Breaking

15 Mei 2017

[DOWNLOAD] Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1438H / 2017M

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Puasa dah nak tiba, semakin terasa bahangnya... Pasti ada yang dah bersedia dengan persiapan puasa... Bagi suri rumah dah standby dengan resepinya... Bagi kaum Adam, boleh setting jadual malam untuk tarawih dan pengisian sepanjang puasa... 

Dan tak lupa, setiap kali tiba, pasti nak tahu waktu berbuka.. Iaitu waktu yang menggermbirakan bagi orang yang berpuasa... Mestilah gembira kan.. Orang puasa je tahu gembira berbuka tu camne kan... Sebagaimana kata Nabi s.a.w:

"Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali lipat. Allah Ta'ala berfirman (yang ertinya), "Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan karena-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kegembiraan yaitu kegembiraa ketika dia berbuka dan kegembiraan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi." (HR. Muslim no. 1151)


Jadi, JAKIM dah keluarkan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1438H / 2017M untuk semua negeri di Malaysia... 

Sesiapa yang sedang mencari, bolehlah download ye... 



Sumber: JAKIM

Semoga ibadah puasa kali ini lebih bermakna dan lebih berkualiti dari tahun-tahun sebelumnya... 
Semoga kita dapat laksanakan ibadah puasa tahun ini dengan mudah dan sempurna... inhsa Allah... 

1 ulasan:

  1. Lagi 2 minggu nak masuk ke madrasah Ramadhan. Semoga kita bersemangat untuk ke madrasah itu. Semoga ramadhan kali ni lebih baik dr sebelumnya. InsyaAllah.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Tags