Breaking

16 Mei 2017

Cikgu Blogger!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Blogger Sebagai Guru

Blogger juga boleh jadi guru... Sesiapa sahaja yang ajar dan sampaikan ilmu yang bermanfaat untuk orang lain.. akan diberikan ganjaran pahala. 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا

Dari Abu Hurairah RA bahwasanya Rasulullah SAW telah bersabda: "Barang siapa mengajak kepada kebaikan, maka ia akan mendapat pahala sebanyak pahala yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Sebaliknya, barang siapa mengajak kepada kesesatan, maka ia akan mendapat dosa sebanyak yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun." (HR Muslim No: 4831) Status: Hadis Sahih



Pengajaran:

1.  Sesiapa sahaja yang berperanan mengajak, menasihat serta membimbing kepada kebaikan, mereka adalah seorang guru.

2.  Orang yang mengajak, membimbing, menasihat, mengajar seseorang agar melakukan perkara kebaikan, dia akan mendapat ganjaran pahala seperti mana yang didapati oleh orang yang belajar dan beramal.

3.  Semakin ramai bilangan pelajar yang dibimbing dan diajar melakukan perkara yang baik dan bermanfaat, semakin banyak pahala yang diperolehi secara berterusan.

4.  Orang yang mengajar, membimbing dan menunjukkan yang buruk dan jahat, dia akan memperolehi ganjaran dosa sebanyak orang yang mengikuti dan beramal dengannya.

Marilah kita merebut peluang membuat simpanan deposit amal yang berterusan untuk akhirat kita dengan mendidik, mengasuh dan mengajar orang lain kepada kebaikan.

Semua orang jadi guru untuk diri Sendiri... Berusahalah untuk mendidik diri sendiri dan orang lain untuk berbuat kebaikan... 

Dalam konteks seorang blogger.... Rebutlah peluang dan ganjaran pahala ini... Jadilah blogger yang bermanfaat untuk diri sendiri....dan untuk orang lain... Selagimana kebaikan dan ilmu yang kita kongsikan di blog... Dibaca dan diamalkan kita turut mendapat ganjaran pahalanya... Tak nak ke dapat pahala yang begitu mudah?

Dari kita tulis gosip, fitnah, mengumpat dan mengaibkan... Kita berubah... Menulis yang bermanfaat hatta ajarkan doa atau cara memasak telur goreng sekalipun asalkan ianya bermanfaat...dan dapat diamalkan oleh semua... 

Dalam konteks Blogger MF Nampak Blogger Indonesia yang memperlopori bidang ilmu yang banyak di zaman teknologi Blogger kini... Moga kita kurangkan kontroversi dan tingkatkan prestasi dalam hidup kita.. 



SELAMAT HARI GURU
Kepada Blogger yang banyak berkongsi ilmu tentang blog dan tentang apa sahaja yang bermanfaat... Moga Allah merahmati kalian.... 

2 ulasan:

  1. betul tu. mama pub sebenarnya byk belajar sesama blogger juga..

    BalasPadam
  2. Betul..tak dinafikan ada sesetengah mentaliti blogger yang meletakkan profit nombor satu.
    Matlamat kita berblog ni sepatutnya meletakkan penyampaian ilmu bermanfaat itu sebagai prioriti. Tapo AS taka kata pulak yg berblog sebagai mata pencarian itu salah. (^_^)
    Macam maria cakap la..kurangkan kontroversi.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Tags