07 April 2017

Pesanan Berguna buat Wanita Berusia 18 - 28 Tahun....

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sekadar Perkongsian 💕

Buat kaum hawa di fasa kita berumur 18 - 28 ni lah kita kena struggle mencapai tahap kita. Masa ni  lah rebut peluang jadi yang terbaik.

Kuasai ilmu pengetahuan, kuasai bidang masakan (selalu tolong mak di dapur), hayati Al-Quran betul-betul smpai kita hafal tanpa sedar, cari khusyuk dalam solat kita..

Nampak senang kan?
Tapi ramai masih di zon selesa sekarang ni. Bangun tengahari, bangun pukul 10 tu paling baik lah tu.

Bila takde kerja, tidur..

Balik rumah mak, pak serupa macam tak balik. Terperap dalam bilik. Rasa rimas bila selalu mak panggil minta tolong.. jiran tetangga datang terasa malas nak tunjuk muka.

Allah.. di mana kita sekarang?

Solat pun tak tepat waktu. Kadang nak masuk asar baru lah terkedek-kedek ambik wudu' nak solat zohor.

Al-Quran? Apatah lagi. Satu hari sekali bukak tu kira dah baik betul lah tu.

Astaghfirullah..


Kenapa? Sebab apa kita mcm ni? Kenapa?

Sebab kita sia-siakan masa.

Buang masa pada benda yang lagha.

Beli produk kecantikan lah, baju, tudung ikut trend, handsock berpasang-pasang ada reben lah apa lah...

Buangnya duit dan masa kat benda-benda yang Allah tak pandang.

Mana tak nya?

Kita struggle nak penuhi expectation orang pada kita di luaran. Nak bagi orang tengok fesyen purdah kita, kecomelan kita di sebalik pakaian yang indah-indah serba baru. (Ini yang dikatakan menutup aurat tapi tabbaruj)

Dalaman? Macamana?

Post dalam insta ayat sendu-sendu kononnya, kita lah paling ingat Tuhan dalam insta tu.

Padahal realitinya keje asyik terperap dalam bilik, tidur. Pantang ada masa, tidur.

Sebab? Kita tahu manusia tak perasan. Manusia tak tengok tabiat lagha kita tu. Kita tidur selalu pun siapa je tahu, kan?

Allah...

Kenapa lah kita sibuk tayangkan yang elok-elok di mata manusia tapi di mata Allah kita persembahkan kemalasan kita, cincainya kita dan futurnya kita?

Istighfar...

Cukup-cukuplah nak sedih sebab tak ada lelaki nak suka kita. Cukup-cukuplah nak sedih sebab tak ada lelaki yang kirim salam kat kita macam kawan-kawan kita yang lain.

Kalau ada yang kirim salam pun, cukup-cukupllah rasa kembang tu. Boleh jadi asbab untuk tutun iman awak bila awak layan, ye. Ingat.

' wa laa taqrabuzzina.'

Dah. Cukup. Bangun lah dari zon selesa. Anda akan rasa nikmatnya apabila tiba umur di 30-an.

Tapi kalau ada berwenang-wenang pada hari ini, jangan sedih nanti, di umur 30-an,

Anda rasa kosong.
Tak ada perkara yang anda capai di sudut akhirat, apatah lagi dunia.

Tinggalkan pengharapan pada pujian manusia dan mula lah persembahkan yang sempurna di hadapan Allah,

Moga-moga tulisan bermanfaat di sini dan di SANA.

#MUMTAZ4UMMAH

4 ulasan:

  1. Thanks for sharing kak.. susahnya nak jadi muslimah yg istiqamah

    BalasPadam
  2. nice share kak..betul rmai yg lali bab ni..nauzubillah

    BalasPadam
  3. Cukup mendalam nasihat ni. Nice sharing ><

    BalasPadam
  4. umur ni lah yang macam-macam godaan. hehehe tapi bila dah lepas umur 30 dah ok tak pandai hadapi semua

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^