16 April 2017

Kerja 2 Minggu Saja Dalam Bulan Puasa Tahun Ni!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kerja 2 Minggu Saja Dalam Bulan Puasa Tahun Ni! | Semakin menghampiri dah bulan yang penuh berkat dan penuh Rahmah... Iaitu bulan Ramadhan... Kat Facebook dan media sosial yang lain pun mula sebut pasal bulan puasa...Cuma bab berniaga je la mula sebut pasal promosi raya... Hmmm... Biasa la... Tapi rasa macam awal sangat pula belum Rejab dah sebut raya... 

Rasa seronok sikit tahun ni...Puasa tahun ni banyak dok di rumah... Kerja hanya dua minggu je.. tapi ni bagi yang bergelar guru je la ye... Maaf bagi yang kerja lain... sebab puasa mula bila mula cuti sekolah... Kerja dua minggu, lepas tu cuti lagi seminggu untuk sambut hari raya... 




Cuti??? Kami cikgu cuma cuti tak pergi kerja di sekolah.. tapi MF yakin... Cuti sekolah pertengahan tahun ni majoriti cikgu akan bekerja di rumah iaitu tanda soalan pereksa... Itu memang rutin biasa bila cuti sekolah... 

Cuma tahun ni mungkin tak de yang bercuti sini sana melainkan balik kampung untuk berpuasa bersama orang tua sekeluarga... MF Tahun Ni memang raya kat Utara, jadi memang tak balik la awal puasa... Sebab perjalanan utara selatan yang jauh kan... Jadi kami balik raya je nanti... Insha Allah... Moga Allah permudahkan perancangan... 

Bagi mak-mak yang ada anak sekolah dah boleh plan la nak buat apa untuk anak-anak sempena cuti sekolah ni dalam bulan puasa pula tu... Cadangan MF biasakan mereka dengan tadarus, kelas mengaji dan aktiviti yang bermanfaat... Bila mereka terbiasa insha Allah terisi masa diorang... Takdelah asyik tengok tv, tidur dan lain-lain aktiviti yang membosankan mereka... Sekadar cadangan je la... MF pun dah mula fikir juga ni aktiviti untuk anak-anak MF ni.... Tahun ni kakak dah 6 tahun, dah boleh latih dia puasa sikit-sikit... Insha Allah... 

Tu dia... Macam-macam plan haaa... Tak tau la Jadi ke tak.. tawakal aje la kan..  moga Allah permudahkan... 

5 ulasan:

  1. hehehe kami pun countdown jugak hari2 bekerja hehe.. hehehe..

    BalasPadam
  2. syok la akk..heheh..xpe..kerja dgn suami dan anak2 jelah cuti nnti

    BalasPadam
  3. Alahaii seronoknyaaa...saya phobia setiap kali nak puasa sbb jam yg teruk bila ptg habis kerja tu :(

    BalasPadam
  4. Bestnya kalau ada banyak masa kat rumah dlm bulan puasa...
    Yang paling penting tidak perlu bersesak sesak di jalan raya

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah..boleh lebih fokus pada Ramadhan dengan anak2 Cikgu MF...

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^