GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Ibu Mengandung dan Menyusu Anak Tak Wajib Berpuasa???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ibu Mengandung dan Menyusu Anak Tak Wajib Berpuasa??? | Kecoh ni.. kecoh... viral bermula sejak puasa... Mula bertebaran di Facebook pasal ibu Mengandung dan menyusukan anak tak diwajibkan berpuasa... 

Golongan yang reti agama .. belajar ilmu betul memang tak kan share viral tu sebab ada salah dari segi hukum... Bahkan kami juga tak meleraikan kekusutan tu sebab nanti kena hentam la... Biasa dah.. MF pernah betulkan satu statement hukum pun kena cop Ustazah Facebook... 

Apa yang salahnya... Salahnya sebab ... Statement awal "ibu mengandung dan menyusu anak tak diwajibkan berpuasa" dan statement Dan ayat tu dikuatkan lagi... "Islam itu tak memaksa bahkan memudahkan" begitulah lebih kurang ayatnya ya... 

Why??? Kenapa salah..

Memang salah la. Sebab takde dalil pun kata ibu Mengandung dan menyusukan tak wajib puasa.... 

Ok... Back to basic... 

Siapa yang wajib puasa??? 

Ada 4 golongan: 

(1) Islam, 
(2) Berakal, 
(3) Sudah baligh,
(4) Bebas dari uzur syarie. (Berhadas besar)

Ok... Jika diteliti syarat di atas tiada pun ibu Mengandung dan menyusu tak wajib puasa kan..

Baik..ini pula kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan... 

Perempuan hamil dan yang menyusukan anak diberikan keringanan untuk berbuka atau tidak berpuasa. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam Fiqh al-Siyam tidak menukilkan sebarang syarat khas untuk perempuan yang hamil untuk tidak berpuasa kerana tidak terdapat sebarang dalil mengenainya. Walaubagaimanapun, terdapat dalil umum dalam isu ini:

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَضَعَ عَنِ الْمُسَافِرِ شَطْرَ الصَّلَاةِ، وَعَنِ الْمُسَافِرِ وَالْحَامِلِ

 وَالْمُرْضِعِ الصَّوْمَ، أَوِ الصِّيَامَ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah meringankan daripada orang yang musafir dengan separuh solat dan meringankan daripada  puasa bagi perempuan hamil dan menyusukan anaknya.”

          (Riwayat al-Nasaie (2775) dan Ibn Majah (1667))

           
Pun begitu, ada khilaf mengenai apakah perlu perempuan berkenaan menggantikan puasa atau tidak. Berikut perbezaan pendapat secara ringkas:

Pertama: Mazhab Hanafi: Jika perempuan hamil atau menyusu yang meninggalkan puasa, wajib mengqada’kan puasa sahaja.  Pendapat ini juga dinyatakan oleh al-Hasan, Atha’ al-Nakhaie, al-Zuhri, al-Auzair, Sufyan dan juga al-Thauri.

Kedua: Mazhab Syafi’i dan Hanbali: Wajib qada’ dan perlu membayar fidyah bagi perempuan hamil atau menyusu yang meninggalkan puasa jika mereka takut kesihatan janin atau anaknya.

Ketiga: Mazhab Maliki: Wajib mengqada’ dan fidyah hanya dikenakan kepada yang meninggalkan puasa kerana menyusukan bayi tidak kepada yang hamil.

Keempat: Pendapat sahabat antaranya Ibn Abbas, Ibn Umar, Ibn Sirin: Jika kedua-duanya yakni perempuan yang hamil dan menyusu bimbang ke atas dirinya atau anaknya maka bolehlah ia berbuka dan membayar fidyah sahaja berdasarkan umum ayat

وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ

Maksudnya: “Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.”

(Surah al-Baqarah: 184)


Berdasarkan kesemua pendapat mazhab ini, Sheikh Attiyyah Saqr dalam Seen Wa Jeem Lil-Mar’atil-Muslimah (soal jawab muslimah) mengatakan boleh saja memilih salah satu dari pendapat di atas. Namun Dr Yusuf Qaradhawi mengatakan pendapat yang rajih ialah pendapat yang dikemukakan oleh Ibn Abbas R.Anhuma.

Tarjih

Selepas meneliti dalil, kami lebih cenderung kepada pendapat mazhab Syafie dan Hanbali yang menyatakan hendaklah qadha sahaja jika kedua-duanya bimbang terhadap diri sendiri sahaja. Sebaliknya jika juga dibimbangi terhadap anak dan dirinya maka hendaklah diqadha dan membayar fidyah. Pendapat ini juga adalah pendapat jumhur dengan berkata sepertimana kaedah: Hukum memberi makan kekal kepada hak yang tidak mampu berpuasa.

Imam al-Turmuzi berkata: “Dan amalan di sisi ahli ilmu kebanyakannya bahawa perempuan tersebut boleh berbuka dengan memberi makan orang miskin sebagai fidyah dan juga qadha.”

Artikel penuh: Baca SINI


Ibu Mengandung dan Menyusu Anak Tak Wajib Berpuasa???


Menurut Imam Syafie, rukhsah puasa iaitu kelonggaran untuk berbuka puasa kepada ibu menyusu (sama seperti ibu hamil) atas  dua sebab iaitu:-
  1. Risau tentang keselamatan dirinya
  2. Risau tentang keselamatan anaknya


Dari Anas R.A.:

“Rasulullah S.A.W bersabda ‘Sesungguhnya Allah SWT telah mengangkat puasa orang yang bermusafir (bole berbuka) dan telah mengurangkan solatnya (qasar), dan diangkat puasa(boleh berbuka) orang yang hamil dan menyusukan anaknya‘.”

Ibu menyusu yang mengalami kekurangan susu tidak perlu memberikan anaknya formula semata-mata kerana nak terus berpuasa, kerana ibadah di bulan Ramadhan ni bukan semata-mata berlapar dahaga (puasa) tapi ia lebih lagi. Rukhsah juga satu ibadah berdasarkan hadis:

“Sesungguhnya Allah menyukai rukhsah-Nya dilaksanakan sebagaimana Allah membenci maksiat dilakukan” (HR Ahmad)

Akan tetapi, tak semua ibu menyusu yang kurang susu semasa puasa boleh berbuka. Ibu yang wajib meneruskan puasa:
  • Ibu yang dah campur susu, kerana anaknya memang dah minum susu formula.
  • Ibu yang ada stok susu berbotol-botol, kerana anaknya masih ada bekalan susu ibu untuk diminum.


Jadi, bukanlah sewenang-wenangnya ibu menyusu dan mengandung tu tidak berpuasa... Yang pasti hukumnya tetap WAJIB berpuasa... Melainkan jika disahkan doktor dan pakar perubatan... Ibu itu kalau berpuasa adalah mudaratnya kepada diri atau anaknya... Tapi kebanyakan doktor pakar luar negara sekalipun mengesahkan puasa sangat baik untuk diet ibu Mengandung dan menyusu anak... Dan sebenarnya puasa tak buatkan susu ibu terjejas pun bahkan lebih berkualiti... Yang buat susu ibu terjejas mind set kita kata.. puasa buatkan susu sikit.... 


Jangan ambil mudah... Jangan ingat dah bayar fidyah dah lepas dah... Itu khilaf... Sebaiknya, qada'juga... Sebab kadang nafsu kata... Eh.. bayar je la senang.. settle... Bahkan fidyah ni lebih rumit dari zakat... Sebab sebaiknya kita bayar terus kepada orang miskin dengan memberi makanan asasi ikut jumlah hari yang ditinggalkan... Cuma ulama kontemporari mengharuskan ganti dengan duit yang sama nilai... 

Sebelum nak nyatakan hukum... Baik rujuk kepada yang pakar... Jangan jadi macam drama yang viral dulu tu sampaikan mufti kena berfatwa... 

Jadi, kesimpulannya Ibu mengandung dan menyusu wajib Berpuasa seperti mukallaf yang lain ... Cuma diberikan kelonggaran untuk berbuka puasa jika mudarat kepada diri atau anaknya... Jangan salah faham disitu... Semoga bermanfaat...

0Ulasan