10 Mei 2017

Blogger Tahu Ke Apa Itu Blog?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Blogger tahu ke apa itu blog??? MF rasa majoriti blogger yang ada ni tahu create, login, Dan update entry serta ping entry je... Blogwalking, komen ... Tapi sejauh manakah kita faham dan tahu apa itu blog??? Tapi tak ramai dari kita tahu asal usul blog dan bagaimana blog berkembang kan... 

Jadi, blogger kena la Tahu apa itu blog... Kalau orang tanya boleh la jawab nanti... 


 Apakah sebenarnya blog dan bagaimanakah ia berkembang.

Blog adalah singkatan bagi ‘web’ dan ‘log’ yang diperkenalkan oleh Jorn Barger pada 17 Disember 1997. Sehingga kini belum ada istilah yang tepat dalam bahasa melayu untuk menterjemahkan blog. Barger menggunakan istilah weblog untuk merujuk kepada kelompok laman-laman web maya peribadi yang dikemaskini secara berkala oleh pemiliknya. Peter Merholz pula menggunakan istilah ‘we blog’ pada laman webnya Peterme.com yang merujuk kepada aktiviti ‘blogging’ yang terdiri daripada mengemaskini laman web, menyunting, memasukkan maklumat terbaru, mengirim artikel dan sebagainya. Akhirnya beliau lebih selesa menggunakan istilah ‘blog’ bagi menggambarkan segala aktiviti berkaitan dengannya. Di situlah munculnya blog dan pemiliknya pula dikenali dengan nama ‘blogger’.



Kini blog telah menjadi trend baru kehidupan manusia setelah meledaknya teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Pada awalnya jumlah blog di seluruh dunia tidaklah sebanyak yang wujud sekarang yang dianggarkan sebanyak 112 juta menurut statistik terkini yang dikeluarkan oleh enjin carian blog terkenal Technocrati. (Sekarang dah bertambah dah ni)   waktu ia mula tercipta dan sebelum terkenal, untuk menghasilkan blog memerlukan sedikit kemahiran teknikal dalam bidang penulisan kod-kod html (hypertext markup language). 

Pada tahun 1999, sebuah syarikat teknologi maklumat PyraLabs melancarkan website www.blogger.com yang memberi kemudahan secara percuma di atas talian kepada sesiapa sahaja untuk memiliki blog tanpa perlu memiliki kemahiran teknikal dalam bidang teknologi maklumat. Apa yang perlu ialah kemudahan talian internet dan keinginan untuk mempunyai blog sahaja. Sejurus selepas itu, jumlah blog di ruang maya meningkat secara dramatik. Tema blog yang muncul merangkumi pelbagai topik bermula dari filem, politik, kesihatan, sukan, hobi dan juga blog berkaitan dengan buku. Daripada blog, pembaca dapat menyelami apa sahaja lontaran idea, pendapat dan buah fikiran blogger. Pada tahun 2003, Blogger.com telah diambilalih oleh syarikat enjin carian internet terkenal Google. Selain blogger.com, terdapat beberapa perkhidmatan penyediaan layanan blog yang lain seperti wordpress, livejurnal, blogsome, weebe dan sebagainya.


Sumber: Google images

Bila ramai orang guna mesti akan timbul masalah lain juga kan... Biasalah yang guna tu manusia yang pelbagai ragam, faham dan moral. Bila blog ikut rasa, ia boleh jadi satu ancaman besar pada pemilik blog dan juga negara. Di Singapura, dua rakyatnya telah dipenjarakan di bawah undang-undang antihasutan kerana menyiarkan kenyataan antiislam di laman blog mereka. Di Mesir, seorang blogger, Abdul Kareem Suliman Amer atau Kareem Amer ditahan pada November 2006 dan dipenjarakan tiga tahun atas kesalahan menghina Presiden Hosni Mubarak. Di Malaysia, seorang penulis blog Raja Petra Kamaruddin telah ditahan polis dan dibebaskan selang beberapa hari kerana menyiarkan artikel berunsur hasutan di blog beliau yang terkenal Malaysia-Today. Walau apapun isu yang berlaku sekitar blog, masih banyak blog yang positif yang dapat dimanfaatkan seperti blog yang berkaitan dengan agama, motivasi, promosi buku dan juga bisnes.


Dari blog wujudnya komuniti maya antara blogger. Ini kerana, setiap blog yang bersifat interaktif adalah saling menghubungkan antara satu sama lain dan dapat merapatkan hubungan sesama bloggers. Setiap blog dapat menggambarkan persahabatan, perdebatan, permusuhan dan juga hubungan perniagaan. Pemilik blog dan juga pembaca bebas melontarkan pandangan masing-masing bagi setiap artikel yang diterbitkan. Tambahan pula, setiap artikel dan komen bebas disalurkan tanpa ada sebarang sekatan kecuali pemilik blog yang menjadi editor utamanya. Oleh itu blog menjadi medium utama penulis dan pembaca blog yang bersifat interaktif serta dapat memaparkan idea dan wacana segar antara keduanya.


Di Malaysia, telah wujud pelbagai komuniti maya yang menghimpunkan penulis-penulis blog antaranya yang terkenal ialah www.jurnal.biz, www.minggupenulisremaja.blogspot, www.petalingstreet.org dan sebagainya. Komuniti ini sentiasa mengadakan aktiviti yang berbentuk ilmiah dan juga santai dalam usaha untuk merapatkan ahli-ahli mereka. Komuniti ini juga mewujudkan anugerah kepada pemilik blog terbaik dalam pelbagai kategori yang dipertandingkan. Dan sekarang ni dah ada kelab-kelab blogger tertentu yang diwujudkan oleh blogger yang berpengalaman dan berpengaruh untuk tujuan komuniti dan bisnes.

Di Malaysia, setiap tahun dianjurkan perhimpunan blogger Malaysia yang terbesar iaitu Sepetang Bersama Blogger #SBB setiap tahun... Program ini bertujuan menghimpunkan semua blogger di Malaysia di atas satu dasar dan platform yang sama iaitu blog...untuk berkomunikasi, berkongsi ilmu dan pendapat selain mengeratkan silaturahim antara blogger di Malaysia. Setiap tahun Sepetang Bersama Blogger ini dianjurkan oleh Denai Hati Network dan beberapa pengajur bersama. 


Fenomena blog ini wujud dan berkembang pesat selepas kepesatan pembangunan teknologi maklumat dan internet di Malaysia... 

Blog ini juga jadi platform untuk jadi saham akhirat kita juga jika kita bijak menggunakannya ke arah yang bermanfaat dan baik untuk semua. 

Jadi, kongsikan dan tulis yang baik-baik... Moga sedikit kebaikan itu akan jadi bekalan di akhirat nanti... 

Olahan dan sumber rujukan: majalah sains

2 ulasan:

  1. Nice article kak. Entri2 lama yang byk merapu belum habis lagi fae delete. Mood blogging makin kelaut dah..

    BalasPadam
  2. Bagus info ni.. Dengan blog boleh kongsi benda-benda bermanfaat yang berguna kepada orang lain kan? ;)

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^