GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Guru dan Pahala Yang Berterusan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Guru dan Pahala Yang Berterusan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Dari Abu Hurairah RA, bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat baginya dan anak soleh yang selalu mendoakannya." (HR Muslim No: 3084) Status: Hadis Sahih

Guru dan Pahala Yang Berterusan

Pengajaran:

1.  Setiap Muslim bergantung dengan amal yang mereka lakukan semasa hidup.

2.  Ada amalan yang dilakukan oleh seorang Muslim semasa hidup akan berterusan mengalir pahalanya walaupun dia telah meninggal:

a.  Sedekah yang pernah kita buat semasa hidup sama ada berbentuk wakaf, derma, pemberian, hadiah dan sebagainya. Selagi ia dimanafaatkan oleh makhluk samada manusia, binatang mahupun tumbuhan, ganjaran pahalanya akan tetap berterusan untuk orang yang mati.

b.  Ilmu bermanfaat sama ada ilmu agama mahupun ilmu dunia yang digunakan untuk kemaslahatan hidup termasuk buku, artikel, juga dalam bentuk elektronik seperti laman sesawang, FB, telegram, whatsapp dan BLOG.    Selagi ilmu tersebut diamalkan atau faedahnya dimanfaatkan, maka ganjaran pahala akan diperolehi oleh mereka yang menyampaikan atau yang memulakan.

c.  Anak solleh yang sentiasa mendoakan rahmat dan keampunan kepada kedua ibu bapa.

3.  TAHNIAH kepada semua guru sempena hari guru esok. 

Jazakumullahhu khairan katsira kepada guru sama ada yang mengajar di Nurseri, Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Madrasah, Masjid dan Surau, Institusi Pengajian Tinggi seperti Kolej, IPG, dan  Universiti. Juga kepada setiap individu yang menyampaikan ilmu yang bermanfaat. 

Tak lupa juga guru kita yang pertama iaitu ibu bapa kita... Jangan lupa ucapkan selamat hari guru kepada ibubapa kita kerana mereka insan pertama ajar kita mengenal ABC sebelum selanjutnya kita ke sekolah dilatih oleh guru pula... 

Semoga usaha para penyampai ilmu yang bermanfaat, akan menjadi penerus amal yang mendatangkan ganjaran pahala berterusan walaupun setelah meninggal dunia.


Setulus Doa kepada guru-guru kita. Selamat Hari Guru 

Ya Allah, panjangkanlah umur guru-guru kami dalam ketaatan kepadaMu…

Ya Allah, berilah ketajaman fikiran, kekuatan dan kesihatan bagi guru-guru kami…

Lindungilah dirinya dan keluarganya dari kejamnya terpaan fitnah, Ya Rahman Ya Rahim…

Ya Azis Ya Qowiy, berikanlah kepada guru-guru kami, kekuatan iman untuk menegakkan kebenaran, anugerahkanlah kepada guru-guru kami keteguhan hati untuk menjunjung tinggi keadilan dan kemantapan jasmani/rohani untuk memimpin kami dalam jalan Fisabilillah ini...

Ya Latief Ya Malik, tanamkanlah kepada guru-guru kami kejernihan dan kearifan dalam berfikir, kecepatan, ketepatan, kecermatan dalam bertindak dan mengambil keputusan, kejujuran dan ketulusan dalam menjalankan tugas dan kewajiban dakwah...

Ya Allah Dzat Yang Maha Penyelamat, jauhkanlah jama'ah kami dari silang dan sengketa, lindungilah kami dari rasa saling curiga yang hanya membawa malapetaka, hindarilah kami dari perpecahan dan permusuhan yang hanya membawa kehancuran, satukanlah hati kami dalam ikatan  ini beserta cinta di dalam cintaMu…..

Aamiin Ya Robbal ‘Aalamiin…..

2Ulasan

  1. selamat hari guru MF...

    akak selalu kagum ngn kwn2, bks2 guru2 akak sbb kesabaran, sifat penyayang yg ada dlm diri mereka....

    BalasPadam
  2. http://annaz79.blogspot.my/2017/05/selamat-hari-guru-2017.html?m=0

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ