18 Mei 2017

9 Tips Mudah Latih Anak Puasa

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Puasa dah dekat... Tahun ni si kakak dah enam tahun.. ingat tahun ni nak cuba-cuba ajar dia berpuasa... Tak paksa tapi ajar untuk permulaan... 

Dalam nak ajar puasa kepada anak-anak.. kenalkan pada dia kenapa kena puasa... Supaya dia tahu sebab dia buat sesuatu... Takdelah dia buat sebab disuruh, dipaksa atau hanya sekadar ikut-ikutan... 



Jom ikuti tips-tips untuk menggalakkan anak-anak kecil berpuasa.

▩ Ceritakan Kepada Anak Tujuan dan Hikmah Berpuasa
Anak-anak pastinya akan bertanya kenapa nak puasa? Puasa tu macam mana? Larat ke mereka berpuasa dan sebagainya? Maka di sinilah letaknya peranan kita sebagai ibu bapa. Kita perlu terangkan dengan mudah kenapa kita diwajibkan berpuasa dan apakah hikmahnya. 

Sebaiknya, latih anak-anak supaya makan dalam kuantiti yang sedikit dan ajar puasa separuh hari sebelum tiba bulan puasa supaya perut anak-anak tidak merasa terkejut. Apabila sudah biasa berlapar, anak-anak sudah boleh berpuasa penuh.

▩ Baca niat berpuasa bersama-sama setiap malam. 
Selain tu bawalah anak-anak ke surau untuk solat terawikh bersama-sama. Sekiranya anak masih kecil, pastikan mereka tidak mengganggu jemaah yang lain ketika bersolat.

▩ Bersahur dan berbuka puasa di rumah bersama-sama.
 Ini dapat memberikan kegembiraan dan semangat kepada mereka. Jika anak tidak larat bangun awal bersahur, bangun lambat sedikit juga tidak mengapa.

▩ Untuk membuatkan anak-anak tidak terlalu memikirkan masalah lapar, luangkan masa bersama anak-anak dengan 'melalaikan' waktu mereka. Misalnya mengajak anak-anak menonton tv, membacakan buku cerita, mengaji, melakukan aktiviti yang tidak memenatkan dan membantu melakukan kerja-kerja rumah yang menyeronokkan.

▩ Waktu berbuka puasa 
adalah waktu yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak. Anda perlu menyediakan menu kegemaran anak-anak sebagai ganjaran mereka berjaya menahan lapar sehingga petang. Untuk sahur pula, anda perlu rajin menyediakan masakan yang boleh membangkitkan selera anak-anak.


▩ Sentiasa ingatkan pada anak-anak akan kelebihan berpuasa. Sekurang-kurangnya, mereka akan faham dan patuh akan kewajipan dan kebaikan berpuasa.  Jangan pula anda membiarkan anak-anak mula berpuasa sendiri, sudah tentu anda gagal mendidik kerana puasa perlu dipupuk dari kecil. 


▩ Berikan Galakan Bukan Paksaan
Harus kita ingat bahawa kanak-kanak kecil masih belum wajib berpuasa seperti orang dewasa. Maka jika anak mengadu tidak larat dan sebagainya, alihkan tumpuan mereka kepada perkara lain terlebih dahulu. Benarkanlah mereka berbuka jika keadaan anak tidak mengizinkannya untuk terus berpuasa. Paling mudah tambahkan sedikit masa berpuasa untuk setiap hari. Sebagai contoh jika anak berbuka puasa hari ini jam 12.00 tengahari, cubalah untuk bertahan setengah jam lebih lama pada keesokan harinya.

▩ Elakkan perkara-perkara yang boleh menggugat tumpuan anak kepada puasa seperti:-

❁ menonton iklan-iklan makanan di TV  yang memang menyelerakan

❁ membiarkan aanak-anak yang lebih kecil makan makanan di depan mereka.

❁ bermain berlebihan kerana ini boleh menyebabkan kepenatan.

InsyaAllah, moga-moga kedatangan Ramadhan kali ini akan memberikan satu lagi kenangan manis buat anak-anak kita.

Amin !

Sumber: Telegram Channel

Dalam ajar anak berpuasa, jangan lupa ajarkan dia tentang solat dahulu.. kerana solat dulu baru puasa... Bila kukuh ibadah solatnya... Tak susah dah nak ajar ibadah yang lain.. Insha Allah... 
Previous Post
Next Post
Related Posts

4 ulasan:

  1. nice share..hope tahun ni si abang boleh puasa penuh..thun lepas separuh hari je..bbrapa hari je puasa penuh

    BalasPadam
  2. Bagus... Nanti nk Cuba it Syafi. Tq ye

    BalasPadam
  3. Bagus tips ni.tahun ni anak sulung IbuNoey pun dah 6 tahun.bolehlah try tips ni.

    BalasPadam
  4. nice share, insyallah thn ni kene try guna tips2 yg MF share kan nih...
    dh mula nk latih aiyan pose thn ni, dpt separuh hari pun dh kira ok

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^