GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hati-hati Masak Guna Aluminium Foil!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hati-hati Masak Guna Aluminium Foil! | Siapa kat sini suka masak panggang dan rajin menggunakan aluminium foil??? 

MF jarang anak panggang.. kalau panggang​ pun guna pemanggang ajaib je.. tapi memang jarang guna walaupun ada... 

Tapi ada satu fakta mengatakan perlu berhati-hati menggunakan aluminum foil sekiranya membalut atau membungkus makanan seperti berikut:
  • asam jawa
  • sos marinade
  • bahan mentah yang mengandungi kepekatan asid yang tinggi (selalunya makanan yang masam)


Pernahkah anda perhatikan, sebahagian makanan yang dibalut dengan aluminium dalam tempoh agak lama kelihatan berlubang-lubang kecil ataupun mempunyai tanda berbintik. Ia berpunca dari tindakbalas asid di dalam makanan tersebut dengan aluminium.

Sekiranya kita tidak menyedari, ketahuilah bahawa aluminum merupakan logam aktif yang bertindak balas dengan asid dari makanan yang dibalut tersebut telah meresap ke dalamnya. Kemudian ia dimasak dan dimakan oleh kita.

Mungkin ada yang bertanya?, adakah bahaya termakan aluminium?

Aluminium bukanlah mineral yang diperlukan oleh tubuh dalam kuantiti yang banyak. Sekiranya logam aluminum banyak memasuki tubuh, ia dibimbangi akan menjejaskan sistem ketahanan tubuh. Sentiasalah berwaspada!
Sumber​: Majalah Sains

Hati-hati Masak Guna Aluminium Foil!
Antara resepi yang MF Pernah guna aluminium foil...
Resepi boleh rujuk Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Jadi, aluminium foil Ni tak sesuai la kalau nak masak yang masam-masam seperti letak lemon, limau ataupun air asam jawa... Sebab tindakbalas asid boleh menghakis aluminium... Masuk dalam badan kita... Tu bahayanya kalau kita selalu masak guna aluminium foil... Tapi kalau setakat masakan biasa takde masalah mungkin kan... Tapi mengelakkan dari menggunakan secara kerap itu lebih baik... 

5Ulasan

  1. Owh.. bahaya juga ye..
    Thanks for sharing..

    BalasPadam
  2. cakap pasal masam, fae have to control makan benda yg masam2..huhuhu gastric punya pasal lah ne

    BalasPadam
  3. thanks for sharing.. bru ingat nak perap ayam ngan lemon pastu guna aluminium foil ni time masak...

    BalasPadam
  4. Thanks for the info...
    Ada jugak buat ayam bakar + lemon dan guna aluminium foil ni

    BalasPadam
  5. bahaya juga ye..hurmm..shida xpernah lg bakar2 guna aluminium foil nih..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ