10 April 2017

Mudahkan Jangan Susahkan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Mudahkan Jangan Menyukarkan

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا وَبَشِّرُوا وَلَا تُنَفِّرُوا

Dari Anas bin Malik dari Nabi SAW, baginda bersabda: "permudahkanlah dan jangan menyukarkan, berilah khabar gembira dan jangan membuat orang lari." (HR Bukhari : No 67)  
Status: Hadis Sahih


Pengajaran:

1.  Islam adalah agama yang mudah contohnya dalam bab solat, ada kemudahan untuk solat Jamak dan Qasar jika sedang bermusafir.

2.  Permudahkan segala urusan selagi ia berdasarkan syarak. Jangan menyukarkan sehingga menyebabkan orang lari dari kebenaran.

3.  Islam itu indah. Ceritakan yang indah, baik dan mengembirakan orang lain, bukan sesuatu yang menakutkan sehingga orang menjauhi Islam.



Sama juga dalam kehidupan kita... Jika kita sebagai ketua atau pemimpin dalam satu organisasi mudahkan kerja orang yang dibawah kita... 

Alasan atas sebab protokol boleh diubah kerana kita yang cipta protokol tu... Ubahsuai lah ikut kesesuaian, kemampuan orang melaksanakannya. 

Hidup ini mudah... Bahkan Islam sendiri banyak memudahkan umatnya.... Walaupun peraturan itu melibatkan hal yang wajib dan fardhu tapi boleh diringankan ikut kemampuan kita... Rukhsah solat, rukhsah solat, tak boleh wuduk guna tayamum...Dan sebagainya... 

Jadi, bagi peraturan yang dicipta oleh manusia, kenapa kita tak boleh nak ubah ikut kemampuan, ikut masa yang sepadan dengan sesuatu situasi... 

Tapi kadang bos!!! Kuasa ditangannya menggunakan kuasa ditektor sepenuhnya sehingga kan orang rasa nak lari dari dia... Kesannya orang tak suka dengan bos, stress dan menyebabkan pelbagai masalah sesuatu organisasi... 

Jadi, mudahkan jangan susahkan... Permudahkan yang boleh dimudahkan... InshaAllah segala urusan kita juga akan Allah permudahkan... 

2 ulasan:

  1. saya setuju dengan entry ni. Banyak orang suka susahkan urusan agama atau urusan kehidupan seharian. Sebab itu Islam itu orang nampak rumit dan akhirnya mereka semakin jauh daripada Islam.

    BalasPadam
  2. Kadang orang takut nak ubah dan lawan pada perkara salah yang dipertahankan pihak atasan contohnya...tapi tidak takut untk ubah dah lawan hukum Allah..terbalik..

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^