03 April 2017

3 Makanan Diet Yang Dikatakan Menyihatkan Tapi Rupanya Berbahaya!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ada makanan yang kita sangkakan itulah sumber diet sihat.. tapi rupanya tidak...

Jom check out 3 jenis makanan yang dikatakan sihat tapi sebenarnya berbahaya pada badan... Dan kenapa ianya berbahaya...

Ini tiga makan yang selama digemari ramai sebagai kudapan sihat, tetapi hakikatnya indah khabar dari hasil khasiatnya.

Kerepek  Sayur:  
Tahukan anda tidak ada bezanya mengambil kerepek kentang dengan kerepek sayur. Kerana dua jenis kerepek ini menggunakan  cara olahan yang sama iaitu digoreng dengan minyak, kemudian ditambah bahan lain seperti garam dan perasa. Semua bahan ini kaya dengan lemak trans yang berbahaya kepada tubuh dan boleh mengundang pelbagai penyakit. Hakikatnya sayur itu sihat tetapi cara olahan danbahan campurannya itu yang tidak sihat.



Smoothies Segera: 
Smoothies buah-buahan seringkali dicanang sebagai pemanis mulut yang sihat. Tetapi bila diolah menjadi smoothies segera yang ditambah dengan gula dan lemak, secara tidak langsungkandungan kalorinya menjadi tinggi.  Jalan selamat, ambil sahaja smoothies hanya dari buah-buahan segar tanpa sebarang bahan tambahan dan pengawet.

Roti Gandum: 
Kalau nak tahu, semasa proses pembuatan roti gandum, gandum dipanaskan  dengan suhu yang tinggi  semasa proses menjadikannya tepung. Hal ini menyebabkan mineral semula jadi dan vitamin dalam gandum terurai begitu sagaja. Sangat merugikan dan roti yang anda ambil tidak memberikan sebarang sumber khasiat kepada tubuh.

Sumber: karangkraf.com

Barulah tahu rupanya roti, kerepek tu tak bagus juga sebenarnya... Tapi kalau sesekali makan takde masalah kot kan... Tapi kalau anggap makanan ni sihat dan sesuai untuk diet..Itu salah la ye... 
Previous Post
Next Post
Related Posts

2 ulasan:

  1. makan secara kadang-kadang sahaja..

    tak pe lah untuk lepas geram nak makan..

    BalasPadam
  2. walaupun nampak mcm makanan sihat tapi sebenarnya tak. unless kita makan yg mmg original tak campur apa-apa should be okay hehehe!

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^