikut citarasa)

Cara membuatnya :

Kobis selepas direndam 4 jam dengan garam

1. Basuh kobis sebersihnya.
2. lumur kobis dengan garam, pastikan rata, 
3. Biarkan 4 jam 
4. Basuh kobis dan bilas 3 kali,
5. toskan kobis and tekan bagi kobis jangan berair sangat.

Kimchi paste.

Bubur untuk kimchi.
  1. campurkan tepung pulut dengan air dan panaskan sampai keluar bubble.
  2. masukkan gula dan kacau dalam 1 minit, tutup api biarkan sejuk.
  3. blender bawang besar, bawang putih, halia
  4. potong daun bawang saiz sederhana ikut korang,
  5. dalam bekas yang lain masukkan semua bahan kimchi paste bawang besar, bawang putih, halia, sos ikan, serbuk cili, daun bawang
  6. campurkan kimchi paste dengan bubur.
  7. rasa kimchi paste kalau tak cukup pedas tambah cili, tak cukup masin tambah sos ikan. tapi pastikan jangan masin sangat sebab kobis dah masin,
  8. ambil kobis masukkan dalam bekas kimchi paste lumur kimchi paste dengan kobis panjang, pastikan rata.
  9. tekan kimchi supaya air kobis keluar sebelum letak dalam Tupperware. 
  10. masuk dalam fridge, tunggu 24 jam 


selamat mencuba

sumber: https://telegram.me/resepimalaysia

Jadi... boleh lah cuba bagi yang nak merasa apa itu kimchi... haha... MF nampak kimchi macam sayur jeruk je boleh dikatakan... 

5Ulasan

  1. pernah beli kimchi..sebab nak buat macam leceh..cuma tak kena tekak melayu akak ni..hehe

    BalasPadam
  2. tak reti makan kimchi, mmg tak dapt la boypren korea hahaa

    BalasPadam
  3. Echa pnh cuba biat kimchi ni. Guna serbuk cili alagapas tapi tak sedap disbbkan rasa serbuk cili tu. Myb next time blh try guna brand babas pulak!

    BalasPadam
  4. Fav kimchi ni. Mkn dgn nasi panas dh cukup sedap

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ