GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Makan Banyak Tapi Kurus, Ini Rahsianya!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Biasakan kita dengar kan.. kalau diet jangan makan nasi.. gantikan nasi dengan sumber karbohidrat yang lain seperti mee, roti ataupun pasta...

Tapi sebenarnya nasi bukan musuh pun bagi orang berdiet... Cuma cara kita yang salah dalam ambil pemakanan dan cara kita makan nasi tu yang salah...

Makan Banyak Tapi Kurus, Ini Rahsianya!
Makan Banyak Tapi Kurus, Ini Rahsianya!

 Jadi, MF petik perkongsian dari saudara Khairul Hafidz ni tentang diet cara yang betul... Makan banyak tapi tetap kurus dan badan tak naik tanpa perlu berlapar ekstrem... 

[Kenyang Tapi Tetap Turun Berat]

Sebenarnya ada cara mudah untuk rasa kenyang tetapi tidak menambah kalori per hari. Jawapannya ada pada pinggan saya. 
Ini adalah pinggan makanan tengah hari setiap hari saya. Nasi saya cuma satu setengah senduk sahaja setiap hari, tapi kenapa saya boleh rasa sangat kenyang setiap kali makan? Jawapannya adalah pada sayur dalam pinggan saya. 
Setiap kali saya makan tengah hari, saya akan mengambil banyak sayur, melebihi nasi yang saya ambil. 
Pengambilan sayuran sangat baik kerana tinggi serat, dan serat boleh memenuhkan ruang perut dan ia akan mempercepatkan rasa kenyang. 
Jadi, lepas ni buat yang nak turunkan berat badan, bukannya tak boleh makan nasi, nak makan nasi tu makan lah, NASI BUKAN PENYEBAB GEMUK. 
Ikuti petua pinggan suku-suku-separuh, kurangkan nasi (jangan pula tinggal terus) dan banyakkan sayuran dan buahan. 
Cubalah, pasti akan rasa kelainannya selepas ini.
Anda kenyang, tapi tetap turun berat badan.
Kredit:  Khairul Hafidz Alkhair
menu suku-suku separuh
Makan Banyak Tapi Kurus, Ini Rahsianya! (Sumber pic: Google images)
Jadi, yang dok diet tu jangan tak makan nasi tau ambil karbo... Kena ambil... Tapi tukarkan kuantiti dan kualiti menu lauknya... InshaAllah tak kan menggemukkan... 

Memang betul pun petua ni... MF ni sekarang ni kena sindrom lapar ekstrem.. biasalah ibu menyusu kan... MF ingat memang nak kena sediakan stok buah banyak-banyak dalam peti sejuk... MF nak awetkan bagi tahan dua minggu... Sebab kat tempat MF Ni susah nak dapat buah yang segar dan murah... 

Itulah... Nanti nak borong buah dan sayur la banyak-banyak... Biar rasa kenyang tapi sihat... Dan paling penting sihat dan kurus... 

4Ulasan

  1. fae pulak nak naikkan berat badan huhu terlalu kurus :(

    BalasPadam
  2. Nasi memang makanan ruji kita..dari kecil dah dikenalkan dengan nasi..dan itulah asas makanan kita rakyat Malaysia..betul..nasi tu tak salah..cuba kita kena bijak makan ikut keoerluan bukan kehendak..

    BalasPadam
  3. Betul tu, sayur bantu kita kenyang berpanjangan juga selain dari protein =)

    BalasPadam
  4. bestnya orang yang macam ni.. blh makan macam2. sebenarnya kalo seimbang dan portion yg betul insyallah x naik badan kan..

    tapi makan jajan banyak
    tu kembang semangkok..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ