31 Mei 2017

Gemuk Di Bulan Puasa!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ada yang puasa sebab nak kurus???

Fikirkan semula...
Renungkan kata-kata ini...

Jangan sibuk nak kurus je bulan puasa ni... 
Apa guna puasa kurus tapi dosa pula yang gemuk... 

Biarlah gemuk pun badan asalkan pahala di bulan puasa ni gemuk juga dan tak kurus-kurus... 

30 Mei 2017

Ibu Mengandung dan Menyusu Anak Tak Wajib Berpuasa???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ibu Mengandung dan Menyusu Anak Tak Wajib Berpuasa??? | Kecoh ni.. kecoh... viral bermula sejak puasa... Mula bertebaran di Facebook pasal ibu Mengandung dan menyusukan anak tak diwajibkan berpuasa... 

Golongan yang reti agama .. belajar ilmu betul memang tak kan share viral tu sebab ada salah dari segi hukum... Bahkan kami juga tak meleraikan kekusutan tu sebab nanti kena hentam la... Biasa dah.. MF pernah betulkan satu statement hukum pun kena cop Ustazah Facebook... 

Apa yang salahnya... Salahnya sebab ... Statement awal "ibu mengandung dan menyusu anak tak diwajibkan berpuasa" dan statement Dan ayat tu dikuatkan lagi... "Islam itu tak memaksa bahkan memudahkan" begitulah lebih kurang ayatnya ya... 

Why??? Kenapa salah..

Memang salah la. Sebab takde dalil pun kata ibu Mengandung dan menyusukan tak wajib puasa.... 

Ok... Back to basic... 

Siapa yang wajib puasa??? 

Ada 4 golongan: 

(1) Islam, 
(2) Berakal, 
(3) Sudah baligh,
(4) Bebas dari uzur syarie. (Berhadas besar)

Ok... Jika diteliti syarat di atas tiada pun ibu Mengandung dan menyusu tak wajib puasa kan..

Baik..ini pula kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan... 

Perempuan hamil dan yang menyusukan anak diberikan keringanan untuk berbuka atau tidak berpuasa. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam Fiqh al-Siyam tidak menukilkan sebarang syarat khas untuk perempuan yang hamil untuk tidak berpuasa kerana tidak terdapat sebarang dalil mengenainya. Walaubagaimanapun, terdapat dalil umum dalam isu ini:

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَضَعَ عَنِ الْمُسَافِرِ شَطْرَ الصَّلَاةِ، وَعَنِ الْمُسَافِرِ وَالْحَامِلِ

 وَالْمُرْضِعِ الصَّوْمَ، أَوِ الصِّيَامَ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah meringankan daripada orang yang musafir dengan separuh solat dan meringankan daripada  puasa bagi perempuan hamil dan menyusukan anaknya.”

          (Riwayat al-Nasaie (2775) dan Ibn Majah (1667))

           
Pun begitu, ada khilaf mengenai apakah perlu perempuan berkenaan menggantikan puasa atau tidak. Berikut perbezaan pendapat secara ringkas:

Pertama: Mazhab Hanafi: Jika perempuan hamil atau menyusu yang meninggalkan puasa, wajib mengqada’kan puasa sahaja.  Pendapat ini juga dinyatakan oleh al-Hasan, Atha’ al-Nakhaie, al-Zuhri, al-Auzair, Sufyan dan juga al-Thauri.

Kedua: Mazhab Syafi’i dan Hanbali: Wajib qada’ dan perlu membayar fidyah bagi perempuan hamil atau menyusu yang meninggalkan puasa jika mereka takut kesihatan janin atau anaknya.

Ketiga: Mazhab Maliki: Wajib mengqada’ dan fidyah hanya dikenakan kepada yang meninggalkan puasa kerana menyusukan bayi tidak kepada yang hamil.

Keempat: Pendapat sahabat antaranya Ibn Abbas, Ibn Umar, Ibn Sirin: Jika kedua-duanya yakni perempuan yang hamil dan menyusu bimbang ke atas dirinya atau anaknya maka bolehlah ia berbuka dan membayar fidyah sahaja berdasarkan umum ayat

وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ

Maksudnya: “Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.”

(Surah al-Baqarah: 184)


Berdasarkan kesemua pendapat mazhab ini, Sheikh Attiyyah Saqr dalam Seen Wa Jeem Lil-Mar’atil-Muslimah (soal jawab muslimah) mengatakan boleh saja memilih salah satu dari pendapat di atas. Namun Dr Yusuf Qaradhawi mengatakan pendapat yang rajih ialah pendapat yang dikemukakan oleh Ibn Abbas R.Anhuma.

Tarjih

Selepas meneliti dalil, kami lebih cenderung kepada pendapat mazhab Syafie dan Hanbali yang menyatakan hendaklah qadha sahaja jika kedua-duanya bimbang terhadap diri sendiri sahaja. Sebaliknya jika juga dibimbangi terhadap anak dan dirinya maka hendaklah diqadha dan membayar fidyah. Pendapat ini juga adalah pendapat jumhur dengan berkata sepertimana kaedah: Hukum memberi makan kekal kepada hak yang tidak mampu berpuasa.

Imam al-Turmuzi berkata: “Dan amalan di sisi ahli ilmu kebanyakannya bahawa perempuan tersebut boleh berbuka dengan memberi makan orang miskin sebagai fidyah dan juga qadha.”

Artikel penuh: Baca SINI


Ibu Mengandung dan Menyusu Anak Tak Wajib Berpuasa???


Menurut Imam Syafie, rukhsah puasa iaitu kelonggaran untuk berbuka puasa kepada ibu menyusu (sama seperti ibu hamil) atas  dua sebab iaitu:-
  1. Risau tentang keselamatan dirinya
  2. Risau tentang keselamatan anaknya


Dari Anas R.A.:

“Rasulullah S.A.W bersabda ‘Sesungguhnya Allah SWT telah mengangkat puasa orang yang bermusafir (bole berbuka) dan telah mengurangkan solatnya (qasar), dan diangkat puasa(boleh berbuka) orang yang hamil dan menyusukan anaknya‘.”

Ibu menyusu yang mengalami kekurangan susu tidak perlu memberikan anaknya formula semata-mata kerana nak terus berpuasa, kerana ibadah di bulan Ramadhan ni bukan semata-mata berlapar dahaga (puasa) tapi ia lebih lagi. Rukhsah juga satu ibadah berdasarkan hadis:

“Sesungguhnya Allah menyukai rukhsah-Nya dilaksanakan sebagaimana Allah membenci maksiat dilakukan” (HR Ahmad)

Akan tetapi, tak semua ibu menyusu yang kurang susu semasa puasa boleh berbuka. Ibu yang wajib meneruskan puasa:
  • Ibu yang dah campur susu, kerana anaknya memang dah minum susu formula.
  • Ibu yang ada stok susu berbotol-botol, kerana anaknya masih ada bekalan susu ibu untuk diminum.


Jadi, bukanlah sewenang-wenangnya ibu menyusu dan mengandung tu tidak berpuasa... Yang pasti hukumnya tetap WAJIB berpuasa... Melainkan jika disahkan doktor dan pakar perubatan... Ibu itu kalau berpuasa adalah mudaratnya kepada diri atau anaknya... Tapi kebanyakan doktor pakar luar negara sekalipun mengesahkan puasa sangat baik untuk diet ibu Mengandung dan menyusu anak... Dan sebenarnya puasa tak buatkan susu ibu terjejas pun bahkan lebih berkualiti... Yang buat susu ibu terjejas mind set kita kata.. puasa buatkan susu sikit.... 


Jangan ambil mudah... Jangan ingat dah bayar fidyah dah lepas dah... Itu khilaf... Sebaiknya, qada'juga... Sebab kadang nafsu kata... Eh.. bayar je la senang.. settle... Bahkan fidyah ni lebih rumit dari zakat... Sebab sebaiknya kita bayar terus kepada orang miskin dengan memberi makanan asasi ikut jumlah hari yang ditinggalkan... Cuma ulama kontemporari mengharuskan ganti dengan duit yang sama nilai... 

Sebelum nak nyatakan hukum... Baik rujuk kepada yang pakar... Jangan jadi macam drama yang viral dulu tu sampaikan mufti kena berfatwa... 

Jadi, kesimpulannya Ibu mengandung dan menyusu wajib Berpuasa seperti mukallaf yang lain ... Cuma diberikan kelonggaran untuk berbuka puasa jika mudarat kepada diri atau anaknya... Jangan salah faham disitu... Semoga bermanfaat...

Hukum Wanita Yang Tak Nak Susukan Anak Dengan Susu Badan Tanpa Sebab!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

WANITA YANG ENGGAN MENYUSUKAN ANAK-ANAKNYA TANPA UZUR


Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

بَيْنَا أَنَا نَائِمٌ إِذْ أَتَانِي رَجُلَانِ، فَأَخَذَا بِضَبْعَيَّ، فَأَتَيَا بِي جَبَلًا وَعْرًا... ثُمَّ انْطَلَقَ بِي، فَإِذَا أَنَا بِنِسَاءٍ تَنْهَشُ ثُدِيَّهُنَّ الْحَيَّاتُ، قُلْتُ: مَا بَالُ هَؤُلَاءِ؟ قَالَ: هَؤُلَاءِ يَمْنَعْنَ أَوْلَادَهُنَّ أَلْبَانَهُنَّ

“Ketika aku sedang tidur, dua orang lelaki mendatangiku dan memegang kedua lenganku, lalu keduanya membawa aku ke gunung yang keras lagi kasar… kemudian aku diperjalankan, tiba-tiba aku di hadapkan kepada para wanita yang payudara mereka di patuk oleh ular-ular. Aku bertanya, “Kenapa dengan mereka itu?” Dia menjawab, ‘Mereka adalah para wanita yang menahan susu-susu mereka terhadap anak-anaknya.” 

(Shahih Ibnu Khuzaimah, no. 1986. Shahih Ibnu Hibban, no. 7491)


Subhanallah...seramnya bila baca hadis ini...jadi wahai ibu-ibu semua...janganlah enggan susukan anak anda semata-mata ingin pasang badan atau malas...susu ibu itu hak anak-anak kita...

Dan hadis ni dinyatakan sahih oleh pakar hadis.. 


Jadi usahakan untuk susukan anak dengan susu badan.. jika tiada susu badan... Pilihan terbaik suami wajib cari ibu susuan, jika tak dapat susuilah anak dengan susu yang sesuai bagi bayi tersebut... Tapi yang terbaik susu badan... Berdosa mak sengaja tak nak bagi hak anaknya... Susu tu hak anak... Jangan tak bagi... Tak payah risau sebab alignment lari ke, nanti badan tak macam awak ke... Asalkan hak anak diutamakan... 

Pesanan buat diri sendiri dan bakal ibu... Jangan jadikan alasan untuk tidak bagi susu badan.. banyak khasiatnya... Bahkan dalam Islam dituntut sangat... Kerana itu ini menyusu mendapat rukhsah istimewa di bulan Ramadhan... Boleh berbuka jika risaukan susu tak ada... 

Dengar-dengar...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


"Seandainya kita membiasakan mendengar perkataan lagha dan melalaikan, kata umpatan, cacian dan makian, lagu-lagu yang liriknya hanyalah memuja kepada sesama makhluk, kalian akan kehilangan rasa kemanisan mendengar ayat-ayat Allah, kelazatan dalam beribadah, kemalasan dalam ketaatan, kelemahan dan kelesuan dalam menghadapi ujian... Lazimkan mendengar ayat Al-Quran di setiap masa, kalian akan rasa keajaiban yang tiada Taranya... Cubalah!!!...."

******************************
Jagalah 👂 kita supaya dengar yang baik-baik sahaja... Kerana itulah tanda kita bersyukur dengan nikmat pendengaran yang diberi... 


29 Mei 2017

51 Soalan Remeh Temeh Tentang Puasa Yang Mungkin Anda Tak Tahu

51 Soalan Remeh Temeh Tentang Puasa Yang Mungkin Anda Tak Tahu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


1) Adakah wajib imsak bagi orang musafir yang berbuka puasa apabila sampai ke tempat tinggalnya (bermastautin/bermukim).
Jawapan: Mengikut pendapat yang lebih rajih tidak wajib berimsak.
**Imsak ialah menahan diri dari makan dan minum.

2) Adakah sah puasa bagi mereka yang tertidur semasa sahur sehingga waktu maghrib?
Jawapan: Sah puasa.

3) Adakah perempuan yang haid wajib berimsak?
Jawapan: Perempuan yang haid haram berimsak sebagaimana dia haram bersembahyang.

4) Adakah batal puasa seseorang yang terkeluar mani dengan sebab khayalan?
Jawapan: Sekiranya bila dia berkhayal biasa keluar mani maka batal puasanya, kalau biasanya dia berkhayal tidak keluar mani maka tidak batal puasanya.

5) Kanak-kanak yang belum baligh adakah wajib berimsak dan qada puasanya?
Jawapan: Tidak wajib berimsak dan tidak wajib qada.

6) Orang yang tidak berpuasa kerana tidak berniat malam dan orang yang membatalkan puasanya, adakah boleh makan/minum dan lainnya?
Jawapan: Wajib mereka berimsak iaitu menahan diri dari makan minum dan perbuatan yang membatal puasa, walaupun mereka tidak berpuasa.

7) Seseorang yang keluar dari kampungnya setelah fajar kerana musafir, adakah harus bagi mereka berbuka puasa?
Jawapan: Tidak harus berbuka bahkan wajib disempurnakan puasanya.

8 ) Apakah hukum yang dikenakan kerana berzina pada bulan puasa.
Jawapan: Hukumnya batal puasa dan dikenakan kifarat ke atas kedua-duanya sekali (lelaki dan perempuan).

9) Seseorang yang telah menyediakan makanan untuk makan sahur, kemudian dia terjaga selepas fajar, adakah sah puasanya pada hari itu?
Jawapan: Sah puasa dengan penyediaan sahurnya kerana penyediaan sahur itu dianggap sebagai telah berniat.

10) Seorang perempuan putus haid di siang hari adakah wajib dia berimsak.
Jawapan: Sunat berimsak.

11) Adakah sah puasa orang yang bersahur yang berat sangkanya (syak), masuk waktu subuh.
Jawapan: Sah puasanya selagi dia tidak yakin masuk waktu subuh dan sekiranya yakin, tidak sah puasanya dan diwajibkan qada.

12) Adakah wajib qada’ puasa yang ditinggalkan semasa dia gila).
Jawapan: Tidak wajib qada’ puasa tersebut.

13) Adakah sah puasa seseorang yang biasanya apabila melihat bangkai dia muntah, tetapi sengaja dilihatnya?
Jawapan: Tidak sah puasanya tetapi sekiranya tidak sengaja, maka tidak batal puasanya.

14) Adakah sah puasa orang yang berbuka dengan syak masuk waktu maghrib?
Jawapan: Tidak sah puasanya.

15) Apakah hukum menggosok gigi pada bulan puasa?
Jawapan: Hukumnya sunat dia menggosok gigi sebelum gelincir matahari dan makruh selepas gelincir matahari.

16) Adakah batal puasa termuntah dengan sebab menggosok gigi?
Jawapan: Tidak batal kecuali mereka yang biasanya muntah apabila menggosok gigi dan sengaja dia menggosoknya.

17) Apakah hukum meneruskan puasa dua hari berturut-turut atau lebih dengan tidak berbuka?
Jawapan: Haram berpuasa dengan tidak berbuka.

18) Apakah hukum cabut gigi dan berbekam ketika berpuasa?
Jawapan: Hukumnya makruh.

19) Apakah hukumnya seseorang yang tidak dapat berpuasa pada Ramadhan kerana sakit yang berkekalan dan mati selepasnya?
Jawapan: Tiada hukum ke atasnya dan begitu juga warisnya.

20) Seseorang yang meninggal dunia, puasanya sudah diqada, tetapi fidyahnya belum dibayar lagi. Adakah fidyahnya bertambah?
Jawapan: Fidyahnya tidak bertambah.

21) Seseorang yang terdengar azan subuh ketika bersahur, adakah sah puasanya?
Jawapan: Sah puasanya dan hendaklah berhenti makan serta merta dan terus buang makanan yang ada dalam mulutnya.

22) Seseorang yang terkeluar sesuatu dari tekaknya kemudian dia menelannya, adakah batal puasanya?
Jawapan: Batal puasanya.

23) Air liur yang terkumpul dalam mulutnya kemudian ditelan, adakah batal puasanya?
Jawapan: Tidak batal puasanya kerana air liur datang dari mulut tidak datang dari rongganya.

24) Air liur yang bercampur dengan sesuatu yang lain seperti darah atau makanan kemudian ditelan, adakah batal puasa?
Jawapan: Batal puasanya.

Sumber: google images


25) Apakah hukum orang yang berpuasa yang makan dengan terlupa kemudian teringat kembali yang dia berpuasa?
Jawapan: Sah puasanya kerana itu adalah rezeki daripada allah. Sabda rasulullah bermaksud: “sesiapa yang makan atau minum dengan keadaan terlupa, maka jangan berbuka puasa maka sesungguhnya itu adalah rezeki yang diberi oleh allah kepadanya.”

26) Adakah boleh orang yang berpuasa menggunakan kanta lekap?
Jawapan: Boleh.

27) Orang yang berpuasa yang melakukan dua kali persetubuhan dalam satu hari. Adakah dikenakan dua kifarat?
Jawapan: Dikenakan satu kifarat saja.

28) Apakah hukumnya bagi perempuan yang mengandung atau perempuan yang menyusukan anak membatalkan puasanya?
Jawapan: Harus membatalkan puasa tersebut itu dua sebab:-
Kerana keuzuran dirinya sendiri.
Kerana menjaga kesihatan anak.
Keterangan:
Jika berbuka puasa kerana menjaga kesihatan dirinya wajib qada saja.
Kalau berbuka puasa kerana mahu menjaga kesihatan anak bukan dirinya, wajib qada dan fidyah sekadar satu cupak beras sehari.
Kalau berbuka puasa kerana menjaga diri dan anak wajib qada saja.

29) Adakah wajib qada puasa yang ditinggalkan ketika dia gila?
Jawapan: Tidak wajib qada puasa itu.

30) Apakah hukum orang tua yang tidak boleh berpuasa kerana tua atau orang tidak terdaya berpuasa kerana sakit berpanjangan.
Jawapan: boleh berbuka puasa dan hendaklah memberi fidyah secupak beras (675 gram); bagi setiap hari yang ditinggalkan dan tidak dikena qada’ ke atasnya.

31) Adakah harus qada puasa kepada si mati yang meninggalkan puasanya sebulan dengan diqadakan puasanya oleh 30 orang selama satu hari.
Jawapan: Harus dan sah.

32) Orang yang tidak berdaya puasa bolehkah diqadakan puasa untuknya?
Jawapan: Tidak boleh diqadakan puasa kepada orang yang masih hidup.

33) Bolehkah dibayar fidyah 10 cupak kepada seorang atau mesti diberi secupak seorang untuk 10 orang?
Jawapan: Boleh diberi kepada satu orang atau 10 orang.

34) Adakah sah puasa seorang yang dalam haid dan nifas berniat puasa ramadhan pada malam hari pada kebiasaannya haid dan nifasnya suci sebelum subuh pada hari tersebut.
Jawapan: Sah niatnya sekiranya suci/nifasnya sebelum fajar.

35) Adakah sah puasa bagi orang yang tidak mandi hadas besar.
Jawapan: Sah puasa.

36) Adakah batal puasa bagi orang yang berpuasa memasukkan ubat ke dalam matanya.
Jawapan: Sah puasanya kerana mata itu bukan anggota rongga walaupun terasa di tekak.

37) Adakah batal puasa seseorang yang berpuasa menyuntik dengan ubat yang mengenyangkan.
Jawapan: Batal puasa.

38) Adakah batal puasa apabila termasuk air ke dalam rongga ketika berkumur-kumur di masa wuduk.
Jawapan: Tidak batal puasa kecuali melampaui batas ataupun melebihi tiga kali (kali ke empat).

39) Adakah sah puasa bagi orang yang pitam.
Jawapan: Sah puasa kecuali pitam yang sepanjang hari iaitu terbit fajar hingga terbenam matahari.

40) Adakah pahala membaca al-quran dan bersedekah di bulan ramadhan berganda dari bulan-bulan yang lain?
Jawapan: Pahala membaca ai-quran dan bersedekah dibulan ramadhan adalah berganda.

41) Hukum puasa orang yang terkentut dalam air?
Jawapan: Puasanya sah kerana terkentut dalam air tidak membatalkan puasa.

42) Hukum mencantumkan puasa qadha’ dengan puasa sunat?
Jawapan: Hukumnya harus bahkan setengah ulama’ mengatakan sunat.

43) Adakah fidyah puasa boleh diberi kepada anak yatim?
Jawapan: Tidak boleh diberi kepada anak yatim. Yang berhak menerima fidyah puasa ialah kepada fakir miskin.

44) Jika seseorang berpuasa tetapi masih berpegangan tangan, berpeluk walhal masih belum berkahwin adakah puasanya terbatal? 
Perbuatan berpegangan tangan berpelukan antara lelaki dan wanita yang belum berkahwin adalah berdosa. Perbuatan tersebut boleh membawa kepada maksiat yang lebih besar iaitu zina. Jika mereka keluar mani hasil
daripada perbuatan tersebut (berpegangan tangan dan berpeluk), maka puasa mereka batal dan mereka wajib menggantikan puasa yang batal itu.

45)  Batalkah puasa iaitu, "Berniat berbuka atau membatalkan puasa sebelum waktu".
Adakah seperti kita berniat puasa juga cuma bezanya ia adalah untuk membatalkannya? Atau adakah dengan lintasan dalam hati sahaja sudah cukup membuatkan puasa saya terbatal.?
Berniat untuk berbuka/membatalkan puasa tidak menyebabkan puasa seseorang itu terbatal. Puasanya akan terbatal sekiranya dia mengambil makanan ataupun melakukan sesuatu yang membatalkan puasa.

46) Saya bekerja di stesen minyak, pada bulan puasa in kami membuka stesen mini mart stesen minyak kami dan menjual makanan kepada orang islam yang tidak berpuasa. apakah hukum kepada perkara tersebut.
Mengenai hukum membuka mini mart dan menjual makanan kepada orang islam yang tidak berpuasa adalah haram hukumnya. Dihukumkan haram adalah kerana orang Islam diharamkan mengambil/memakan sebarang makanan dan minuman pada siang hari pada bulan ramadhan. Oleh yang demikian, menjual makanan kepada mereka yang diharamkan makan juga turut dihukumkan haram. Wallahu 'alam.

47) Batal kah puasa kita, jika kita memasukkan jari kedalam kemaluan belakang kita dengan niat ingin membersihkan dubur kita setelah membuang air besar?
Sekiranya perkara tersebut dilakukan semata-mata untuk membersihkan najis ia tidaklah membatalkan puasa.

48) Saya tak terbangun makan sahur dan niat puasa selepas waktu imsak adakah sah atau tidak ?
Sah puasa yang dikerjakan walaupun berniat selepas waktu imsak.

49) Apakah hukumnya makan pil perancang untuk melewatkan darah haid turun untuk meneruskan puasa di bulan puasa?
Dilarang kepada wanita memakan pil perancang dengan tujuan berkenaan kerana ia akan memberi kemudharatan kepada kesihatan individu tersebut.

50) Benarkah pap smear tidak membatalkan puasa?
Batal puasa apabila memasukan sesuatu dalam rongga terbuka seperti kemaluan depan dan belakang.

51) Saya selalu selsema, selain menghembus saya juga tarik ke dalam, batalkah puasa saya? 
Hingus yang keluar dari rongga hidung apabila disedut semula ke dalam hidung batal puasanya.

Sumber: internet dan pengalaman penulis

Biasa dapat soalan pelik-pelik bulan puasa ni dari anak murid... Jadi, cikgu kena advance .. kena korek ilmu dulu sebelum jelaskan... Berikut jawapan ringkas yang tak disertakan dalil... Jika ada sebarang kemusykilan boleh nyatakan diruangan komen.. Insha Allah.. MF akan cuba jawab.

Only 30 Days Can Delete 360 Days!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Only 30 Days Can Delete 360 Days! | Baca  tajuk, macam pening... Tapi MF cuma nak kongsikan... Kelebihan orang yang berpuasa Ramadhan... Tapi puasa yang bukan sekadar puasa... Tapi puasa semata-mata kerana Allah... Sungguh-sungguh kerana Allah.. bukan sebab nak kurus... Bukan sebab jimat dan sebagainya... 

Sumber: Google images

Puasa Ramadhan Menghapuskan Dosa Setahun Yang Lalu


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa Ramadan kerana iman dan penuh keikhlasan (mengharap rahmat Allah), maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu". (HR Bukhari No: 37) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Berpuasa  atas dasar iman ialah melaksanakan ibadat puasa  dengan meyakini akan kewajipan melaksanakan ibadat puasa kerana perintah Allah.

2.  Ihtisab adalah melakukan ibadat puasa dengan ikhlas, menyempurnakan ibadat puasa dengan memelihara perkara yang boleh merosakkan puasa dan hanya mengharap pahala dari Allah. Tidak merasa berat melaksanakannya dan tidak hanya sekadar mengikuti kebiasaan orang sekitar.

3.  Puasa yang dilakukan atas dasar keimanan dan penuh keikhlasan akan menjadi penghapus dosa-dosa yang lalu (dosa kecil). Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ مَا اجْتُنِبَتْ الْكَبَائِرُ

“Solat lima waktu yang didirikan, satu Jumaat ke Jumaat yang berikutnya dan satu Ramadan kepada Ramadan yang berikutnya maka akan menghapuskan dosa-dosa antara keduanya selama mana dijauhi dosa-dosa besar".( HR. Ahmad No: 8830) Status Sahih

Semoga ibadat Puasa yang dilaksanakan bersungguh-sungguh akan menjadi instrumen menghapuskan dosa-dosa kita setahun yang lalu.

Sumber: Telegram Channel

Renungan
Jangan beribadah kepada Allah swt kerana inginkan ganjaran keduniaan seperti solat dhuha untuk kaya dunia, baca surah al-Waqiah untuk bisnes maju, tahajjud untuk laris produk, jemput rezeki dan sebagainya. Sebenarnya itulah satu bentuk tipudaya Iblis, sehingga matlamat dunia menjadi utama, akhirat menjadi kedua. 

JUSTERU, beribadahlah kepada Allah swt agar diredhaiNya dan diberikan KAYA JIWA, kerana mereka yang diredhaiNya akan dicukupkan. Anggaplah pemberian dan ganjaran Allah jika dinikmati didunia itu adalah kejutan dan matlamat 'secondary' sahaja. Bukan yang utama dalam fikiran dan niat.
Kredit: DrZaharuddinAbdRahman-

28 Mei 2017

Makanan Berbuka Yang Terbaik?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Makanan Berbuka Yang Terbaik? | Dah tak lama lagi dah nak berbuka... Di Sabah dan Sarawak dah berbuka dulu la kan..

Apa menu berbuka hari pertama puasa ni??? Mesti macam-macam juadah kan... Kami sederhana sahaja... Sebab hari pertama puasa agak lepak... Tambah melayan anak-anak yang kurang sihat.. takpe... Redha... Pahala Allah nak bagi lebih terima aje ...

Baik... MF nak kongsikan...

Menu berbuka yang terbaik...

Ikut sunnah Nabi SAW:

Riwayat “berbuka dengan rutab, jika tiada maka dengan kurma, jika tiada maka dengan air” sanadnya DHA’IF, kerana perawinya Ja’far bin Sulayman bersendirian meriwayatkan lafaz “rutab” dari Thabit al-Bunaniy dari Anas RA, dan beliau banyak meriwayatkan "manakir" dari Thabit sebagaimana yang disebut ‘Aliy bin al-Madiniy.

Melebihkan rutab dari kurma riwayatnya dikritik ramai ilmuwan hadis seperti Abu Zur’ah al-Raziy, Abu Hatim al-Raziy, al-Tirmidziy, al-Bazzar dan lain-lain.

Riwayat yang sahih ialah Nabi SAW berbuka dengan kurma (samada jenis rutab atau selainnya). Jika tiada, maka berbukalah dengan air. Jika tiada air, berbukalah dengan apa-apa sahaja.

buah kurma

Persoalan: Jika seseorang itu mempunyai kurma di rumah, namun ketika azan maghrib dia masih dalam perjalanan balik dari tempat kerja dan hanya mempunyai gula-gula sahaja untuk berbuka, adakah lebih baik untuknya menangguhkan iftar sehingga sampai ke rumah supaya dapat berbuka dengan kurma atau berbuka sahaja dengan gula-gula tersebut?

Berbukalah dengan apa sahaja yang ada, kerana menyegerakan berbuka itu lebih utama. Nabi SAW bersabda mafhumnya: “Umatku sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka” [Riwayat al-Bukhariy & Muslim].

Jika tiada apa-apa di sampingnya untuk dimakan dan diminum, niatkan sahaja berbuka demi merebut ganjaran hadis tersebut.
Sumber: Facebook

Apa beza Rutab dan tamar?

Tamr ialah kurma kering yang banyak dijual di Malaysia... antara fungsi dan khasiatnya ialah untuk menguatkan sel-sel usus dan dapat membantu melancarkan saluran kencing karena mengandungi serabut-serabut yang bertugas mengawal laju gerak usus dan menguatkan rahim terutama ketika melahirkan.


jenis kurma
Sumber: google images

Ruthab pula ialah kurma basah. Kurma ni jarang ada kat Malaysia. Antara khasiatnya mencegah terjadi pendarahan bagi perempuan-perempuan ketika melahirkan dan mempercepat proses pengembalian kesihatan rahim seperti sedia kala sebelum waktu hamil.

Jadi, tak kisah kurma basah atau kering, keduanya ada khasiat tersendiri dan sememangnya ianya makanan sunnah... Dalam buah kurma ada barakah... Buktinya bila kita rasa tak selera nak makan... cukup ambil kurma 3 biji .. insha Allah tenaga kita pulih macam cukup makan dan cukup minum.. Jadi, jom amalkan makan kurma sama ada dibulan Ramadhan ataupun tidak...  dan bagi yang bekerja, standby kurma dalam kereta supaya dapat ambil kedua-dua sunnah... iaitu mempercepatkan waktu berbuka dengan buah kurma... kan banyak pahala tu... Lagipun buah kurma buah yang senang dibawa, tak mudah rosak dan tahan lama jika kena cara simpannya... Jom amalkan sunnah untuk pahala berganda ...
Rutin Amalan Orang Cemerlang Dalam Puasa Ramadhan

Rutin Amalan Orang Cemerlang Dalam Puasa Ramadhan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

RUTIN IBADAT HARIAN MUKMIN DI BULAN RAMADHAN.

4.00 PAGI

1. Bangun tidur dan baca doa. 
2. Berniat untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan pada hari ini. 
3. Mandi dan membersihkan diri. 
4. Mengambil wudhu' dan memakai pakaian yang suci dan wangian.

4.30 PAGI

1. Solat sunat Taubat (التوبة) 2 rakaat. 
- Angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. - Menangislah menyesali dosa-dosa lalu. 
2. Solat sunat Tahajjud 2/4 rakaat. 
– Selepas solat, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
3. Solat sunat Hajat 2 rakaat. 
- Ketika sujud terakhir sertakan di dalam hati segala hajat ‘DUNIAWI & UKHRAWI. 
4. Solat sunat Witir 3, 5, 7, 9 ATAU 11 rakaat.
5. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita dan menerima amalan kita. 
6. Baca dan tadabburlah Al- Quran. 
7. Berzikir.

5.15 PAGI 

1. Makan sahur.
2. Bersiwak atau mengosok gigi dan membersihkan mulut.

5.30 PAGI 

1. Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat/berzikir. 
2. Solat sunat Subuh, solat Subuh berjemaah dan berwirid atau membaca ma’thurat. 
3. Baca dan tadabburlah Al-Quran.

10.00 PAGI

1. Sembahyang sunat Dhuha 2/4/6/8 rakaat. 
2. Bersedekah harta/tenaga. 
3. Baca dan tadabburlah Al-Quran walaupun beberapa ayat sahaja.

1.00 tengahari

1. Bersiap untuk solat Zohor. 
2. Menunggu waktu solat dengan berselawat/berzikir.
3. Solat Zohor berjemaah. 
4. Laksanakan juga solat sunat Rawatib. 
5. Baca dan tadabburlah Al-Quran.

4.30 PETANG

1. Bersedia untuk solat Asar. 
2. Laksanakan solat sunat Qabliyah. 
3. Solat Asar berjemaah. 
4. Berwirid atau membaca ma’thurat. 
5. Baca dan tadabburlah Al-Quran.

5.30 PETANG

1. Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih serta tidak membazir dan boros. 
2. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!

7.00 PETANG

1. Siap sedia anak isteri untuk berbuka puasa. 
2. Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah saat dimustajabkan doa. 
3. Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak. Solat Maghrib berjemaah.

8.00 MALAM

1. Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Tarawih 
2. Bacalah Al-Quran dengan penuh tadabburتدبر , seeloknya baca dengan bertadarus (seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatam-kan Al-Quran.

11.00 MALAM

1. Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur. 
2. Berniatlah untuk puasa esok hari . 
3. Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah. 
4. Bacalah doa tidur. 
5. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

Semoga bermanafaat.
Sumber: Telegram

Kalau tengok amalan ni takde lebihnya... Biasa sahaja... Tapi kalau dapat buat semua... Indahnya... Zaman sebelum kahwin dapat la MF buat macam ni... Ramadhan yang penuh pengisian... Alhamdulillah... Rasa tak ralat sangat bila dah kahwin tak dapat nak penuh amalan begini... Yakin... Jaga anak... Layan suami... Memasak juga dapat pahala yang berganda untuk Ramadhan ini... InshaAllah...

27 Mei 2017

GIVEAWAY RAYA BY MYA & FRIENDS

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Selamat berpuasa untuk semua pembaca myafarisha.com yang disayangi. Sempena Ramadhan dan Syawal yang sememangnya dekat sangat dengan kita, Mya dengan usahasama rakan-rakan AFB (Auto Feed Blog) membawakan Giveaway Raya, istimewa untuk anda. Ada RM 240 untuk awak cuba rebut dan menang. Syarat-syarat pun mudah sahaja. Tak mahu borak panjang, kita usha syarat dan hadiah kat bawah.


Syarat :
↳ Malaysian Blogger
↳ Follow Instagram kami : Mya | Ain | PapaG | KG | Unni | Farah
↳ Follow / Add FB kami : Mya | Ain | PapaG | KG | Unni | Farah
↳ Follow Google+ kami : Mya | Ain | PapaG | KG | Unni | Farah
↳ Follow blog kami : Mya | Ain | PapaG | KG | Unni | Farah
↳ Buat satu entri bertajuk : GIVEAWAY RAYA BY MYA & FRIENDS
↳ Copy and Paste code di bawah dalam HTML and Publish.

↳ Tinggalkan link entri dalam bahagian komen
↳ Selesai

*kalau awak tak ada Instagram atau FB, please do mention it dalam entry*

Hadiah :
💕 Tempat pertama : RM 100
💕 Tempat kedua : RM 70
💕 Tempat ketiga : RM 50
💕 Tempat keempat : RM 20

So, jangan tunggu lama-lama. Bermula hari ni sehingga 19 Jun nanti.
Cepat-cepat join sekarang. Klik je banner kat atas tu. Muah cikitt.

Menu Istimewa Iftar Bulan Ramadhan | Resepi Tepung Torak

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Menu Istimewa Iftar Bulan Ramadhan | Resepi Tepung Torak | Hari ni hari pertama puasa... Tapi dah teringat menu feveret air tangan mak di kampung... menu ni istimewa sebab hanya buat di bulan puasa... di bulan-bulan lain tak pula rasa nak makan...  Dan bertambah special menu ni takde jual di kedai apatah lagi bazar Ramadhan. 

Menu yang jadi kegemaran MF dan adik beradik yang lain waktu berbuka puasa ialah tepung torak... Nama pelik kan.. mungkin janggal orang tak pernah tahu jenis makanan ni.. Tapi tepung torak ni sejenis kuih yang manis sebagai pembuka mulut ketika iftar... 

tepung torak

Tak tahu nak kata, apa istimewanya menu ni.. tapi setiap kali puasa memang minta mak buatkan... Walaupun MF dah berkahwin tapi masih nak makan kuih ni... Pernah tahun-tahun lepas masa adik MF belajar di Sg.Buloh, MF kirim kat adik minta mak buatkan... Rasa macam tak lengkap puasa sebulan kalau tak dapat rasa kuih ni... hehe... 

OK, kuih ni tak susah nak membuatnya... MF tahu resepinya... tapi MF tetap nak rasa air tangan mak...

Menu Istimewa Iftar Bulan Ramadhan | Resepi Tepung Torak


Bahan-bahannya:
  • Tepung gandum
  • Gula perang
  • Gula putih
  • Santan
  • Sedikit Garam
  • Daun pisang yang siap dibentukkan macam sarung camtu...
    • Cara nak buat sarung dari daun pisang tu... Balut daun pisang pada botol atau batang kayu... Kemudian ikat mati pada hujungnya... Dan satu hujung lagi biarkan terbuka untuk isi adunan tepung tu nanti.

Cara Buat Adunan
  • Masukkan kesemua bahan dan gaul sebati.. Bancuhan jangan terlalu pekat atau cair...
  • Dah bancuh.. Isilah adunan tu dalam sarung daun pisang tu... Kalau tak tahu buat, boleh juga gantikan sarung tu dengan plastik ais krim... Cuma tak wangi macam guna sarung daun pisang tu.
  • Dah siap isi adunan, rebus dalam air mendidih di dalam Khind Multi Cooker MC12S... Dalam 10-15 minit...Angkat dan toskan...
tepung torak

Bagi memudahkan kita memasak Tepung Torak ini, kita boleh guna Khind Multi Cooker dari Lazada Malaysia... Tak perlu guna periuk biasa dan rebus atas api lagi... Khind Multi Cooker ini boleh merebus dan juga mengukus... Jadi, kalau tepung torak kita dah sejuk, boleh panaskan semula dengan cara steam dengan menggunakan Khind Multi Cooker juga... Mudah dan senang kan...

resepi untuk berbuka puasa



ramadhan raya 2017

Untuk pengetahuan semua, sempena menyambut Ramadhan pada tahun ini Lazada Malaysia telah buat promosi untuk bulan menyambut Ramadhan iaitu Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya sale yang akan bermula dari 19 Mei 2017 sehingga 30 June 2017. Kalau korang masuk jer website Lazada Malaysia korang akan nampak banyak diskaun yang menarik sehingga 90%. Memang rambang mata dibuatnya... contohnya seperti Khind Multi Cooker ni... hingga 59% diskaun..

blogger contest

Khas buat blogger Malaysia. Jom sertai Ramadhan Raya Blogger Contest dan menangi pelbagai hadiah sehingga RM10,000. Contest ini dari 19 Mei - 23 June 2017. Jom cepat-cepat join. Mana tahu rezeki semepena Raya tahun ini. Untuk join contest sila layari website www.lazada.com.my/blogger-contest/. Good luck blogger!!!

Betul Ke Syaitan Kena Ikat di Bulan Ramadhan?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

ADAKAH BENAR SYAITAN DIBELENGGU SEPANJANG BULAN RAMADHAN??????


قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ شَهْرُ رَمَضَانَ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Apabila bulan Ramadhah datang, maka pintu-pintu langit dibuka sedangkan pintu-pintu jahannam ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu".

Hadis sahih Bukhari No.1766.

Namun ulamak berbeza pendapat, syaitan mana yang akan diikat dan dibelenggu.  Adakah semua syaitan?


syaitan diikat bulan ramadhan
Sumber: google images

Dr Rozaimi Ramle menjawab ada 2 pendapat iaitu:

1. Semua syaitan.

2. Hanya syaitan yang ganah sahaja di ikat berdasarkan hadis dibawah:

إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ صُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ وَفُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ

“Apabila tiba saja malam pertama bulan Ramadhan, dibelenggulah syaitan-syaitan dan jin-jin yang ganas (yang besar). Pintu-pintu Neraka ditutup dan tiada satu pun terbuka. Pintu-pintu Syurga pula dibuka dan tiada satu pun yang tertutup.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 3/103, no. 618. Ibnu Khuzaimah, 3/188, no. 1883. Dinilai hasan oleh al-Albani)

3. Dibelenggu itu hanya "simbolik" kerana keadaan orang-orang yang berpuasa pada masa itu amat lemah dan syaitan tak mampu menggoda mereka.

Dr Rozaimi berpegang pendapat yang kedua kerana hadis itu sahih.

Tapi ustaz, ada je orang-orang yang masih dan kekal macam tak berubah pun?

Dr Rozaimi menjawab jika orang itu sudah "terbiasa" membuat kerja tak baik, maka dia akan terus menjadi hamba kepada syaitan. A’udzubillahi.

Wallahua'lam
Sumber: Telegram

Kerana itu, sebelum Ramadhan berusaha untuk tinggalkan perkara yang tidak baik... supaya tak jadi hamba syaitan... Sebelum puasa, kurangkan bercakap... jaga lidah, elakkan mengumpat... jaga jari, supaya tak aibkan orang.. Jadi, bila dah tak buat.. insya Allah bulan puasa kita pun terpelihara dari perbuatan yang sia-sia.. insha Allah. 

26 Mei 2017

Cara Solat Tarawih di Rumah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


CARA SOLAT TARAWIH DI RUMAH.

Sejak jadi mak, memang dah tak jejak masjid atau surau semata-mata nak solat sunat tarawih.... solat aje di rumah... tak susah solat tarawih ni... cuma yang  jadi susah sebab kita yang susahkan.

Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Jadi, solat Isya' panjang waktunya.. tak semestinya lepas solat Isyak terus kena solat terawih... Tak... Fleksibel masanya sebab panjang... Contohnya terjaga tengah malam... Lepas tidokan anak ke kan... Solatlah... Asalkan solat isya' dulu lah... Dan sebelum sahur lah sebaiknya... 

Mudahnya nak beribadah.. jangan sedih kalau tak dapat ikut buat terawih di masjid. 

Siapa yang digalakkan buat solat terawih di rumah ni??? Solat terawih ni dibolehkan bagi mereka yang:

● wanita yang ada anak yang masih kecil, jadi agak sukar nak bawak si kecil bersama ke masjid.

● ibu bekerja yang sudah seharian bekerja di pejabat dan pulang menyambung tanggungjawab di rumah pula.

● mereka yang uzur atau sakit tak dapat ke masjid atau surau untuk berjemaah.

● Solat Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Jadi bolehlah ibu berehat atau menunggu si kecil tidur dahulu... sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.


cara solat tarawih di rumah

Bagi yang baru nak belajar solat tarawih dirumah, boleh ikut cara mudah ini... 

CARA SOLAT SUNAT TARAWIH DI RUMAH


● Niatnya  :
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

● Bilangan rakaat buatlah yang termampu.  Paling ringkas buat 11 rakaat, 8 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya.  Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.

● Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat. 

● Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

SOLAT SUNAT WITIR

Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.

Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja. 

Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat-solat sunat yang lain.

● Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"

● Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

● Zikir Selepas Solat Witir
سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ  [3x]

● Doa Solat Witir
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.

Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..

Sangat lah mudah..tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke masjid. Selepas anak-anak dah tidur dan selepas berehat, bolehlah kita mulakan. Jom sama-sama berubah ke arah yang lebih baik..kalau tahun lepas langsung tak dapat buat solat tarawih, tahun ni kita usaha buat. Tak dapat banyak sikit pun jadilah... 

SEMOGA BERMANFAAT.

Ramadhan Bulan Untuk Berpesta!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ramadhan Bulan Untuk Berpesta! | Ramadhan... Antara bulan yang diingati semua dalam kalender Islam... Bulan lain tak ingat. Tapi bulan Ramadhan, Syawal antara dua bulan popular dalam kalender Islam... Bulan ni memang sentiasa diingati orang... 

Pernah ingat Ramadhan sebab dekat nak raya... Pernah ingat Ramadhan sebab banyak jualan di bazar Ramadan... Orang ingat Ramadhan sebab ada tarawih... Orang Ramadhan bila ada iklan kurma Yusof Taiyoob... Macam-macam dengan orang ingat Ramadhan ni.. tahukah kita Ramadhan ni bulan pesta untuk orang Islam... Setahun sekali je datang pesta ni.. bagi orang beriman bulan Ramadhan sangat ditunggu-tunggu bagaikan pesta yang meriah... Kerana Ramadhan ada pesta ibadah bagi orang yang beriman... Bulan untuk lipat gandakan ibadah dan pahala sebanyak mungkin. 



Ramadan Bulan Ibadah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ

Dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu, bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Bila bulan Ramadan tiba, maka dibukalah pintu-pintu syurga, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan pun dibelenggu." (HR Muslim No: 1793) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

Apabila Ramadan menjelang, Rasulullah SAW mengingatkan para sahabat agar bersedia dengan kedatangan bulan Ibadah:

1.  Ramadan adalah bulan yang diwajibkan keatas umat Islam berpuasa.

2.  Ramadan adalah bulan Syiam (berpuasa di siang hari) dan Qiam (menghidupkan malam dengan solat sunat, tilawah al-Quran, zikir, doa). 

3.  Ramadan adalah bulan ibadah dimana dibuka pintu-pintu syurga.  Mereka yang terus melaksanakan belbagai perbuatan yang mengandungi ibadah atau kebaikan akan  menyediakan  dengan rahmah Allah untuknya masuk ke dalam syurga.

4.  Pintu neraka ditutup di bulan Ramadan. Ertinya, dengan kehadiran bulan Ramadan yang, kita dianjurkan  untuk memperbanyak amal kebaikan maka dengan sendirinya perbuatan yang tidak baik (maksiat) dihindarkan. Dengan demikian, maka tidak ada lagi kesempatan untuk bermaksiat, dengan itu tertutuplah pintu-pintu neraka.

5.  Bulan Ramadan dipermudahkan kepada umat Islam melaksanakan ibadah kerana syaitan telah dirantai atau dibatasi pergerakkannya untuk mengganggu.

Ayuh kita menyediakan diri dengan bersungguh-sungguh untuk menemui Ramadan yang dijangka akan bermula pada hari esok. Ahlan Ya Ramadan. 

Jom kita jadikan Ramadhan ini pesta ibadah yang terindah buat kita.. pesta seolah-olah inilah Ramadhan terakhir untuk kita... 

Selamat menyambut Ramadhan buat semua umat Islam di seluruh dunia... 

25 Mei 2017

Pahala Buat Suami Yang Suap Makanan Ke Mulut Isteri

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pahala Buat Suami Yang Suap Makanan Ke Mulut Isteri | Bila Kali terakhir suami suap isterinya makan??? Adakah waktu makan beradap masa hari persandingan? Jika begitu.. rugilah sang suami... Kerana tak merebut pahala yang banyak bagi suami yang suap isterinya makan... 

Renungkan hadis ini... 

عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ أَنَّهُ أَخْبَرَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّكَ لَنْ تُنْفِقَ نَفَقَةً تَبْتَغِي بِهَا وَجْهَ اللَّهِ إِلَّا أُجِرْتَ عَلَيْهَا حَتَّى مَا تَجْعَلُ فِي فَمِ امْرَأَتِكَ

Dari Sa'd bin Abu Waqash RA bahwasanya dia mengkhabarkan, bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya, tidaklah kamu menafkahkan suatu dengan  mengharap reda Allah kecuali kamu akan diberi pahala termasuk sesuatu yang kamu suapkan ke mulut isterimu".(HR Bukhari No: 54) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap pemberian suami ke atas isterinya dengan mengharap reda Allah akan tetap mendapat ganjaran pahala.

2.  Pemberian suami ke atas isteri seperti makan minum, pakaian dan tempat tinggal adalah suatu kewajipan. Setiap yang diberi kepada isteri termasuk menyuapkan makanan ke mulut isteri akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah. Sabda Rasulullah SAW:

ولهنَّ عليكم رزقُهن وكسوتُهنَّ بالمعروفِ

“wajib bagi kalian (para suami) memberikan rezeki (makanan) dan pakaian dengan baik kepada mereka (para isteri)” (HR. Muslim No:1218)

Juga hadis yang diriwayatkan dari Muawiyah Al-Qusyairi:

قلت: يا رسول الله! ما حقُّ زوجة أحدِنا عليه؟ قال: أن تُطعِمَها إِذا طَعِمْت، وتَكْسُوَها إِذا اكتسيت، ولا تضربَ الوجه، ولا تُقَبِّحَ، ولا تهجرَ إِلا في البيت

Aku berkata: Wahai Rasulullah, apa yang berupa  hak isteri yang wajib kami tunaikan?’. Baginda bersabda: ‘engkau beri ia makan jika engkau makan, engkau beri ia pakaian jika engkau berpakaian, dan jangan engkau memukul wajahnya, jangan mencelanya, dan jangan memboikotnya kecuali di rumah” (HR. Abu Daud No: 2142) Status: Hasan.

3.  Para suami wajib menunaikan hak isteri yang menjadi tanggungjawabnya seperti makan minum, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya.



Maksud hadis ini ialah memberi nafkah zahir iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal... 

Tapi kalau suami selalu melazimi menyuap makanan ke mulut isteri lagi bertambah pahala... 

Jadi, banyak pahala suami suap isteri makan... Memang terang-terangan bagi nafkah makan tu namanya.. jangan jadikan suap isteri pada hari makan beradab itu yang terakhir... Jadikanlah amalan dalam kehidupan berumahtangga agar hubungan suami isteri kekal bahagia hingga ke syurga... 

Jalan yang Lurus!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Jalan Yang Lurus

Memohon Petunjuk Daripada Allah.

Setiap kali kita menunaikan solat, kita akan memohon kepada Allah agar diberikan petunjuk jalan yang lurus. Mungkin ada yang tak sedar tapi jalan yang lurus itu kita minta dari Allah setiap kali solat... Sebanyak 17 kali kita baca sehari semalam.. doa memohon jalan yang lurus itu ada dalam surah Al-Fatihah... 

Tetapi, apakah kita tahu apa itu yang dimaksudkan dengan "jalan yang lurus"?. 

Mari kita selidiki apa yang ditafsirkan oleh Almarhum Prof Dr Hamka di dalam tafsir al quran agungnya iaitu Tafsir Al Azhar.

Firman Allah SWT :
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
[Surat Al-Fatihah 6]
"Tunjukilah kami jalan yang lurus"

Menurut sesetengah ahli tafsir, perlengkapan menuju jalan yang lurus yang dipohon kepada Allah itu ialah seperti berikut. 

1) Al-Irsyad - Ertinya agar dianugerahi kecerdikan dan kecerdasan sehingga dapat membezakan antara yang salah dengan yang benar.

2) At-Taufiq - Iaitu bersesuaian hendaknya dengan apa yang direncanakan oleh Tuhan.

3) Al-Ilham - Iaitu agar diberi petunjuk supaya dapat mengatasi sesuatu kesulitan.

4) Ad-Dilalah - Ertinya ditunjukkan dalil-dalil dan tanda tanda dimana tempat yang berbahaya, dimana yang tidak boleh dilalui dan sebagainya.



Menurut riwayat Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Abbas, menurut beliau yang dimaksudkan dengan meminta ditunjuki jalan yang lurus ialah memohon ditunjuki agamaMU yang benar.

[Tafsir Al Azhar - Prof Dr Hamka]

Setiap hari kita baca... Moga kita dapat hayati juga maksudnya... 

24 Mei 2017

Wajibkah Niat Puasa Setiap Malam?

Wajibkah Niat Puasa Setiap Malam?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Wajibkah Niat Puasa Setiap Malam? | Majoriti ulama menyatakan wajib kerana puasa pada hari-hari itu merupakan ibadah yang berbeza-beza dan terpisah.

Manakala mazhab Malik dan satu riwayat Ahmad berpendapat cukup dengan satu niat untuk seluruh bulan Ramadhan. 

Praktikalnya, setiap daripada kita pasti sudah berniat setiap malam. Ini dibuktikan dengan tindakan kita bangun sahur, kunci jam untuk bangun sahur dan sebagainya. Maka tidak timbul isu terlupa niat dan sebagainya.

Hal niat ini adalah satu perkara yang sering mengelirukan masyarakat. Kadang-kala ada yang tidak berpuasa di siang hari lantaran tidak melafazkan niat di waktu malam.

Ketahuilah bahawa niat itu di hati, dan bukannya di lidah. Bahkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah melafazkan niat di lidah.

Dr. Yusuf al-Qaradawi menerangkan dalam Fiqh as-Siyam:

والنية محلها القلب، لأنها عقد القلب على الفعل. والتلفظ باللسان ليس مطلوبًا، ولم يأت في نصوص الشرع ما يدل علي طلب التلفظ بها، لا في الصوم، ولا في الصلاة، ولا في الزكاة، إلا ما جاء في شأن الحج والعمرة. والإنسان في شؤونه الدنيوية لا يتلفظ بما ينويه، فيقول: نويت السفر إلى بلد كذا، أو نويت أن آكل كذا وكذا.... إلخ فكذلك أمور الدين. ولهذا لا تُعد النية مشكلة بالنسبة للمسلم الملتزم بالصيام فهو بطبيعته ناوٍ له، مصمم عليه، ولو كلفته ألا ينويه ما استطاع. ومن دلائل نيته قيامه للسحور، وتهيئته له وإن لم يقم، وإعداده ما يلزم لفطور الغد، وترتيبه أعماله ومواعيده على وفق ظروف الصيام. فلا داعي للإكثار من الكلام عن النية فهي حاضرة وقائمة لدى كل مسلم معتاد على الصوم.
Niat itu tempatnya di hati. Ini kerana hati telah bertekad untuk melakukannya. Melafazkan ia dengan lidah tidaklah dituntut. Tidak ada nas syara’ yang menunjukkan perlunya melafazkan niat, tidak ada dalam bab puasa, tidak ada dalam bab solat, tidak ada dalam bab zakat kecuali apa yang ada dalam hal umrah dan haji. 

Manusia dalam urusan dunianya tidak pernah pula melafazkan niat contohnya dengan berkata: Aku berniat untuk bermusafir ke negara ini, atau aku berniat untuk makan ini. Maka begitu jugalah urusan agama. 

Maka tidak perlu untuk mengulangi niat bagi seorang Muslim yang sudah biasa berpuasa kerana sudah secara tabiinya dia pasti sudah berniat untuknya. 

Di antara petunjuk yang menunjukkan seseorang sudah berniat ialah bangunnya dia untuk sahur, bersedianya dia (contoh mengunci jam) jika dia tidak terbangun, bersedianya dia untuk persiapan berbuka pada keesokan hari. 

Tertib amal dan jadual hariannya menunjukkan dia sedang berpuasa. Tidak perlu untuk berbicara terlalu banyak tentang hal niat kerana ia hadir dan wujud dalam setiap Muslim yang sudah biasa berpuasa.
Sumber: Telegram Channel



Islam itu mudah... Niat ni apa yang terdetik di hati kita... Jika kita niat dan menunjukkan kita melaksanakan apa yang diniatkan... dah diambil kira seperti yang dijelaskan di atas... 

Cuma dalam masyarakat kita... niat tu perlu dilafazkan... contohnya puasa... kena lafaz niat puasa tu.. baru jelas puasanya... Tapi kalau dah bangun sahur atau kunci jam untuk sahur.. untuk puasa esok hari kira nak puasa dah tu... jadi.,tak lafaz niat tu tak mengapa... kira sah puasanya. 

"Kalau Ko Kalah Kena Belanja Makan"

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Apakah hukum bersukan berdua seperti bermain bowling, tennis, badminton atau lainnya dan sesiapa yang KALAH perlu belanja makan. ? 

Saya jawab hukumnya adalah JUDI kerana wujud elemen 'zero sum game'. Walaupun penyertaan kelihatan tiada yuran tapi hakikatnya ia beryuran kerana kedua-dua pihak berpotensi dibebani dengan KOS makanan yang tidak pula diketahui jumlahnya. 

Hal seperti ini telah wujud sejak zaman dahulu kala lagi, hingga ia dicatatkan contoh sepertinya oleh ulama silam dengan kata :-

لا يجوز لأنه في معنى القمار نحو أن يقول أحدهما لصاحبه : إن سبقتني فلك عليّ كذا , وإن سبقتك فلي عليه كذا فقبل الآخر

Ertinya : "Tidak harus ( haram) kerana terdapat dalamnya erti atau unsur judi seumpama seorang berkata kepada rakannya : Sekiranya engkau tewaskan aku maka bagiku hadiah itu dariku, dan jika aku menewaskanmu, mestilah engkau memberinya kepadaku, lalu kedua-duanya bersetuju"( Badai As-Sonaie; Al-Kasani)

Ia adalah judi walaupun ada unsur usaha dari kedua belah pihak dan bukan permainan nasib semata. Unsur judinya datang dari sudut hadiah, seolah-olah kedua-dua pihak meletakkan sejumlah wang untuk membyaar sewa gelanggang, hanya yang kalah akan terkena. Ia tetap judi walaupun kedua-dua pihak redha meredhainya. Tiada redha dalam perihal haram.

Namun jika hanya salah seorang yang menjanjikan hadiah, seorang lagi tidak, hukumnya berubah menjadi harus atau halal. Ia adalah pendapat mazhab Al-Hanafi, Syafie dan Hanbali (Rujuk kitab Tabyin Al-Haqaiq, Az-Zaila'ie, 6/227 ; Qawanin Al-Ahkam, Ibn Juzai, hlm 177 ; Hasyiah Al-Qalyubi, 4/266 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 6/93 )   
Wallahu 'alam.

Sumber Channel Telegram DrZaharuddinAbdRahman



Unsur berjudi dalam tak sedar ni mempengaruhi hidup para pelajar sekarang... Banyak kali juga anak murid sendiri ajak bertaruh begini.. tapi MF tak layan. 

"Kalau Ustazah tak pecaya, jom kita bertaruh.." 
"Kalau saya betul, ustazah kena belanja saya makan."

Ini antara ayat biasa la MF dapat bila berlawan kata dengan anak murid. Nampak macam biasa tapi ianya satu unsur perjudian... Jadi, berhati-hati... guna kan pengukuhan yang lain untuk tambah keyakinan orang bukan dengan unsur judi begini.