GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Ini 5 Rahsia Buah Mangga Yang Ramai Orang Tak Tahu!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Mangga dengan namanya saintifik Mangifera Indica sejenis buah yang memang jadi kegemaran orang di Malaysia... Sekarang ni pula... Mangga Harum Manis antara mangga popular yang menjadi kegilaan bagi pencinta buah mangga... 

Mangga bukan hanya sedap di makan tapi ada khasiat tersendiri yang tak ramai diketahui orang...  

5 Khasiat Mangga Yang Tak Diketahui Orang:

Kesihatan mata
Selain kaya dengan vitamin C, buah mangga memiliki kandungan vitamin A yang tinggi. Satu mangkuk hirisan mangga mengandungi sekurang-kurangnya 25 peratus keperluan harian vitamin A. Penyelidikan menunjukkan bahawa mangga berkhasiat untuk mencegah pelbagai penyakit yang berkaitan mata seperti rabun, kerosakan kornea, kekeringan dan gatal-gatal pada mata.

Pencernaan
Mangga mempunya enzim pencernaan yang dapat membantu pemecahan protein serta membantu proses pencernaan. Ini memang diakui tanpa memberatkan fikiran kita bagaimana mekanisme atau sains di sebalik proses tersebut. Cukup dengan hanya memakan mangga kita akan tahu keberkesanan proses pencernaanya. Buah ini mengandungi enzim yang menenangkan perut dengan mencegah keasidan dan sembelit kerana kandungan seratnya yang tinggi.

Kelancaran hubungan seks
Kandungan vitamin E dalam buah mangga dikatakan dapat meningkatkan dorongan seks seseorang dengan mengatur semula hormon seks di dalam tubuh.

Meningkatkan memori
Buah mangga mempunyai kandungan jumlah asid glutamik yang cukup. Menurut kajian gabungan ini sangat bermanfaat khususnya untuk meningkatkan daya ingatan.

Kulit lembut dan cerah
Mengambil mangga sebagai diet dapat membuatkan kulit lebih lembut dan sihat. Menurut satu rencana kesihatan dan kecantikan, menyapu kulit mangga ke wajah selama lebih kurang 10 minit setiap hari dapat mengeluarkan kotoran dari pori-pori yang tersumbat. Ia dapat mengurangkan jerawat yang merupakan masalah kesihatan kulit muka yang paling tidak disenangi oleh golongan yang mementingkan seri wajah.

Sumber: Google images

Tak sangka kan... Patut la ada orang memang suka sangat buah mangga... MF pun suka tapi jarang beli sebab buah ni bukanlah buah yang murah juga kan... Dan nak dapat mangga yang manis pun susah...

Mangga juga boleh buat detox untuk kempiskan juga... Semalam MF minum jus mangga suami MF buatkan... dia campurkan oren Sunkist, blend dengan mangga tambah kismis... hasilnya......Hari ni terus kempis... Haha... Memerut sampai tak larat hari ni... Detox habis sampai slim terus jadinya... 

Jadi, tak rugi la orang yang sanggup berhabis duit beli mangga harum manis tu ye.. sebab memang banyak khasiatnya rupanya... 

Sumber rujukan: Majalah Sains

2Ulasan

  1. Cantik.. Memang mangga adalah salah satu buah kegemaran saya. Ada 4 pokok saya tanam di sekeliling rumah.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ