GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hukum Puasa Selepas 15 Syaaban!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hukum Puasa Selepas 15 Syaaban! | Menurut pandangan yang muktamad dalam Mazhab Syafi'i, haram dan tidak sah untuk memulakan puasa sunat pada 16 Syaaban dan seterusnya.

Haram puasa selepas 15 Syaaban

Walaubagaimanapun, terdapat 3 keadaan yang dikecualikan daripada keharaman tersebut iaitu;

1.  Melakukan puasa wajib seperti puasa qada’, puasa kaffarah dan puasa nazar, sama ada qada’ untuk puasa yang wajib mahupun puasa sunat.

2.  Sudah beradat sebelumnya berpuasa sunat seperti kebiasaannya puasa hari Isnin atau Khamis dan sebagainya.

3. Apabila menyambungkan puasa setengah kedua daripada bulan Syaaban dengan hari sebelumnya seperti puasa pada 15 Syaaban disambung dengan 16 Syaaban dan seterusnya (Al-Taqrirat al-Sadidah).

Hukum Puasa Selepas 15 Syaaban!

Hukum Puasa Selepas 15 Syaaban!

Disebutkan oleh Syeikh Zakaria al-Ansari:

إذَا انْتَصَفَ شَعْبَانُ حَرُمَ الصَّوْمُ بِلَا سَبَبٍ إنْ لَمْ يَصِلْهُ بِمَا قَبْلَهُ عَلَى الصَّحِيحِ فِي الْمَجْمُوعِ وَغَيْرِهِ لِخَبَرِ إذَا انْتَصَفَ شَعْبَانُ فَلَا تَصُومُوا رَوَاهُ أَبُو دَاوُد وَغَيْرُهُ بِإِسْنَادٍ صَحِيحٍ

"Apabila telah setengah bulan Syaaban (16 Syaaban ke atas), maka haram berpuasa tanpa sebab jika tidak disambungkan dengan sebelumnya menurut pendapat yang sahih sepertimana di dalam Kitab al-Majmuk dan selainnya, kerana berdasarkan hadis;

إِذَا انْتَصَفَ شَعْبَانُ فَلَا تَصُومُوا

Apabila telah setengah bulan Syaaban (16 Syaaban dan ke atas), maka janganlah berpuasa (sehingga Ramadhan).

Hadis ini telah diriwayatkan oleh Abu Daud dan selainnya dengan sanad yang sahih."(Asna al-Matalib).

Menurut al-Munawi, hadis ini memberi faham bahawa:

أي يحرم عليكم ابتداء الصوم بلا سبب حتى يكون رمضان

“...iaitu haram ke atas kamu memulakan puasa tanpa sebab, sehingga masuk bulan Ramadhan.”(Faidh al-Qadir)

Disebutkan di dalam al-Muqaddimah al-Hadhramiyyah;

ولا يصح صوم يوم العيدين، ولا أيام أيام التشريق، ولا النصف الأخير من شعبان إلا لورد أو نذر أو قضاء أو كفارة أو وصل ما بعد النصف بما قبله

"Tidak sah puasa dua hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha), hari Tasyriq (11, 12, 13 Zulhijjah) dan setengah akhir daripada bulan Syaaban melainkan kerana wirid (dijadikan kebiasaannya), nazar, qadha', kaffarah atau bersambung puasa selepas setengah bulan Syaaban dengan sebelumnya."

Justeru, jika seseorang berpuasa sunat pada 15 dan 16 Syaaban serta dia berbuka (tidak berpuasa) pada 17 Syaaban, maka haramlah atasnya untuk berpuasa lagi tanpa apa-apa sebab pada hari-hari yang berikutnya sehinggalah Ramadhan (Busyra al-Karim).
اليسع
Wallahu a'lam.

Sumber: Koleksi Q&A Ustaz Alyasak

2Ulasan

  1. Baru discuss tentang ni dengan suami beberapa hari lepas. Perkongsian yg mudah utk di fahami kak.

    BalasPadam
  2. terima kasih berkongsi, jadinya puasa usnat yang biasa dibuat isnin dan khamis itu boleh diteruskan ya walaupun selepas 16 sya'aban

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ