14 April 2017

Blogger, Jangan Jeles!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
JANGAN KITA IRI HATI KEPADA KURNIAAN ALLAH KEPADA ORANG LAIN YANG LEBIH DARI KITA.

Firman Allah SWT :

وَلَا تَتَمَنَّوْا مَا فَضَّلَ اللَّهُ بِهِ بَعْضَكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ ۚ

[Surat An-Nisa' 32]
‎Terjemahan :
"Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran)."


Allah itu adil... Bagi apa yang kita perlu tepat pada waktunya dan cukup kadar ikut kemampuan kita...

Jangan melihat lebihnya orang tapi lihatlah apa yang telah kita perolehi...

Syukur dan berterima kasih dengan Allah, insha Allah tak kan ada masalah jeles dengan kelebihan orang ni...

Kadang dalam berblog pun ada juga masalah ni..

Tengok orang banyak dapat job review, jeles...

Tengok blogger tu pageview tinggi pun jeles...

Tengok blogger tu dapat komen banyak pun jeles...


Cuba belajar bagaimana nak sampai ke tahap itu bukan layan perasaan jeles yang ada...

Job review
Mungkin kau tak dapat job sebab kau memang dah ada kerjaya tetap tak pun suami kau memang dah cukup bagi nafkah!

Pageview
Pageview dia tinggi sebab dia rajin update blog, guna teknik SEO dan ping entry setiap hari.

Komen banyak
Dia banyak dapat komen sebab dia memang rajin blogwalking dan balas komen pengunjung kat blog dia...


Jadikan rasa cemburu dan iri hati itu kepada sesuatu yang positif... Barulah kita boleh maju... Jika tidak kita tetap akan dok di belakang....

Jadi, ubah minda jangan jeles.... Tukarkan mood jeles dari negatif kepada positif... Insha Allah... Ada manfaatnya... 
Previous Post
Next Post
Related Posts

7 ulasan:

  1. Setiap orang ada bahagian masing-masing...termasuklah diri kita sendiri..

    BalasPadam
  2. betul kak.. insyaallah sesama positif sentiasa :D

    BalasPadam
  3. Betul3..

    Dulu aku jeles sbb ada blogger dpt duit dgn affiliate..tapi skrg nak bagi jeles dgn org lain pulak kikiki..be positif, baru lah jumpa jalan yang hendak dituju..

    BalasPadam
  4. Assalam kak,
    betul tu , saya pun dah tak kisah, sebab diri sendiri tak peduli blog nak jeles buat apa kan

    BalasPadam
  5. Hhuhuhu biasalah manusia.. Tak boleh tgk org lebih.... Percayalah pada rezeki masing2 kan..

    BalasPadam
  6. betul tu kak.. no no jangan.. belajar dari kejayaan mereka =)

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^